18/08/2026
“Telefon Itu Berjaya Dibaiki Tapi, Hati Seorang Ibu Hancur Berkecai.”
Hari ini, datang seorang ibu membawa telefon anak perempuannya yang rosak.
Saya baiki seperti biasa, selesai dibaiki, si ibu berkata perlahan…
“Boleh saya tengok isi telefon anak saya sekejap?”
Saya jawab dengan nada ringan, “Memandangkan ini telefon anak puan, saya izinkan”
Ya la, kami di Limaya Service ni ada etika, kami tidak boleh membuka telefon cust secara bebas.
Sambung cerita, si ibu mula membuka galeri.
Kemudian membaca mesej.
Melihat sejarah carian.
Beberapa saat kemudian…
Wajah ibu berubah.
Tangannya menggigil, tubuhnya bergegar, nafasnya tercungap perlahan seperti ada yang tepuk2 dari belakang.
Air matanya jatuh tanpa berkata, kesakitan dari hatinya terserlah di pergerakan anak mata sang ibu tersebut.
Ketika itu, saya hanya mampu diam.
Rupa-rupanya…
Ada perkara yang mengejutkan dalam telefon anaknya, saya tidak berani bertanya, tapi saya boleh membaca riak wajah sang ibu yang dimatanya sudah bertakung air mata.
Perkara itu mungkin tidak pernah diajarkan oleh ibunya, tapi media bebas mencari apa saja.
Telefon yang rosak memang boleh dibaiki.
Tetapi hati seorang ibu yang kecewa…
Tiada siapa mampu membaikinya.
Kadang-kadang, kita terlalu sibuk memberikan anak telefon yang mahal tapi terlupa memberi mereka perhatian yang jauh lebih bernilai.
Bukan semua yang rosak boleh diganti dengan duit.
Ada yang hanya boleh dicegah dengan kasih sayang, didikan dan kehadiran ibu bapa.
Peluklah anak-anak selagi mereka masih mahu dipeluk. Berbuallah dengan mereka sebelum telefon menjadi tempat mereka meluahkan segala-galanya.
Saya sebenarnya sampai sekarang pun masih tertanya-tanya, apa yang ada dalam telefon itu.
Saya tidak tahu.
Tapi saya pasti, apa yang ditengok oleh ibunya di dalam telefon anak perempuannya itu adalah perkara yang sangat menyakitkan dan menghancurkan.
Wahai warga Facebook sekalian, pantaulah anak-anak kita di zaman teknologi ini, jangan sampai mereka melayari perkara yang tidak berkaitan dengan pendidikan mereka hari ini.
Biar mereka menangis hari ini, jangan kita yang menangis melihat mereka hancur di masa akan datang nanti.