23/02/2026
✨ FROM DESIGNER TABLE | Terracotta x Beige Concept
Dari idea di meja designer, kini direalisasikan menjadi ruang yang hangat dan penuh karakter 🤎
Gabungan warna Terracotta dan Beige mencipta suasana yang timeless, natural dan cozy. Tone kemerahan tanah liat dipadankan dengan neutral lembut seperti Pearl White dan Warm White untuk keseimbangan yang menenangkan.
Konsep ini sesuai untuk anda yang sukakan ambience Mediterranean / desert inspired — nampak warm, welcoming dan tetap moden. Bukan sekadar cantik pada visual, tetapi selesa untuk didiami setiap hari.
Setiap pemilihan warna, susunan kabinet dan kemasan dibuat dengan teliti supaya ruang nampak harmoni dan eksklusif tanpa berlebihan.
Terima kasih kerana mempercayai kami merealisasikan idea menjadi ruang impian ✨
Nak konsep warna yang unik untuk rumah anda? DM kami untuk sesi konsultasi.