PASTI Bukit Jelutong

PASTI Bukit Jelutong Pusat Asuhan Tunas Islam atau PASTI merupakan pusat pendidikan prasekolah milik Parti Islam Se-Malaysia.

Ia dikelola oleh Jabatan PASTI, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Kelas 5 Xianjiang ✨
22/04/2026

Kelas 5 Xianjiang ✨

22/04/2026
Alhamdulillah seronok dapat melihat kreativiti anak-anak hari ini. Terima kasih ibu ayah sudi support aktiviti-aktiviti ...
22/04/2026

Alhamdulillah seronok dapat melihat kreativiti anak-anak hari ini. Terima kasih ibu ayah sudi support aktiviti-aktiviti hari ini.✨

Best sangat dapat tengok reaksi anak-anak hari ini. Macam-macam bentuk ada😆. Ada bentuk ikan siakap, ada bentuk labah-labah, Patrickk kawan Spongebob Squarepant pun adaaa 😂.

Apa jua bentuk yang muncul, aktiviti ini sebenarnya bukan sahaja dapat menceriakan suasana tapi turut dapat melatih anak-anak mengasah kreativiti dan imaginasi, melatih kemahiran motor halus dan dapat mendidik anak-anak makan makanan yang sihat. Terima kasih ibu ayah ✌🏻✨.

20/03/2026

Dalam lembutnya Syawal, hadir seribu makna tentang sabar, pengorbanan dan keikhlasan yang telah kita lalui sepanjang bulan Ramadan pada kali ini. Hari kemenangan ini bukan sekadar dirai dengan senyuman, tetapi disempurnakan dengan kemaafan yang lahir dari hati yang tulus.

Patah tumbuh hilang berganti,
Namun yang pergi tetap di hati,
Ramadan berlalu penuh erti,
Syawal menjelma mengubat diri.

Dengan ini seluruh warga PASTI Baitul Ikhwah 1 & 2 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin kepada semua ibu bapa, guru-guru serta anak-anak yang dikasihi.

Kami dengan rendah hati memohon ampun dan maaf
atas segala kekurangan, kesilapan dan kekhilafan
sepanjang mendidik dan membimbing anak-anak ini.

Tenang pagi di hujung desa,
Embun jernih di daun berseri,
Jika ada luka tanpa terasa,
Ampun dipohon setulus hati.

Moga Syawal ini menghadirkan damai dalam jiwa, menguatkan ikatan, dan membawa kita lebih dekat kepada-Nya

✨ Taqabbalallahu minna wa minkum ✨



🤍Salam Ramadan buat warga PASTI Baitul Ikhwah 1&2 🤍Alhamdulillah, kita diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu denga...
18/02/2026

🤍Salam Ramadan buat warga PASTI Baitul Ikhwah 1&2 🤍

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam iaitu Ramadan Al-Mubarak.

Pihak pengurusan ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada semua guru, ibu bapa serta anak-anak yang dikasihi. Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita meningkatkan keimanan, memperbanyakkan amal ibadah dan mendidik hati agar lebih dekat dengan Allah SWT.

Buat anak-anak PASTI, semoga Ramadan ini menjadi pengalaman indah dalam belajar berpuasa, bersabar dan berbuat kebaikan. Buat ibu bapa dan guru-guru, semoga setiap didikan dan pengorbanan kalian menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

Semoga Allah menerima segala amalan kita dan mengurniakan Ramadan yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua.

Ramadan Kareem 🌙✨

Selamat menjalani ibadah puasa 🌙✨

19/12/2025
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Program Pyjamas Night PASTI Baitul...
17/12/2025

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Program Pyjamas Night PASTI Baitul Ikhwah 1 dapat dilaksanakan dengan penuh keceriaan dan kemeriahan.

Program ini bukan sahaja memberi ruang kepada anak-anak untuk berseronok bersama rakan-rakan, malah menjadi medium pembelajaran yang menyeronokkan dalam membina keyakinan diri, kreativiti serta nilai kerjasama. Gelak tawa dan wajah ceria anak-anak hari ini menjadi bukti bahawa pembelajaran boleh berlaku dalam suasana yang santai dan bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa atas sokongan padu, serta barisan guru yang sentiasa komited dalam memastikan setiap aktiviti berjalan lancar dan bermanfaat.

Semoga program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak PASTI, ibu bapa dan anak-anak, serta meninggalkan kenangan indah buat semua.

Terima kasih dan selamat menikmati kemeriahan Pyjamas Night PASTI Baitul Ikhwah 1 🌙✨

Address

B2-25-G, SPACE U8 No. 6, Persiaran Pasak Bumi, Bukit Jelutong
Shah Alam
40150

Telephone

0192995659

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Bukit Jelutong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PASTI Bukit Jelutong:

Share