Haura Canopy & Lelangit Muar

Haura Canopy & Lelangit Muar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Haura Canopy & Lelangit Muar, TL 184 Parit Unas Jalan Temenggong Ahmad, Muar.

Siap 5 biji canopy untuk majlis 20/12 ni.
18/12/2020

Siap 5 biji canopy untuk majlis 20/12 ni.

1 set lembayung untuk Pelamin canopyLokasi : Ayer Hitam Batu 17. Muar, JOHORDate : 14 September 2018Mencari canopy untuk...
14/09/2018

1 set lembayung untuk Pelamin canopy

Lokasi : Ayer Hitam Batu 17. Muar, JOHOR
Date : 14 September 2018

Mencari canopy untuk majlis perkhawinan atau event..?
Boleh inbox atau terus pm kami
https://www.wasap.my/60187881190






Dari Fb Apeq FirasJust nak share sikit apa cerita yg terjadi kt aku skrg ni.. Mana tau boleh jadi pedoman utk kawan2 yg ...
15/07/2018

Dari Fb Apeq Firas

Just nak share sikit apa cerita yg terjadi kt aku skrg ni.. Mana tau boleh jadi pedoman utk kawan2 yg lain.. πŸ˜… kalau nak ikutkan panjang ceritanya.. Tapi takpelah aku ringkaskan jelah.. Yang mana faham tu faham lah, yg x faham buat2 faham jelah. Sebelum ni aku kerap sakit kepala, kdg2 kena sawan tarik sorang2 tapi aku x tau mende tu sawan ke apa.. So pendekkan citer..πŸ‘‡πŸ‘‡

Bawah ni gambar CT SCAN yg dibuat pada Rabu pagi 30/5. Gambarajah yg kiri bersamaan otak kanan, yg kanan otak kiri. Lepas habis scan aku pn balik lah. Tghari dpt call drpd Doc Hospital Putrajaya(HPJ) suruh datang balik & direct terus ke Emergency Department (ED) jumpa doc di Semi Kritikal. Aku pelik tanya kenapa? Doc cakap ada nampak 'something' di otak kanan aku bila masuk air contrast CT SCAN. So dlm pkul 2pm aku sampai. Aku diminta baring terus di katil & kena cucuk terus line branular di tgn. Aku minta izin utk solat zuhur dulu disitu. Dalam jam 3pm lebih hampir 4pm sambil menunggu apa tindakan doc selanjutnya, tiba2 aku termenung & kepala aku pening berpusing2.. Makin lama otak aku makin menarik kejang sekali dgn seluruh badan sambil tak boleh bernafas oksigen tak sampai di otak. Nasib baik la mulut boleh buka panggil doc yg ada ramai depan mata. Masa kena tu mmg dah rasa mcm nak ajal, otak mcm nak meletup! Dgn tak x dpt bernafas.. Then lepas tu aku x sedar dah.. Tau2 lepas sedar kepala aku sakit gila skor 10 & ada dalam Red Zone Kritikal dgn badan bertampal2 ECG dan mcm2 lagi.. Doc ckp aku kena tu lbh kurg 2 minit lebih mata putih keatas..

Then aku dimasukkan ke dalam wad & aku diberikan bantuan oksigen di wad coz otak aku x cukup bekalan oksigen. Tapi skrg alhamdulillah makin better, cuma kepala ada dizzy2 skor 2,3 camtu bila berjalan atau kepala tiada support. Semalam buat MRI scan di IKN tempat arwah permaisuri aku meninggal. Dan skrg ni tgh tunggu formal report drpd PAKAR NEURO HKL. Coz HPJ sini tiada pakar NEURO. Doakan aku harap2 tiada apa yg serius bukan tumor malignin (kanser) & merisaukan. Kalau ada pun pn biarlah ketumbuhan biasa (benignin) atau yg tak perlu dibedah & boleh dikecutkan bengkak tu dgn makan ubat saja.. Jika dibedah risiko mungkin lost memory sikit, hilang keupayaan sebelah bdn, mata kabur & b*k lagi lah.. Otak kan banyak saraf.. Hanya org sekeliling yg boleh bagi aku support yg positif..

Kemungkinan punca sebab apa ini terjadi?
πŸ‘‡πŸ‘‡
Bila doc tanya history life aku, mungkin disebabkan aku terlalu stress dlm life aku + bersedih kematian isteri & paling utama aku MEROKOK! Sambil sedih2 stress sedut asap..Doc ckp coz MEROKOK ni punca segala jenis penyakit. Termasuklah V**E! Pastu yg jenis duk sedut dalam2 sampai mampat otak mcm sedut sh**ha tu.. Lama2 bg tekanan kt otak.. Sebab tu kot terjadi.. Walaupun aku merokok x sekuat mana, sekotak 2,3 hari baru abis..

So aku nasihatkan korang yg merokok, v**e tu STOP lah dari sekarang.. Please STOP! aku repeat PLEASE STOP!.

AKU MOHON DOA DARIPADA RAKAN & KENALAN SEKALIAN SUPAYA TIADA APA2 YANG SERIUS YANG MERISAUKAN & ALLAH BERIKAN KESEMBUHAN KEPADA AKU. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.. Harap dimakbulkan Allah SWT. Kerana Dialah Yang Maha Penyembuh πŸ˜ƒ

1 set lembayung untuk ruang makan berdamai.Lokasi : Parit Sepayong Muar, JOHORDate : 12 Julai 2018Mencari canopy untuk m...
12/07/2018

1 set lembayung untuk ruang makan berdamai.

Lokasi : Parit Sepayong Muar, JOHOR
Date : 12 Julai 2018

Mencari canopy untuk majlis perkhawinan atau event..?
Boleh inbox atau terus pm kami
https://www.wasap.my/60187881190






BUDAYA YANG PATUT DI PADAMKANBeratnya jadi lelaki. Disebalik mereka lihat setannya perangai lelaki-lelaki, di sebalik me...
27/06/2018

BUDAYA YANG PATUT DI PADAMKAN

Beratnya jadi lelaki. Disebalik mereka lihat setannya perangai lelaki-lelaki, di sebalik mereka lihat mudahnya jadi lelaki boleh kahwin empat, mudahnya lelaki boleh buat apa sahaja yang mereka nak buat, orang perempuan terlupa untuk pandang sesuatu yang hari ini telah membunuh lelaki dalam senyap.

Untuk pengetahuan semua perempuan, jadi lelaki ini nampak mudah kerana bebanan mereka semua mereka simpan kemas dalam hati dan digantikan p**a dengan senyuman yang acah tiada masalah. Lelaki di Malaysia telah dikerah gila-gila seawal perkenalan dengan perempuan. Entah budaya orang gila mana yang buat yang mana lelaki perlu jadi "bank" bagi perempuan sebelum kahwin. Kononnya lelaki perlu gentleman. Gentleman kepala zionis kau!

Lelaki di pau teruk seawal perkenalan pertama. Mula bercinta, setiap makan luar, setiap berjalan bagai lelaki di galakkan sponsor perempuan. Full sponsor. Gentleman lah konon. Padahal belum konfem pun jadi hak milik. Kau bayangkan, lelaki nak keluar untuk berkenalan pun kadang terpaksa kerja 2,3 hari untuk buat duit belanja semata nak keluar dengan kau. Dan kau p**a perempuan, cuma dengan sengih sahaja dh cukup untuk keluar pada sesi perkenalan. Tak payah bawak purse okey! Standby je kot laki gak bayar, kau terus minta putus cakap yang lelaki tu lelaki tak guna.

Bila dah mula serius berkenalan, masuk ke part bertunang. Lelaki mula berkira-kira duit gaji, tengok ibu ayah p**a bukan orang senang. Maka bermulalah edisi kumpul duit dan kerja keras lelaki. Nak lepaskan trend tunang style meriah punya pasal. Anggaran RM2,000 sekrang ni. Konon gentleman dan romantik! Kerja lah siang malam si lelaki untuk ikat si perempuan. Perempuan waktu itu hanya pegang pada janji lelaki yang ingin ikat dia jadi tunang. Tinggal nak pilih baju cantik ala princes, dan lelaki hulur duit bayarkan guna duit berhempas p**as kerja. Selamba kerja bagai nak rak nak kejar duit modal untuk tunang. Lepas tu hangus sekejap je income yg sebulan dua kau kumpul tu.

Di bisikkan p**a, hantaran RM10,000. Ternganga kejap lelaki. Ahh, demi kau perempuan, demi cinta. Terus lah lelaki mengelabah cari kerja yang kedua. Sehari buat dua tiga kerja semata untuk halalkan kau. Berpeluh-peluh lelaki. Kadang sampai jatuh sakit nak halalkan kau punya pasal. Hingga ada yang smpai terpaksa ikat perut, terpaksa potong duit belanja bulanan mak ayah. Akhirnya dapat kumpul. Selepas berkotor tangan, bersepah peluh. Kau p**a perempuan waktu itu sedang sibuk mencari apa-apa yang cantik, sedang bahagia terbayang nak jadi princes. Nak jadi cantik gila waktu kahwin. Dasyat pengorbanan lelaki nak bahagiakan kau.

Tapi siapa sahaja perempuan lihat pengorbanan lelaki tu?

Bab hantaran ni yang sbnrnya banyak matikan ramai lelaki. Lelaki bagai nak gila ada yang sanggup buat loan berpuluh ribu, yang sanggup tidur sehari cuma 2-3jam semata untuk kerja nak cukupkan duit halalkan kau. Kau bayangkan sahaja, lelaki perlu modal yang sangat tinggi sehingga sanggup gadai kesihatan, gadai keringat untuk "beli" tanggungjawab yang paling berat dalam dunia ni daripada ayah dan ibu kau. Tanggungjawab yang sangat berpotensi untuk di humban ke api neraka. Semua untuk kau tau perempuan. Dia ambil tanggungjawab utk tanggung semua dosa kau daripada bapak kau. Dari bapak kau tau bukan kepala bapak kau. Sori, saja aku nak bikin panas.

Sebaiknya hantaran ni,belah perempuan sepatutnya ambil tanggungjawab untuk ringankan beban si lelaki yang bakal pikul tanggungjawab besar nak mampps tu. Woi, kau ingat senang ke nak kumpul 10k? Ada p**a sampai 20k! Lelaki juga ada tanggungjawab pada emak ayah, pada keluarga. Entah bila nak dapat kumpul duit sebanyak tu semata untuk kau. Kau senang lah cakap bila lelaki tak cukup duit je kau kata lelaki tak serius.Apakah kau pernah hargai keringat lelaki ini? Yang kau tahu, bercerita tentang romantiknya lelaki lain yang buat surprise pada pasangan dorang. Sibuk cerita bahagia orang lain. Kau try kumpul duit tengok. Set 3bulan ke 4bulan ke kumpul duit hantaran tu. Dalam masa yang sama, kau wajib bagi duit belanja dekat mak bapak kau setiap bulan, wajib ajak pasangan kau tu keluar setiap minggu. Kau bawa kereta isi minyak semua sendiri, makan semua kau bayar. Cuba kau tengok dapat kumpul ke tak.

Senangnya kerja kau.

Dan bila dah halalkan kau, kau dah jadi isteri. Bermakna semua tanggungan, segala hutang pemiutang kau dah jatuh atas tanggungjawab suami. Tak kisah lah apa jenis hutang pun termasuk hutang Ptptn. Semuanya lelaki perlu bertanggungjawab untuk sara segalanya. Bertambah lagi komitmen laki. Kau boleh bayangkan waktu itu apa yang ada dalam fikiran lelaki? Lelaki cuma belanja senyuman, untuk kau lihat dia tenang. Kuat. Keluar lagi lelaki bersepah peluh memikirkan kau, urat-urat tangan berselirat timbul membuat kerja berat, tidak cukup tidur, memikirkan keluarga kandungnya, memikirkan ibu ayah kau. Apa sahaja sanggup mereka buat demi bahagiakan semua yang tersayang. Tak habis dia berkira-kira incomenya untuk kau semua tidak terbeban. Untuk kau tidak sesekali terpaksa susah. Lelaki waktu itu cuma mampu senyum sambil bisik dalam hati...

"Asalkan semua yang tersayang ini bahagia dan tidak merasa peritnya kehidupan, strugglenya kehidupan..merasa semua serba cukup..biar lah aku yang susah yang penting korang semua bahagia itu pun dah cukup buat hilang segala letih."

Di saat strugglenya bekerja, hati mereka tidak pernah hilang dari ingatkan kau dan anak-anak. Kau p**a mudah bercerita lagi keinginan kau untuk dapat itu seperti pasangan lain, mengeluh tentang kereta yang panas, mengeluh tentang rumah yang kecil, mengeluh mahukan surprise, mengeluh mahukan 24jam masa bersama, mengeluh tentang inginnya bercuti seperti pasangan lain. Apakah kau tak tahu, itu semua perbuatan yang sangat penting diri? Kau tidak pernah cuba ambil tahu keinginan lelaki, tidak cuba tahu hargai strugglenya suami. Kau mudah jawab kononnya kau sanggup susah asalkan si lelaki sentiasa ada bersama, tapi berapa banyak akhirnya rumah tangga ranap dek konon kau sanggup susah tu? Berhenti jadi penipu. Yang kau mudah lafaz, lelaki ini kedekut, tidak faham kau dan s**a pentingkan perkara lain berbanding kau.

Kasihan lelaki. Maka termenung lah lelaki sambil merungut dalam hati..

"Entah bangsat mana yang awal buat semua ini sebagai cara untuk dilihat gentleman.. kalau aku dapat tahu, memang keturunan dia aku sumpah jadi pakar matematik.. biar dia tahu sikit kira-kira yang tak menyusahkan bangsa.."

Hargai lah lelaki. Kerana kalian tidak pernah akan nampak betapa strugglenya lelaki nak bahagiakan semua yang tersayang. Kadang hingga terpaksa tebal muka pinjam duit kawan, kawan p**a dengan sinis kata..

"Time kitorg melepak kau tak pernah ada pun, asik dengan pasangan je 24jam.."

Semua untuk lepaskan kau dan anak-anak. Mereka pilih untuk membahagiakan daripada di bahagiakan. Kau dahulu perlu belajar bersyukur dari apa yang lelaki struggle untuk kau seawal perkenalan pertama. Bukan berterusan muncung bibir macam minta di uppercut bila merajuk.

Kau apa tahu? Merengek minta difahami 24jam. Kau sendiri tidak pernah langsung memahami. Menepek muka di FB tahu lah kau. Yang ini memang aku saja bakar line. Ini realiti. Kau perempuan kena selalu belajar bersyukur. Dan kena yakin,Cerekarama TV3 pasal lelaki romantik kaya raya anak dato keparat tu semua kisah di planet lain. Bukan di bumi kita.

Dan pesanan keras untuk lelaki,bila kau dapat pasangan yang sanggup sama-sama susah dengan kau, sanggup sama-sama susah untuk ke jalan halal, kongsi duit, bantu kau naik.. hargai lah. Jangan mudah sangat lupa sampai terlalu cepat plan untuk kahwin dua. Lagi-lagi bila kau mula berjaya dan selera dah mula meraba-raba. Itu gampang namanya.

Bahagiakan lah. Bina cinta sampai akhir nyawa.

Apapun, hargai pasangan korang yang tidak terlihat pengorbanannya pada korang. Cinta mereka melebihi segalanya. Solopeh Allah dan Rasul.

Salam kejayaan,geng!

Cite melayu sekarang banyak sgt plot yg cliche, perempuan cantik kawin ngan lelaki kaya raya, mak mertua yg jahat, menan...
26/06/2018

Cite melayu sekarang banyak sgt plot yg cliche, perempuan cantik kawin ngan lelaki kaya raya, mak mertua yg jahat, menantu perempuan yang baik, lurus dan suci. Tak realistik dan macam tengah baca novel ahadiat akashah. Please la tulis cerita yg banyak berlaku dalam masyarakat supaya jadik pengajaran.

Antaranya banyak yang boleh dicedok dari page KRT. Menantu atau suami yang pemalas, tahu nak makanan sedia terhidang, suami malas nak cebok anak berak, mak pak asik main henpong sampai hang, suami main mobile legend tak ingat dunia, berkepit dengan henpon xkira masa, kisah perceraian akibat rumah tangga yg suram dan takde seri. Suami xpeduli cari nafkah untuk anak isteri, kisah tertipu akibat pelaburan MLM, menantu tak kenang budi dan tak bagi isteri balik beraya ke kampung halaman selepas berkahwin.

Isteri menanggung hidup suami yang tak mempunyai pendapatan tetap. Kekasih romatika yg bertukar jadi suami mami monster selepas berkahwin, kisah perebutan harta pusaka dan banyak lagi. Bagi la cerita2 yang ada pengajaran kepada penonton. Dan jangan harap happy ending untuk semua cerita sebab hakikat hidup ni happy ending hanya berlaku dalam fairy tales je..πŸ˜‘

Kredit : Ct Hajar

Dari FB Muhammad IshaqKalau anda ade niat nak duduk rumah banglo berharge 2 juta 10tahun kemudian,jangan lah menabung da...
23/06/2018

Dari FB Muhammad Ishaq

Kalau anda ade niat nak duduk rumah banglo berharge 2 juta 10tahun kemudian,jangan lah menabung dan tunggu gaji naik,sebab nanti rumah tu makin mahal maybe 10tahun lagi dh rege 3juta disebabkan kos bina rumah dh naik dan duit inflation.

Saya doubt anda leh menabung depo berserta legal fee yg berjumlah 400k(rumah 3juta).

Ade jugak yang beli tanah lot,parking situ tanpa buat ape2,tunggu modal nk buat rumah 2juta tu.saya rasa itu pun x effisien.

Apa kata setiap tahun beli 1 biji rumah yg valuation 200k,beli dengan harge rm150k.katalah bulanan rm700 sewa dapat rm1300.passive income rm500 tambah tolak kos maintainance.

pastikan anda stamp perjanjian sewaan,nanti bank akan kira sebagai income untuk kita submit loan rumah seterusnya.contoh gaji kita sekarang 4000,tolak loan rumah gaji kita 3300,tapi bile kita submit perjanjian sewaan,pendapatan kita sekarang bank tengok sebagai (rm3300+1300) iaitu rm 4600!.gunakan pendapatan baru untuk beli rumah seterusnya.

untuk deposit,try lah menabung atau cari side income.banyak bende boleh buat sekarang,nak taknak je.

Cukup 10tahun kite dh ade 10biji rumah.rumah awal kita beli dlu maybe dah naik value 300k-400k.dan passive income kite dah bertambah 8-9k disebabkan nilai sewa yang semakin naik,instalment yg tetap,dan settlement dgn kwsp.

Jual rumah yg kita beli 10,9,8 tahun lepas boleh dapat 600k-800k cash.

Gune duit utk depo rumah 3juta tu(cari lelong maybe leh dpt 2juta-2.5juta)lebihan duit jualan tu buat full settlement rumah 7biji yang tadi(maybe xdapat cover full tapi rasanya dah leh cover banyak).

Bulanan banglo besar tu boleh bayar dengan duit pasif income dari 7biji rumah sewa kita tadi.

So kita macam beli 7biji apartment percuma 1 banglo value 3juta.

Kalo ikut kiraan,cara kumpul duit tanpa beli rumah selama 10tahun dan beli tanah lot utk parking pencen nnti jauh beze nya dari cara yang saya katakan tadi.katakanlah kita berjaya kumpul duit 400k laki bini selama 10tahun,kite tetap kne bayar bulanan 9k-14k instalment utk banglo 2-3juta.cara sy tadi boleh dikatakan xperlu bayar dah bulanan banglo tu.

Duduk free!

Yang idamkan rumah 1-2juta tu leh start main rumah 100k every year.sama teknik apply.

kurangkan alasan,banyakkan usaha



Kalo orang tanya sapa guru property aku,aku akan jawab peter lee.die ade aset lebih 100juta dah.



Soalan panas semasa akad nikahπŸ‘πŸΏπŸ‘πŸΏπŸ‘πŸΏWajib ingat πŸ‘πŸΏπŸ‘πŸΏKredit : Malaysia Viral Story
22/06/2018

Soalan panas semasa akad nikahπŸ‘πŸΏπŸ‘πŸΏπŸ‘πŸΏ
Wajib ingat πŸ‘πŸΏπŸ‘πŸΏ

Kredit : Malaysia Viral Story

Kalau dah kahwin, isteri wajib patuh cakap suami. Si suami p**a, wajib untuk terus patuh pada kedua orang tua. Apa yang ...
22/06/2018

Kalau dah kahwin, isteri wajib patuh cakap suami. Si suami p**a, wajib untuk terus patuh pada kedua orang tua. Apa yang berlaku hari ni dah terbalik. Suami sibuk patuh cakap isteri sebab isteri masih lagi mendahulukan keluarga berbanding suami. Tak patuh cakap isteri, takut tak mendapat katanya. Alahai. Hahaha.

Berbincanglah baik-baik. Moga suami pun jenis bertimbangrasa dan adil juga.

Kredit : Oh! Media

P/S: Jangan lupa like page Wan Canopy & Services kalau nak info dan tips jodoh & perkahwinan pada masa akan datang

Address

TL 184 Parit Unas Jalan Temenggong Ahmad
Muar
84150

Telephone

+60123734568

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Haura Canopy & Lelangit Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share