08/03/2023
JOM SHARE RAMAI2 DAN JNGN AMBIL MUDAH ANXIETY DAN DIPRESSIIOON
Salam jumaat..gambar ni gambar yg wife aku amik pada hari kedua aku mengambil ubat anti depressan...aku x kluar rumah,x mandi dan x makan..semuanya bermula apabila kita terlampau all out sgt mencari kesenangan dunia smpai kita mengabaikan tanggungjawab2 lain terutama tanggungjawab pada yg satu..setiap malam balik dari studio 2-3pagi selama tempoh 1 tahun lebih..sampai satu masa Tuhan kata kau dah sampai limit diri kau..jadi dia akan refresh aku..so bila dah jadi macam ni apa2 benda akan nampak besar pada aku walaupon pada org lain benda tu x logik..aku jadi restless,resah x tentu pasal,pikir bukan2 dan aura kematian tu sgt2 dirasai..apa perasaan ko bila otak x bole berhenti berfikir benda yg berulang2 smpai ko rasa ko xleh lalui hari esok..semuanya berlaku tiba2..tanpa amaran..so sepanjang treatment ni aku dh turun 10kg..hari2 awal makan ubat ni sangat2 la perit..b*k side effect seperti kesedihan yg melampau,rasa nk menangis xtau sebab apa,dada berdebar2 dn jantung bergerak laju tanpa henti..ianya berlaku hampir setiap hari selama 2 minggu..kemudian br aku bole adapt dgn ubat tu..dan skang aku sedang lg dlm treatment..aku just nk berehat,berehat dan berehat bersama keluarga kt rumah..rumah adalah tempat yg paling selamat skali bg aku ketika ni..semua aktiviti lain tahun depan slow2 aku cuba cari kekuatan balik..jangan pandang remeh pada kesihatan mental dan jangan malu jika ada tanda2 anxiety atau kemurungan..aku tau b*k antara kawan2 aku ada simptom2 ni tp masih xtau apa sebenarnye yg berlaku pada diri dorg..banyakkan berehat dan dekatkan diri dgn tuhan..ada yg menafikan bahawa dlm keadaan begini dan murung keimanan tidak memberi makna..salah tu...mana mgkin dalam keadaan dimana manusia sndiri tidak boleh memahami kita, kita xperlukan tuhan yg sangat2 paham kita kerana dia la yg menjadikan kita dan dia yg berkuasa atas segalanya..ketika inilah kau rendahkan diri kau serendah2nya pada Allah..kerdil kau rasa sbb tiada kuasa tiada upaya..Tapi kena ingat Allah xkan biarkan hambanya terseksa..semua ujian ada hikmahnya kemudian hari..jgn pernah putus harap pada Allah dan juga hidup kita..jaga kesihatan kawan2..doakan aku recover 100%
ATAS IZIN - syaf suhaime