10/12/2025
Minggu ini ramai penjawat awam buka MyPerformance dengan jantung berdebar.
Sekali nampak markah Nilai Sepunya, terus rasa macam penat lelah setahun ini tak ada makna. Dalam kepala mula terfikir, โAku ni teruk sangat ke, sampai nilai sepunya pun rendahโ
Ramai antara anda sebenarnya sudah lama berada di hujung tenaga. Datang kerja dengan kepala penuh beban, tetap senyum di kaunter, tetap jawab panggilan, tetap layan pesakit yang marah.
Tetapi bila markah Nilai Sepunya jatuh rendah, otak mula salahkan diri sendiri. Rasa malu, rasa pedih, rasa macam tak dihargai langsung.
Di sini penting untuk ingat satu perkara: Nilai Sepunya ialah markah sistem, bukan markah hidup anda.
Sistem boleh silap, boleh berat sebelah, boleh dinilai oleh orang yang hampir tidak mengenali anda.
Tetapi hari-hari anda cover shift rakan, balik lambat, tolong selesaikan isu tanpa bunyi, pujuk pesakit yang menangis, menahan air mata dalam tandas sebelum sambung kerja, semua itu tak hilang hanya kerana satu angka di skrin.
Kalau hari ini anda rasa terlalu letih dan kecewa, berhenti sekejap. Log keluar daripada HRMIS.
Tarik nafas dalam-dalam, minum air, jauhkan seketika mata daripada skrin. Kalau ada seorang manusia yang anda percaya, cuba luahkan. Kalau susah untuk bercakap, tulis dalam nota telefon pun sudah memadai.
Yang penting, jangan pendam sampai hati sendiri yang terbakar perlahan-lahan hanya kerana satu markah Nilai Sepunya.
Jika pun Nilai Sepunya boleh dibahas semula, boleh diperjuangkan supaya lebih adil. Itu proses jangka panjang. Tetapi sementara menunggu sistem berubah, tolong jaga satu perkara yang jauh lebih berharga: hati dan kesihatan mental anda sendiri.
Markah boleh naik turun setiap tahun, tetapi nilai diri anda sebagai manusia dan sebagai penjawat awam yang berkhidmat, itu jauh lebih tinggi daripada apa-apa nombor yang muncul di dalam sistem.