04/08/2025
π§ RAM: Memori Sementara, Tapi Sangat Penting
Kita selalu dengar orang kata "Tambah RAM, nanti laju sikit." Tapi⦠apa sebenarnya RAM tu?
πΈ Apa Itu RAM?
Bayangkan komputer macam meja kerja.
RAM ni macam ruang atas meja tu β tempat kita susun fail, buku, dan alat tulis yang nak guna segera.
Lagi besar ruang meja (RAM), lagi banyak kerja boleh buat serentak tanpa rasa semak.
π‘ Kalau ruang meja kecil, kita terpaksa ambil & simpan balik fail berkali-kali β lambat, dan penat.
πΈ Fungsi RAM Dalam Komputer
Simpan data sementara semasa komputer digunakan.
Bantu sistem jalankan banyak aplikasi pada masa yang sama.
Contoh: buka Microsoft Word, sambil dengar Spotify dan layan YouTube β semua data berkenaan akan melalui RAM terlebih dahulu.
πΈ RAM Tak Sama Dengan Storage
Ramai keliru antara RAM dan Hard Disk (HDD/SSD). π RAM bukan tempat simpan fail jangka panjang. β
RAM akan kehilang datanya bila komputer ditutup β sebab itu ia dipanggil "memori tidak kekal".