12/08/2024
Tahukah anda? 🤔
Untuk pengetahuan anda, Mesh Wifi merupakan salah satu cara alternatif untuk memperluaskan lagi rangkaian WiFi dirumah anda. Jika rumah anda besar dan luas serta rangkaian WiFi daripada modem Unifi atau Home Fibre anda tidak dapat dicapai pada mana-mana sudut tertentu di rumah, maka Mesh WiFi merupakan satu solusi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Mesh WiFi sedikit berbeza berbanding WiFi Extender. WiFi Extender akan menggunakan rangkaian WiFi yang berbeza yang boleh mengakibatkan sambungan terputus jika pengguna bergerak dari satu sudut, ke satu sudut yang lain bergantung pada rangkaian, manakala Mesh WiFi akan menggunakan rangkaian WiFi yang sama bagi setiap sudut yang dan sambungan tidak akan terputus dan menyokong sambungan device yang banyak dan pelbagai. Mesh WiFi juga menyokong sambungan 2.4GHz dan juga 5GHz.
Untuk siapa yang bagus guna Mesh WiFi ini ?
Mereka yang mempunyai rumah yang besar dan luas.
Terdapat sudut atau kawasan rumah yang tidak dapat mencapai rangkaian WiFi modem Home Fibre yang telah disediakan oleh pemasang.
Mereka yang inginkan internet yang stabil walaupun semasa bergerak di pelbagai sudut atau kawasan rumah.