Pusat Servis RxWater

Pusat Servis RxWater Web Jualan dan Pusat Servis Sistem Penapis Air Rx-Water keluaran Worldwellness Network.

Lawati Website Rasmi kami di: http://pusatservisrxwater.worldwellness2u.net/ Kami merupakan Mobile Stokis WorldWellness Network (WWN) bagi Negeri Sembilan yang beroperasi di Nilai menyediakan perkhidmatan pembelian dan penyelenggaraan produk bagi pelanggan serta ahli WWN di seluruh Malaysia baik secara offline mahupun online. Selain dari itu, kami turut menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan Sis

tem RxWater lama dan The All New RxWater iaitu sistem penapis air Rx-Water yang baru. Perkhidmatan servis yang kami tawarkan ini termasuk, menukar kartrij serta alat ganti lain, membersihkan sistem dan menyelesaikan masalah teknikal yang berkenaan dengan sistem RxWater ini. Ini adalah termasuk penjualan dan pemasangan unit Sistem Penapis Air RxWater yang baru. Untuk keterangan lanjut boleh lawati website rasmi kami di http://pusatservisrxwater.worldwellness2u.net

Dimiliki oleh: Bumicyber Enterprise
(SA0108093-X )

Sistem penapis air RxWater yang anda gunakan perlu diselenggara secara berkala untuk memastikan kualiti air yang dihasil...
12/09/2015

Sistem penapis air RxWater yang anda gunakan perlu diselenggara secara berkala untuk memastikan kualiti air yang dihasilkan menepati piawai. Ini perkara lazim yang mesti dilakukan hatta kepada setiap jenama sistem penapis air yang lain juga sistem penapisannya berfungsi dengan efisyen di tahap optimum.

Web kami: http://pusatservisrxwater.worldwellness2u.net/

Hubungi hotline kami sekarang. Call/SMS/Whatsapp/Telegram: 0173727459
06/06/2015

Hubungi hotline kami sekarang.
Call/SMS/Whatsapp/Telegram: 0173727459

Kami menceritakan kepentingan menggunakan penapis air dirumah bukan semata-mata kerana syarikat kami menjual sistem penapis air. Tetapi kerana kami tahu yang...

Pilihan di tangan anda. Kami hanya menjual rxwater yang mengeluarkan air mineral yang beralkali dan bersih.
18/03/2015

Pilihan di tangan anda. Kami hanya menjual rxwater yang mengeluarkan air mineral yang beralkali dan bersih.

The Dangers of Drinking Reverse Osmosis Water Please Share this Post Scientist and researchers worldwide have repeatedly demonstrated that long-term consumption of reverse osmosis water (RO) water ...

Seorang pelanggan kami di Bangi nak servis Rxwater mereka yang dah lebih 4 tahun digunakan. Tapi saya terkejut bila buka...
17/02/2015

Seorang pelanggan kami di Bangi nak servis Rxwater mereka yang dah lebih 4 tahun digunakan. Tapi saya terkejut bila buka kartrij 1, keadaan ceramic filter tersebut putih dan tiada karat, lendir dan Lumpur seperti yang saya sangkakan. Setelah di periksa rupanya pelanggan telah membuat sambungan yang salah. Ini menyebabkan air dari paip memasuki kartrij ke4 dahulu, diikuti kartrij 3,2 dan kemudian baru melalui kartrij 1 secara menyongsang.

Solutionnya, tukar kesemua 4 kartrij kerana keseluruhan sistem telah rosak.

19/08/2014

Anda s**a beli air dari mesin layan diri? Baca pendedahan ini selepas sampel dari air itu diuji.. Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin ti...

10/03/2014

Poslaju Tracking Number:

10/3/2014
Bedeli Ak Medan - ED222483795MY
Azleen Bujang - ED222483787MY

9/3/2014
AWANG ALI B. AWANG SAHARI - ED222483230MY

7/3/2014
Muhammad Hazman B Abdullah Sabri - ED222483226MY
Ting Gen Liang - ED222483212MY
Nur Asyain Bt Nawi - ED222483209MY

4/3/2014
KHAIRULANWAR BIN MOHD YUSOF - ED222483190MY

28/2/2014
Ramli Mohd Yunus - ED222483141MY
Mohd Adnan Marican Gastom - ED222483172MY
Rabiah Adam - ED222483019MY
FARHAN B. ABDULLAH - ED222483155MY
Qhairul Aziezie bin Abdul Aziz - ED222483169MY

Thank you for shopping us!!
Pusat Servis RxWater

18/02/2014

Poslaju Tracking Number:

15/2/2014
Ahmad Jauhari Bin Morhalim - ED222483549MY
MUAMMAR IQHBAL BIN A KADIR - ED222483552MY

13/2/2014
Muhammad Nor Harif Bin Ali Amran - ED222483566MY
Nordina Yahya - ED222483570MY

11/2/2014
Brilliant Solomon - ED222483583MY
Syed Ahmad Danial B. Syed Ilham - ED222483597MY

10/2/2014
Wong Haw Lim - ED222483623MY
Lawrence Cheong - ED222483637MY
Nur Arif - ED222483606MY
Muhammad Nor Harif Bin Ali Amran - ED222483610MY
Danish b Zainuddin - ED222483654MY
Mohamad Fadzly Bin Mohamad - ED222483645MY

8/2/2014
Ben Benz - ED222483685MY
Muhammad Adil Ariff bin Che Nasrun - ED222483668MY
Muhammad Irffan - ED222483671MY

Thank you for shopping us!!
Pusat Servis RxWater

29/01/2014

Poslaju Tracking Number:

29/1/2014

Muhammad Hakimi Bin Razali - EF087223729MY
Nik Abd Hafiidz bin Nik Abdul Malek - EF087223732MY
Shamsul Nizam Jaffar - EF087223600MY

27/1/2014

Mohd Faizal Amayah - EF087223715MY
Tan Seong Ming - EF087223692MY
Mohammad Naqiuddin Bin Wahid - EF087223689MY
Nelson Ng - EF087223701MY

25/1/2014

Pang Jia Ching - EF087223644MY
Mohamad Izzhar Bin Samsudin - EF087223658MY
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN KARIM - EF087223661MY
Tan Han Sheng - EF087223675MY

Thank you for shopping us!!
Pusat Servis RxWater

SAYANGI BUAH PINGGANG ANDA"Jika anda rasa kesihatan itu MAHAL.. cubalah KESAKITAN"Ingin mendapatkan satu unit sebagai pe...
28/01/2014

SAYANGI BUAH PINGGANG ANDA

"Jika anda rasa kesihatan itu MAHAL.. cubalah KESAKITAN"

Ingin mendapatkan satu unit sebagai pelaburan kesihatan anda??

===========================================
HUBUNGI KAMI UNTUK KHIDMATRUNDING & TEMUJANJI
===========================================

☎ 06-7940089 / 017-3727459 - Pn. Yanie @ En. Eddie
✎ Facebook INBOX Message :- http://www.facebook.com/messages/penapisairrxwater
✉ email : [email protected] / [email protected]

Pesanan / Pertanyaan, sila klik : http://pusatservisrxwater.worldwellness2u.net/index.php/contact-us

Mencari penapis air HALAL & BERMINERAL?RxWATER pilihan bijak bg umat Islam! Mengapa water filter yang diilhamkan oleh Do...
12/01/2014

Mencari penapis air HALAL & BERMINERAL?

RxWATER pilihan bijak bg umat Islam! Mengapa water filter yang diilhamkan oleh Doktor Perubatan Islam yang pulih dari Kanser dengan Terapi Air harus menjadi pilihan bagi anda sekeluarga? Sebagai ibu bapa dan anak yang prihatin kepada kesihatan keluarga, kita akan sentiasa mencari yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga yang kita sayangi..

Setiap hari kita dan orang yang tersayang sentiasa sibuk dgn pelbagai aktiviti. Dan adakah kita juga sedar bahawa setiap hari hidup kita bergantung pada air? Namun kadang-kadang walaupun kita rasa kita dah jalani hidup sihat, kita dan orang orang tersayang masih tidak terlepas dari penyakit dan kita tertanya Tanya kenapa aku masih sakit sedangkan aku bersenam dan jalani gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Ramai dari kita kita tidak sedar punca kebanyakan penyakit adalah berpunca dari air yang kita minum setiap hari. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa air yang kita guna yang minum, mencuci dan memasak itu datang dari sumber yang tercemar seperti sungai, empangan, tangki air dan sebagainya. Air yang keluar dari paip rumah kita tidak terlepas dari klorin, kuman, najis, karat, keladak dan kimia. Bahan-bahan ini adalah menjadi punca penyakit yang kita alami.

Bagaimana p**a dengan makanan yang kita makan setiap hari? Sayur, buah-buahan yang sentiasa terdedah dengan racun serangga dan kimia. Ayam dan daging p**a disuntik dengan hormone dan anti biotik. Ikan dilaut p**a tercemar dengan merkuri, plumbum dan bahan kumbahan industri. Jadi apa lagi yang selamat dimakan?

Sanggupkah anda mengorbankan kesihatan diri dan mereka yang tersayang?

==============================
Riwayat Rxwater
==============================

Dr. Noordin Darus merupakan seorang doktor perubatan, pakar motivasi dan perunding kesejahteraan yang cukup terkenal. Sebagai ketua perubatan di Majlis Sukan Negara beliau telah membantu atlet-atlet tanah air mencapai prestasi maksima di medan s**an. Selepas meninggalkan Majlis Sukan Negara, beliau menjadi perunding kesejahteraan melalui seminar-seminar bersama syarikat-syarikat terkemuka. Dr. Noordin Darus juga sering muncul di kaca TV, radio dan artikel surat khabar mahupun majalah berkaitan isu-isu kesihatan dan kesejahteraan. Oleh itu, diagnosis doktor pada tahun 2001 yang mengesahkan beliau menghidap penyakit kanser darah merupakan satu kejutan. Beliau harus melalui perit rawatan kanser, menyebabkan kemusnahan sel-sel darah dan kehilangan rambut serta penurunan berat badan secara mendadak. Tatkala melalui detik-detik getir ini, Dr. Noordin Darus tidak pernah patah semangat dan menyerah kepada kata-kata doktor sahaja. Beliau tertanya-tanya bagaimana seorang doktor dan pakar kesejahteraan yang menjaga makan dan minum dan sentiasa bersenam masih boleh menghidap kanser

Kajian beliau mendapati bahawa salah satu punca kanser datangnya daripada sumber air yang mengandungi bahan-bahan radikal seperti klorin. Dari situ beliau mula berminta mendalami Terapi Air yang ketika itu masih di peringkat permulaan. Jelas pada beliau bahawa ketika sedang mengalami rawatan kanser, air yang berbeza memberi tindak balas berbeza terhadap tubuh badannya. Kalau minum air masak sahaja, beliau lebih mudah rasa sakit dan mual selepas rawatan kemoterapi. Tetapi kalau minum air seperti air zam-zam, reaksinya positif. Pemahaman ini membuatkan beliau semakin teruja meneroka teknologi penapisan air.

Dengan penyelidikan sendiri dan modal daripada simpanan, beliau mula mengeluarkan prototaip sistem penapisan yang mengaplikasikan teknologi dan teknik yang bersesuaian dengan falsafah beliau. Cukup menarik apabila beliau mendapat reaksi positif terhadap air tersebut dan mula bersemangat untuk berkongsi kehebatan air ini kepada pesakit-pesakit yang lain. 6 bulan selepas memulakan rawatan kanser dan beberapa bulan selepas memulakan Terapi Air, Dr. Noordin Darus kembali aktif mencari peluang mengembangkan penemuan ini. Dari situlah bermulanya produk RxWater. Rx merupakan satu simbol unik yang digunakan oleh doktor-doktor perubatan apabila menulis preskripsi. Dan penggunaan Rx dalam RxWater amatlah sesuai kerana dari permulaan, produk ini unik kerana ianya bukan sekadar penapis air biasa tetapi menjanjikan air yang bersih lagi menyihatkan. Dikenali sebagai Air Aura pertama di pasaran, keberkesanan produk RxWater membuatkan semakin ramai individu berkongsi kisah RxWater kepada rakan masing-masing.

Sehingga ke hari ini, lebih 200,000 pengguna telah merasai nikmat dan kelebihan minuman air Rx-Water®. Kini, setelah 7 tahun berlalu, Dato' Dr. Noordin kembali memperkenalkan evolusi di dalam Rx-Water® untuk memenuhi permintaan pasaran dan kehendak semasa dengan The All New Rx-Water® - sistem air 2 dalam 1 yang Unik, Suci dan Berkesan.

==============================
Memperkenalkan: The All New Rxwater!
==============================

Sistem penapisan RxWater yang memang telah terkenal sejak 9 tahun lalu dan lebih dari 200,000 pengguna mendapat faedah Terapi Air Penyembuh Aura kini kembali dengan teknologi terkini dan manfaatnya lebih berkesan. Menggabungkan 2 teknologi dalam 1 The All New RxWater Sistem menjaminkan gaya dan kualiti hidup lebih sihat dan bermakna. Ia bukan sekadar penapis air.

The All New RxWater adalah sistem penapisan air yang pertama di dunia yang menggunakan Bamboo Qun iaitu sejenis zat yang terdapat di dalam buluh. Zat ini bukan saja boleh melazatkan air malahan boleh membunuh kuman tanpa menggunakan bahan kimia dan ia juga boleh meningkatkan aura air. Kuasa Far Infra Red yang terdapat dalam Bamboo Qun boleh memberi tenaga seumpama tenaga matahari. Ilmu dan rahsia ini tersimpan sejak tahun 1486 oleh dinasti Ming dan kini dibongkar semula untuk manfaat kita bersama.

Melalui katrij yang digunakan agen Bamboo Qun ini mampu mencegah pertumbuhan bakteria dengan lebih cepat dan efektif daripada penapis air biasa yang menggunakan karbon dan juga arang. Apatah lagi dengan pertambahan bebola Kristal dan pemindahan maklumat yang diserapkan dalam katrij katrij yang berkenaan.

Yang membuatkan The All New RxWater lebih istimewa ialah ia datang bersama sistem Rx Ozonizer. Dengan hanya menekan satu butang sahaja kita boleh menggunakan Rx Ozonizer untuk membasuh semua jenis makanan. Rx Ozonizer bertindak untuk membersih makanan dengan membunuh bakteria, kulat, virus, mencuci semburan kimia, antibiotic, hormon pembesaran, menghilangkan bahan pewarna, pengawet dan lain lain.

Ozonizer juga bertindak sebagai bahan pencuci Sterilisasi dan amat berkesan untuk mencuci alatan bayi tanpa menggunakan sabun berkimia. Rx Ozonizer juga mampu menghilangkan bau bauan yang kuat seperti durian, belacan, hanyir ikan dan bila digunakan utk berkumur, ia membantu menhilangkan bau mulut.

The All New RxWater bukan saja memberi teknologi dan kesihatan yang baik, bahkan satu gaya hidup moden dan terkini. Ia bukan sekadar penapis air!
Jika anda fikirkan kesihatan itu mahal, cubalah kesakitan! The All New RxWater.. Unik, Suci, Berkesan!

==============================
KEUNIKAN RXWATER
==============================

- Agen Bio-Aktif Bamboo-Qun yang pertama seumpamanya di Dunia dan dipatenkan oleh Worldwellness Network - Ia diadaptasikan dari teknologi zaman Dinasti Ming pada tahun 1428 yang menyimpan air yang diambil dari perigi Diraja dan disimpan di dalam Buluh khas. Zat bio-aktif Buluh adalah 10 kali ganda lebih kuat dari Arang kayu atau Arang Tempurung. Air yang tersimpan ini menjadi begitu bersih & selamat kerana agen bio-aktif Bamboo-Qun ini 'hidup dengan memakan bakteria'. Di samping ianya memberi rasa sedap dan Tenaga FIR semulajadi kepada Air

- Biominex Beads p**a mengion & mengalkali Air dan menghasilkan pH air dari 8 ke 8.5 di samping Activated Carbon yang menyerap bau-bauan, warna & bahan toksik seperti Klorin

- Teknologi Crystal Ball mewujudkan Pemindahan Tenaga & pengaktifan penyembuhan semulajadi ( ia sama seperti batu-batuan kristal mahal yang dijual di kedai2 kristal yang mempunyai nilai Terapeutik)

- Rx-Ozon: The All New RxWater bukan sahaja menapis air minuman dan menghasilkan air berkhasiat, tetapi ia juga mampu mengeluarkan air padat Ozon untk membasmi kuman, bakteria, bahan kimia & bau dalam penyediaan makanan dan kegunaan harian. One Touch Technology pada Plat elektronik menggunakan kuasa rendah untuk menghasilkan Ozon pada konsentrasi 0.125-0.255 ppm untuk digabungkan bersama RxWater. Ia merupakan Food Detoxifier & Sterilizer yang hebat.

==============================
Keistimewaan Rx-Ozon:
==============================

- Berfungsi mengeluarkan air padat Ozon untk membasmi kuman, bakteria, bahan kimia & bau dalam penyediaan makanan dan kegunaan harian.
- Air padat Ozon bertindak 3000X lebih kuat dari Klorin (tanpa bahaya seperti Klorin)
- Menghilangkan kotoran, bahan kimia, racun, bakteria & Virus. Ia bertindak sebagai sterilizer
- Menghilangkan bau, bahan pengawet, racun kulat, racun serangga pada Sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan2 lain (dengan merendamnya ke dalam air padat Ozon)
- Mengekalkan kesegaran makanan
- Menghilangkan bau hanyir pada ikan (terutama ikan air tawar) dan makanan2 laut lain
- Menghilangkan bau-bau yang melekat pada tangan seperti bau Durian, bawang putih, belacan dll dengan hanya membasuhnya dalam 1 minit sahaja tanpa menggunakan sabun
- Menghilangkan bau yang tak sedap pada mulut (bau petai, Jering, Durian, bau tar rokok dll) dengan berkumur-kumur dengannya dan bau badan yang kuat dengan menyapu bahagian tubuh dengan air Rx-Ozone
- Pensteril botol bayi, peralatan dapur, tub mandi, sudu, senduk & garfu, berus gigi, sinki, mainan kanak-kanak, lantai, akuarium, sesuai digunakan di Spa, menghilangkan bau 'hancing' pada lantai bilik air dengan hanya satu siraman sahaja tanpa perlu disental selain boleh diguna untuk merendam pakaian bagi menghilangkan bau hapak & kotoran pada pakaian (malah lebih hebat dari menggunakan peluntur seperti Clorox dll tanpa apa2 kesan kimia yang 'tajam' pada kulit kita dari bahan Klorin konsentrasi tinggi).
- Air Rx-Ozon juga boleh digunakan untuk perawatan muka yang berjerawat, berjeragat, menyembuhkan kudis, luka, jangkitan kulat pada kulit seperti panau, atheletes foot, kurap dll selain bagus untuk digunakan untuk berkumur-kumur bagi menyembuhkan sakit tekak, bisa2 dari luka2 dalam mulut dll. Hebat kan?

Tetapi jangan risau. Kita telah difahamkan melalui Ilmu tentang 'Air Hidup' RxWater sebelum ini bahawa Air Hidup akan mati jika terkena arus Elektrik. Air RxWater dalam Sistem 2 dalam 1 The All-New Rx-Water ini tidak akan terkena arus Elektrik selagi kita tidak tekan butang untuk mengeluarkan Rx-Ozone. Oleh itu, kita mendapat 2 manfaat yang berbeza dalam satu alat.

==============================
CIRI-CIRI UTAMA RX-WATER
==============================

- Sedikit beralkali (pH 7.6 – analisis oleh Sirim) - oleh itu air yang ditapis oleh Penapis RxWater membantu menyerap asid yang terhasil selepas metabolisma badan dan seterusnya dibuang melalui perpeluhan dan perkumuhan
- Mengandungi antioksidan – ini membantu mencegah kanser dari berlaku dan membantu untuk awet muda
- Sifat alkali dari air yang ditapis dengan penapis RxWater - mampu mengubah radikal bebas kepada oksigen untuk kegunaan badan. Air yang ditapis dengan penapis RxWater mengandungi oksigen yang tinggi
- Penggunaan sinaran infra merah semulajadi - membantu memecahkan molekul air dan menjadikan molekul air yang lebih halus seperti penghasilan pai water yang mudah diserap oleh badan
- Merangsang metabolisma tubuh – melalui penghasilan ‘Aura’ sewaktu proses penapisan
- Mempunyai sifat air yang terbaik dan membantu menguatkan daya ingatan
- Mengandungi Vitamin B2, B3, C, D, dan K. Kandungan mineral utama (sehingga 30 mineral) yang terdapat didalam air dikekalkan pada kadar yang optimum bagi mengelakkan risiko kekurangan atau berlebihan nutrient
- Air yang ditapis dengan penapis RxWater juga disahkan megandungi protein untuk tenaga tambahan
- TIADA KESAN SAMPINGAN – penggunaan penapis Rx-Water membantu anda memperolehi kesihatan yang lebih baik
- Pusingan air lawan jam berkonsepkan tawaf mengelilingi Kaabah
- Penapis Rx-Water juga menyamak air untuk memastikan kesuciannya
- Direka dan dikaji sendiri oleh Doktor perubatan yang pernah menghidap penyakit Kanser iaitu Dr Noordin Darus
- Kawalan mutu bertaraf antarabangsa walaupun penapis RxWater ini adalah buatan tempatan
- Penapis RxWater ini juga disokong oleh Program Well for Life dan Falsafah Kesejahteraan Sepanjang Hayat
- Mudah dipasang dan dikendalikan serta menjimatkan ruang – kerana saiz penapis RxWater yang kecil
- Dijamin halal - kerana ia adalah produk buatan syarikat Bumiputera Malaysia. Kandungan bahan penapis didalam setiap katrij menggunakan bahan yang bersih dan halal sahaja.

Ingin mendapatkan satu unit sebagai pelaburan kesihatan anda??

===========================================
HUBUNGI KAMI UNTUK KHIDMATRUNDING & TEMUJANJI
===========================================

☎ 06-7940089 / 017-3727459 - Pn. Yanie @ En. Eddie
✎ Facebook INBOX Message :- http://www.facebook.com/messages/penapisairrxwater
✉ email : [email protected] / [email protected]

Pesanan / Pertanyaan, sila klik : http://pusatservisrxwater.worldwellness2u.net/index.php/contact-us

Pengalaman memasang Sistem Penapis Air Rx-Water di Taman Perwira, SerembanSemalam saya bersama isteri pergi memasang Sis...
25/12/2013

Pengalaman memasang Sistem Penapis Air Rx-Water di Taman Perwira, Seremban

Semalam saya bersama isteri pergi memasang Sistem Penapis Air RxWater untuk Puan nurul hanim di Taman Perwira, Seremban. Ada sedikit pengalaman yang ingin saya kongsikan.

Kami tiba dirumah beliau lebih kurang pukul 4 petang. Biasanya pemasangan hanya ambil masa 15 minit dan selebihnya 15 ke 30 minit lagi untuk penerangan produk can cara untuk penyelenggaraan. Tapi tuan rumah ada permintaan untuk menukar paip sinki beliau dari yang 1 kepala kepada yang berkembar. Jadi kena tunggu dalam setengah jam juga sebelum pemasangan sementara anak tuan rumah pergi ke hardware berhampiran untuk membeli kepala paip.

Setelah tiba, saya tolong pasangkan paip yang beliau inginkan sejurus itu barulah kerja-kerja pemasangan Sistem RxWater dijalankan. Saya juga tunjukkan kepada beliau seramik batu kapur bergred tinggi yang digunakan oleh RxWater dan mengajar beliau cara untuk membezakan filter seramik batu kapur dengan jenis yang menggunakan tulang binatang (compress bone) yang dijual murah dalam pasaran yang lazimnya diimport dari china dan taiwan.

Semasa pemasangan dibuat, pelbagai soalan diajukan terutama untuk membandingkan RxWater dengan satu lagi jenama yang berbunyi 'agak Islamik' namanya yang mana harganya sedikit lebih murah. Secara lembut saya katakan, tidak adil untuk saya membuat perbandingan atau lebih-lebih lagi untuk memburukkan produk orang lain yang saya tidak arif mengenainya. Apa yang saya boleh terangkan, adalah kelebihan Sistem RxWater kerana saya ahli dalam produk ini. Rupanya beliau telah menggunakan 'Master Filter' untuk bahagian luar rumah dari produk jenama tersebut juga.

Setelah selesai pemasangan dibuat, saya buka air paip dan menunjukkan bagaimana ia berfungsi. Alhamdulillah rumah beliau tidak mempunyai masalah tekanan air secara tidak langsung air yang telah ditapis mengalir agak laju sepertimana sepatutnya. Seperti biasa, untuk pemasangan sistem baru, saya akan biarkan air mengalis 4 ke 5 minit untuk proses flushing keempat-empat kartrij tersebut sebelum ianya boleh digunakan untuk minuman.

Setelah selesai, isteri saya p**a mempuat penerangan mengenai warranty dan sebagainya. Dalam masa yang sama ada 2, 3 orang ahli keluarga beliau menguji sistem penapis air RxWater yang baru kami pasang. Kebetulan dan masuk time masak makan petang sebab dah hampir jam 6 petang. So lepas orang ni bukak, orang lain p**ak bukak. Begitulah sekitar 30 minit.

Tiba-tiba ibu beliau bertanya kepada saya

"Air ni memang kecil macam ni ke?" Saya lihat memang airnya agak perlahan, tidak seperti mula-mula tadi.

"Eh, tak mak.. tadi laju." jawab anaknya. Saya sendiri masih mencari kemungkinan lain.

"Ke ada orang pasang paip diluar?" Tanya saya. mungkin ada perubahan tekanan bila ada yang menggunakan punca air yang sama pada fikiran saya. Tapi ternyata tiada. Bila saya test paip biasa, kuat p**a airnya memancut keluar. Bila switchkan diverter kepada RxWater, airnya meleleh sangat perlahan. Kala itu ibu saudara tuan rumah mula menyindir.

"Tadi ingat nak beli jugak. Tapi kalau perlahan sangat macam ni airnya, tak jadilah..." Saya capai semula toolbox dan buka diverter untuk dicuba kepada kepala pili yang lagi satu. hasilnya juga tetap sama. Jadi saya ambil keputusan untuk membuka semula satu persatu kartrij untuk memastikan dibahagian mana yang ada tersumbat. Mungkin dari balutan 'white tape' yang tidak kemas atau kemungkinan lain.

Segalanya terjawab bila filter seramic di kartrij pertama saya buka. Batu kapur yang tadinya putih melepak dah jadi seperti warna tembaga disaluti keladak, karat dan lendir. Tuan rumah terkejut, saya sendiri lagi terkejut. Mau taknya... baru 30 minit guna dah sampai begini kotorannya. Biasanya untuk jadi kuning begini dirumah saya sendiri ambil masa 3 minggu ke 1 bulan.

"Maknanya, selama ini tak pakai water filter, inilah yang masuk kedalam perut kita selama ini" kata saya. Terus saya cuci dan servis semula kartrij beliau. Setelah itu barulah pengeluaran air tapis kembali seperti biasa.

"Tapi kitorang dah pasang Master Filter kat luar... sepatutnya air mesti ok sikit kan?" tanya beliau kepada saya. Selamba saya jawab.

"Sepatutnya begitulah.. tapi dari apa yang berlaku sekarang, nampaknya Master Filter tu bolehlah saya katakan sebagai tidak berfungsi seperti yang sepatutnya."

Jawapan itu juga mungkin boleh menjawab soalan beliau tadi berkenaan 'Jenama yang mana yang lebih bagus' tadi. :)

05/12/2013

Pengumuman:

Pusat Servis RxWater akan menghentikan operasinya buat sementara waktu dari 6hb sehingga 9hb Disember 2013 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja dan misi bantuan mangsa banjir di Kuantan. Walaubagaimanapun order dan inquiry masih boleh dibuat ke inbox message kami seperti biasa dan kami akan melayan anda sejurus kami kembali."

Segala kesulitan amat kami kesali.

Address

Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00

Telephone

+60173727459

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Servis RxWater posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share