Qaseh Mobile Spa

Qaseh Mobile Spa Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Qaseh Mobile Spa, NO 16A Penempatan Orang Asli Kampung Kundang Muadzam Shah Pahang Darul Makmur, Pahang Tua.

Kebaikan Lulur/Scrub-------------------------------- Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.- Menanggalkan sel-s...
14/09/2017

Kebaikan Lulur/Scrub
-------------------------------

- Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
- Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
- Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat - paha, lutut,siku & celah ketiak.
- Mengurangkan tekanan & keletihan.
- Mengekalkan tenaga.
- Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
- Memperbaiki tekstur kulit.
- Mengurangkan dehidrasi
- Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
- Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
- Menghilangkan warna kulit berbelang.
- Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
- Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.
- Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.

Tujuan Facial adalah membersih bintik-bintik hitam & bintik-bintik putih serta kotoran yg terperangkap di pori-pori kuli...
14/09/2017

Tujuan Facial adalah membersih bintik-bintik hitam & bintik-bintik putih serta kotoran yg terperangkap di pori-pori kulit wajah. Namun, jika kebersihan tidak dilakukan secara optimal ,alat yang digunakan tidak bersih dan rawatan lanjut tidak dilakukan (dirawat dirumah),jerawat mungkin akan datang lagi.

Yang sering terjadi adalah,ketika bintik putih dikeluarkan,maka pori jadi terbuka lebar.

Bila luka yg ditimbulkan akibat jarum semasa tengah facial dan tidak dirawat dgn tepat,maka akan terjadilah iritasi (kulit terasa pedih dan memerah)dan akan menimbulkan jerawat.

Sebaiknya lakukan facial setiap 2 minggu sekali atau 1 bulan sekali.Dan selepas facial jangan biarkan wajah terkena air selama lebih kurang 2 jam.

Petua Anti Kedut-------------------------Pisang kaya dengan potasium yang baik untuk kesihatan. Selain sedap dimakan, pi...
14/09/2017

Petua Anti Kedut
-------------------------

Pisang kaya dengan potasium yang baik untuk kesihatan. Selain sedap dimakan, pisang juga dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah akibat penuaan.

Caranya ialah dengan memotong pisang dengan saiz kecil dan kemudian dikisar sehingga halus. Selepas itu, sapukan krim pisang itu pada wajah dan biarkan selama 10 minit sehingga 15 minit.

Seterusnya bilas dengan air suam dan sekali lagi dengan air bersih. Masker pisang ini seelok-eloknya dilakukan sekali dalam seminggu bagi merasai perbezaannya.

Selamat Mencuba !

Petua Turun-Temurun Atasi Jeragat-------------------------------------------------Semakin usia meningkat, semakin banyak...
14/09/2017

Petua Turun-Temurun Atasi Jeragat
-------------------------------------------------

Semakin usia meningkat, semakin banyak jeragat akan kelihatan dan ia memang menggusarkan sesiapa sahaja. Selain rawatan di pusat kecantikan, anda juga boleh mencuba petua turun- temurun ini.

Sediakan dua inci daun betik muda, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis.

Terlebih dahulu, beras perlulah direndam semalaman.

Keesokannya, kisar beras itu bersama-sama daun betik serta kulit kayu manis.

Setelah siap, sapu atau gosok perlahan-lahan pada seluruh wajah. Biarkan ia kering dalam 20 minit sebelum boleh dibilas dengan air suam.

Semoga petua ini dapat membantu mengurangkan tompok-tompok hitam sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadi.

Air beras jangan di buang !Kenapa ?Jom baca.
14/09/2017

Air beras jangan di buang !
Kenapa ?
Jom baca.

PETUA KULIT CANTIK-------------------------------Nak kulit cantik ?Jom kita baca apa petuanya.
14/09/2017

PETUA KULIT CANTIK
-------------------------------

Nak kulit cantik ?
Jom kita baca apa petuanya.

MANDI SUSU-------------------Mandi susu bagus untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit..ia juga membantu menghalang ...
14/09/2017

MANDI SUSU
-------------------

Mandi susu bagus untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit..ia juga membantu menghalang kedutan,menyental kulit mati,melembap,mengembalikan keanjalan kulit serta mengurangkan tekanan..biasanya susu kambing la yang terbaik..kebanyakan mandian semua diorang proses pakai susu kambing.

Terdapat banyak khasiat dalam amalan mandi susu, antaranya ia dapat mencerahkan serta melembutkan kulit. Disamping itu, rawatan ini juga dapat menghasilkan kulit yang putih gebu serta putih bercahaya. Ini adalah kerana, di dalam susu terdapat khasiat semulajadi seperti vitamin D, vitamin A dan juga asid laktik yang mampu mengekalkan kelembapan kulit.

Sebaiknya, sebelum berendam dengan mandian susu ini, anda digalakkan untuk scrub tubuh terlebih dahulu bagi menghilangkan sel-sel kulit mati. Rawatan ini boleh diamalkan dua kali seminggu, bagi mendapat hasil yang lebih maksimum.

Antara manfaat amalan bersauna kepada kesihatan diri :1. Mengurangkan stres – stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal ...
14/09/2017

Antara manfaat amalan bersauna kepada kesihatan diri :

1. Mengurangkan stres – stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stres. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.

2. Melegakan otot – Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.

3. Kulit yang sihat dan berseri – sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.

4. Detoksifikasi – haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.

5.Hipertermia – apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain.

6. Membakar kalori – Proses berpeluh mengunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori.Seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori.

Antara langkah-langkah keselamatan semasa bersauna:
--------------------------------------------------------------------------

1. Jangan duduk dalam bilik sauna lebih daripada 45 minit.

2. Selepas meninggalkan sauna, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.

3. Minum air yang mencukupi untuk menggantikan cecair dan mineral yang hilang semasa bersauna.

4. Tanggalkan kanta lekap (contact lense) sebelum memasuki sauna.

5. Wanita hamil tidak boleh sama sekali bersauna

PETUA MENGHALUSKAN & MENGHILANGKAN DAKI BADAN---------------------------------------------------------------------------...
14/09/2017

PETUA MENGHALUSKAN & MENGHILANGKAN DAKI BADAN
-------------------------------------------------------------------------------------

Kisar segenggam beras sehingga halus dan tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat.

Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau hingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan terlebih dahulu campuran beras dan sirih ke seluruh badan.

Kemudian, gosok-gosokkan badan dengan perlahan hingga semua bahan yang telah dilumur tadi tanggal dari badan.

Petua ini juga akan membantu untuk menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda selain menjadikan kulit badan anda halus.

Selamat Mencuba !

PETUA TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN AIR KOSONG----------------------------------------------------------------------------...
14/09/2017

PETUA TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN AIR KOSONG
--------------------------------------------------------------------------------------

Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan ‘supplement’ atau pembedahan.

- Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml = (40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml

contoh pengiraan:

Berat badan Ali ialah 75kg.
(40 X 75)+ 500 = 3620 ml

Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.

- Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

contoh:

Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.
Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

Berikut adalah kelebihan minum air kosong:

- Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.
- Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.
- Mengatasi masalah sembelit dan buasir.

Khasiat Tomato-----------------------Melicinkan dan Memerahkan Kulit MukaAmbil sebiji buah tomato masak, lecek hingga ha...
14/09/2017

Khasiat Tomato
-----------------------

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Address

NO 16A Penempatan Orang Asli Kampung Kundang Muadzam Shah Pahang Darul Makmur
Pahang Tua
26700

Telephone

0134944667

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Qaseh Mobile Spa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share