Komuniti Orang Johor

Komuniti Orang Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Komuniti Orang Johor, 759 A, Jalan Taib, Pontian.

18/03/2026

Rancangan apa ni ye?

16/03/2026

Malam ni malam ke-27 Ramadan. Jom penuhkan masjid untuk tarawikh.

Kalau kita sembang pasal aura pendekar kat layar perak, nama arwah Latif Borgiba memang takkan boleh dipinggirkan. Belia...
16/03/2026

Kalau kita sembang pasal aura pendekar kat layar perak, nama arwah Latif Borgiba memang takkan boleh dipinggirkan. Beliau bukan sekadar pelakon, tapi satu jenama besar yang bawa identiti silat Melayu ke tahap paling tinggi.
Siapa sangka, figura hebat ini sebenarnya lahir di Bangkok pada tahun 1937 dengan darah campuran yang unik. Beliau mula menetap di Kuala Lumpur sejak kecil dan nama 'Borgiba' itu sebenarnya ilham pengarah yang nampak raut wajahnya yang cukup garang.
Kelebihan utama arwah sudah tentulah fizikalnya yang tegap dan gerakan silat yang sangat asli. Beliau bukan berlakon kosong, tapi memang pakar silat tulen yang buat setiap babak berlawan nampak cukup 'mahal' dan realistik.
Zaman kegemilangannya paling terserlah sekitar tahun 70-an dan 80-an, terutama dalam filem Pendekar Kundur. Babak beliau jadi antagonis lawan Eman Manan memang ikonik sebab kedua-duanya sangat lincah tanpa perlu bantuan efek khas.
Bukan setakat watak jahat, arwah juga sering diberi kepercayaan pegang watak guru silat atau tokoh yang penuh hikmah. Dari filem Dang Lenggang sampailah ke Jangan Tegur, karisma beliau sebagai pelakon veteran memang sukar dicari ganti.
Hampir 50 tahun beliau mewarnai dunia seni tanah air tanpa henti dengan penuh dedikasi. Beliau adalah contoh seniman yang sangat menjaga kualiti lakonan dan integriti ilmu persilatan yang dibawa ke depan kamera.
Kisah hidup beliau berakhir dengan nota yang cukup syahdu apabila menghembuskan nafas terakhir tepat pada hari lahirnya yang ke-80. Walaupun sudah tiada, legasi dan langkah silatnya akan terus hidup dalam memori peminat filem Melayu.
WR

wow
11/01/2026

wow

Assalamualaikum sahabat2 ku sekelian…KUBUR LELAKI YANG BERTEMU DAJJALTamim al-Dari merupakan seorang pelaut Kristian pad...
11/01/2026

Assalamualaikum sahabat2 ku sekelian…
KUBUR LELAKI YANG BERTEMU DAJJAL
Tamim al-Dari merupakan seorang pelaut Kristian pada zaman Rasulullah ﷺ. Beliau datang bertemu Nabi ﷺ, memeluk Islam dan menceritakan satu peristiwa yang dialaminya ketika belayar bersama tiga puluh orang lelaki. Mereka terumbang-ambing di tengah laut selama sebulan sebelum akhirnya sampai ke sebuah pulau. Di situ, mereka bertemu dengan satu makhluk bernama al-Jasasah. Rupa parasnya menakutkan mereka kerana seluruh badannya dipenuhi bulu sehingga wajahnya tidak dapat dibezakan daripada bahagian belakangnya. Makhluk itu mengarahkan mereka pergi ke sebuah biara kerana ada seorang lelaki sedang menunggu mereka di sana.
Lalu mereka segera menuju ke biara tersebut sambil cuba melarikan diri daripada makhluk itu. Di situ, mereka bertemu dengan seorang lelaki yang paling besar pernah mereka lihat, terikat kuat dengan rantai. Kedua-dua tangannya diikat ke lehernya, manakala kedua-dua kakinya dirantai dari lutut hingga ke buku lali dengan besi. Dalam keadaan bingung dan terkejut, mereka berkata:
“Celakalah kamu, siapakah kamu?”
Lelaki itu kemudian bertanya banyak soalan dan menanyakan tentang beberapa tempat. Akhirnya, dia memperkenalkan dirinya sebagai Dajjal dan menceritakan tentang kemunculannya kelak di seluruh tempat kecuali dia dihalang daripada memasuki Makkah dan Madinah. Dajjal yang dirantai itu bertanya tentang pokok kurma di Baysaan, Tasik Tiberias, dan mata air Zughar. Dia juga bertanya tentang Nabi Muhammad ﷺ serta menasihatkan manusia agar mengikuti Rasulullah ﷺ sebelum dia (Dajjal) muncul.
Sayyiduna Tamim al-Dari wafat di sebuah kampung berhampiran Hebron.
رضي الله عنه

Follow kami untuk pelbagai info dan perkembangan terkini JOHOR.

01/01/2026
SELAMAT TAHUN BARU 2026
01/01/2026

SELAMAT TAHUN BARU 2026

4 Fakta Sebenar Bila Simbol 'E' & Tangki Minyak Kenderaan Menyala Yang Anda Tak Tahu"Alamak, simbol tangki minyak dah be...
31/12/2025

4 Fakta Sebenar Bila Simbol 'E' & Tangki Minyak Kenderaan Menyala Yang Anda Tak Tahu
"Alamak, simbol tangki minyak dah berkelip ni! Kena cepat-cepat cari stesen minyak terdekat, karang tak pasal-pasal tersadai tepi jalan."
Kami yakin, pasti semua pemandu akan bertindak sedemikian sebaik sahaja melihat kelipan simbol minyak pada paparan meter dalam kereta. Tambah-tambah lagi, bila jarum dah berada tepat pada huruf 'E'. Lepas tu mulalah kita terfikir, berapa jauh lagi kereta ni boleh berjalan? Agak-agak lagi 5 kilometer boleh sampai ke tak?
Yelah, siapa je yang tak risau kalau minyak kereta habis kan? Sebab itulah, penting untuk kita sebagai seorang pemandu untuk tahu makna sebenar simbol-simbol pada dashboard kereta kita tu.
Jadi, hari ini kami nak kongsikan kepada anda fakta sebenar mengenai simbol minyak dan 'E' yang anda lihat hari-hari di dalam kereta anda tu.
1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi simbol ‘E’
Rizab ini tidak mengira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin sesebuah kenderaan itu. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan anda masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60 km.
2. 'E' bukan bermaksud Empty
Mungkin ramai menganggap ia bermaksud Empty tetapi sebenarnya simbol ini bermaksud Enough. Seperti yang dinyatakan di atas tadi, kenderaan anda masih cukup minyak petrol untuk bergerak sekurang-kurangnya 60 km lagi.
3. Boleh tambah 10 km lagi
Anda boleh menambah 10 km lagi sekiranya anda mematikan pendingin hawa. Anda boleh buka tingkap sementara nak sampai ke stesen minyak ya.
4. Pandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten
Selain itu, anda juga boleh menambah lebih 10 km lagi sekiranya anda memandu dengan kelajuan 50 km/jam secara konsisten. Bayangkan jika anda matikan pendingin hawa dan pandu pada kelajuan ini, mungkin kereta anda boleh pergi lebih jauh lagi.
Jadi, lepas ni kalau simbol 'E dan tangki minyak menyala, kita tidak perlulah risau lagi kan? Share kepada kawan-kawan anda. Semoga bermanfaat!
C&P: akademi memandu mega sdn bhd

Bangunan Pejabat DaerahPontian Johor.  Mungkin sekitar 1950/60 an.Kredit : Siburong AntuDapunta Hiyang
30/12/2025

Bangunan Pejabat Daerah
Pontian Johor. Mungkin sekitar 1950/60 an.
Kredit :
Siburong Antu
Dapunta Hiyang

Address

759 A, Jalan Taib
Pontian
82000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Orang Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share