05/06/2026
Bila jadi mak ayah...
kita ada banyak impian untuk anak.
Nak mereka sihat.
Nak mereka berjaya.
Nak mereka hidup lebih baik daripada kita.
Tapi ada satu doa yang lebih besar daripada semua itu.
Iaitu doa supaya anak membesar menjadi insan yang baik.
Anak yang kenal Allah.
Anak yang menjaga akhlak.
Anak yang menghormati ibu ayah.
Anak yang memberi manfaat kepada orang lain.
Kerana sebesar mana pun kejayaan dunia...
ia tidak akan mampu menandingi tenangnya hati apabila melihat anak membesar menjadi insan yang soleh dan solehah 🤍