15/09/2024
πππππππ πππππππππ ππππ ππππππππ ππππ, ππππππ ππππππ ππππππππ ππππ ππ ππππ'π πππππ.π²πΎ
Tanggal 16 September setiap tahun, kita akan menyambut hari paling bersejarah bagi negara kita selepas negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, iaitu Hari Malaysia.Malaysia mula dibentuk pada 16 September 1963 selepas Tanah Melayu dan Sabah Sarawak (kepulauan Borneo) dan Singapura bersetuju untuk bergabung bagi membentuk negara yang kita namakan sebagai Malaysia sehingga kini.
Hal ini bukan sahaja sebagai lambang penyatuan, tetapi juga semangat perpaduan yang utuh di kalangan pelbagai kaum dan budaya di Malaysia.Oleh itu, kita mestilah menjaga kepelbagaian di dalam negara kita ini.
Semoga kita terus menjaga keharmonian, keamanan, dan kebersamaan yang menjadi kekuatan negara kita. Marilah kita terus bekerja bersama-sama demi kemajuan negara, tanpa melupakan sejarah dan nilai-nilai murni yang membentuk identiti kita sebagai rakyat Malaysia.
Malaysia Madani, Jiwa Merdeka, terus melangkah maju, demi masa depan yang lebih gemilang! Selamat Menyambut Hari Malaysia daripada kami di Dhia's Decorπ²πΎ