17/03/2025
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Ianya berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadah di Gua Hira', bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Al-Quran ini adalah kurniaan Allah SWT kepada manusia yang penuh kebaikan. Oleh itu, mereka wajib bersyukur menerimanya dengan beriman dan beramal soleh dalam perkara dunia yang menjadi jambatan ke akhirat dan mencapai perkara yang dijanjikan pada Hari Akhirat.