07/08/2017
Buku Jalanan Chow Kit akan membuka satu pusat pembelajaran (learning & resource center) yang lebih kondusif kepada anak-anak Chow Kit dalam jangka masa terdekat.
Maka dengan ini, kami melancarkan kempen RM5 per individu untuk membantu kami menanggung kos penyelenggaran, perabot, utiliti, alat bantu mengajar dan lain-lain keperluan yang bernilai kira-kira RM20,000.
Kami sangat berbesar hati sekiranya followers kami sudi menyebarkan kempen ini kepada rakan-rakan yang lain. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera. Terima kasih.