03/11/2022
JENIS MATERIAL KABINET ,PINTU DN BODY
1 - Pintu panel aluminium.
Biasanya tukang kabinet tempah di kilang. Datang dalam pelbagai warna.
2 - Pintu Solid Nyatoh
Tukang akan tempah di kilang kayu nyatoh. Ianya solid kayu nyatoh . Bukan lapik dengan plywood,guna HPL tetapi kayu solid. Biasanya tukang akan terima kayu seperti ini berbeza ukuran dan tukang akan spray warna pilihan cust.
3 - Chipboard Laminate ( Low Density Fibreboard )
Chipboard ini dibuat dari hasil habuk kayu yang dicampur dengan bahan tertentu seperti resin. Laminate maksud dia sebelah atau dua belah datang dengan HPL ( High Pressure Laminate ) sebelah atau dua belah depan belakang. Warna putih atau hitam. Datang dalam saiz 4x8 atau 6 x10 kaki.
Mudah serpih,patah tepi bila dipotong tanpa mata yang betul.
Ketebalan banyak jenis seperti 3/6/9/12/15/18 mm
Mudah kembang bila kena air.
4 - MDF ( Medium Density Fibreboard )
Tahan sedikit dari Chipboard sbb dia campur habuk yang pelbagai,ada tmbh resin,wax. Ada banyak ketebalan,datang dalam saiz 4x8 kaki kebiasaan.
Ketebalan banyak jenis seperti 3/6/9/12/15/18 mm
Dijadikan pintu ,body dan finishing spray atau tampal HPL. Popular untuk yang nak buat shiplap sbb ada dijual siap potong.
Bila kena air,lembab lama-lama kembang.
5 - Plywood
Plywood ada gred kayu lembut,ada gred reject export ( yang ni cantik ). Dibuat dari kepingan kulit kayu yang diproses nipis ,kemudiah digam dan ditindih bersama.
Dipanggil juga sandwich plywood.
Boleh buat pintu/rangka. Finishing HPL,Spray. Ketebalan banyak jenis seperti 3/6/9/12/15/18 mm
ketebalalan untuk saiz 4x8 kaki.
6 - Papan Kayu Getah /Hevea Board
Kalau yang cakap Hevea Table Top tu,ingatlah yang ianya nama moden pada papan kayu getah. Biasa ada 2 saiz iaitu 15 dan 18 mm.
Ramai tukang yang buat kayu getah ini permukaan atas untuk meja/kabinet tapi finishing clear. Maksudnya jernih berkilat nampak warna kayu tapi tahan.
Kayu getah ni disambung secara finger joint antara satu sama lain.
Datang dalam 4x8 kaki
7 - Blockboard
Blockboard ni memang kebiasaan dia akan datang satu side laminate putih atau dua dua depan belakang laminate putih.
Dibuat daripada sambungan kayu getah yang gred tak menepati kriteria untuk dibuat benda lain. Disambung secar finger joint dan dilapisi/ditutup dengan plywood nipis sebelum tampal laminate.
Kebiasaan dibuat pintu kabinet atau bodu dalam kabinet sebab dia dah side putih dah. Senang dipotong.
Datang dalam saiz 12/15/18 mm
8 - OSB ( Oriented Strand Board )
Ni senang je nak kenal di. Nampak kayu yang dicarik-carik nipis dan ditampal semula.
Ianya memang camtu. Serpihan carikan kayu-kayu ni dicampur resin dan gam. Kebiasaan datang dalam size 4x8 kaki juga datang dalam ketebalan 12/15/18mm kalau tak silap.
Boleh guna buat pintu,badan kabinet. Orang dah tak spray warna atau tampal HPL bila guna benda OSB ni.
Selalu gosok dan spray clear protection supaya permukaan licin berkilat.
9 - PVC Foamboard
Material boleh dikatakan baru juga di Malaysia sbb tak semua tempat ada. Tengah dia ialah foam dan lapisan luar dilapisi dengan pvc putih/warna.
Ada beberapa ketebalan seperti 12/18mm . . Boleh buat pintu dan bahagian tepi. Panel tak sesuai untuk tampung berat beban.
==================================
Nah siappppp antara jenis-jenis material yang duk ada di MALAYSIA ni.
Dan ingat , FORMICA tu nama brand untuk HPL😂😂😂. Ada FORMICA ,MAICA dan banyak lagi. Jangan biasakan yang salah.
💥Tambah ilmu pengatahuan dgn membaca