Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Felda Nitar 2

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Felda Nitar 2 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Felda Nitar 2, NADI Felda Nitar 2, Bangunan Kemas, Jalan Kesidang, Felda Nitar 2, Mersing.

Kami menyediakan perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi (Broadband),WIFI, latihan, aktiviti serta semua yang berkenaan dengan teknologi maklumat & komunikasi Laman Web Rasmi : http://www.branch18.digicbc.com

Takwim Aktiviti / Program Bulanan NADI Felda Nitar 2 bagi bulan MEI 2026
02/05/2026

Takwim Aktiviti / Program Bulanan NADI Felda Nitar 2 bagi bulan MEI 2026

Mengakhiri lawatan ke Pulau Pinang, saya ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang bagi menghadiri Majlis ...
26/04/2026

Mengakhiri lawatan ke Pulau Pinang, saya ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang bagi menghadiri Majlis Pengiktirafan NADI oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa.
Saya merungkai istilah “transformasi digital” yang sering kedengaran hebat dan memukau, namun berisiko melebarkan kesenjangan sekiranya ia hanya berlegar dalam wacana elit di kota besar. Justeru, NADI membawa pendekatan berbeza: memastikan kemajuan teknologi maklumat dan kecerdasan buatan benar-benar sampai serta memberi manfaat kepada masyarakat desa.

Kerajaan MADANI melaksanakan agenda ini dengan matlamat yang jelas. Pembangunan digital tidak boleh mencipta jurang baharu, sebaliknya mesti menjadi jambatan yang memperluas peluang dan membuka ruang mobiliti sosial kepada semua.

Pendekatan ini juga seiring dengan prinsip democratisation of access to quality education. Bukan sekadar memastikan semua mendapat pendidikan, tetapi memastikan setiap anak, tanpa mengira latar belakang, berpeluang menikmati pendidikan yang bermutu, termasuk penguasaan teknologi digital sebagai keperluan asas masa kini.

Melalui inisiatif seperti NADI, usaha ini mula menampakkan hasil. Anak-anak yang sebelum ini ketinggalan kini diberi akses kepada pembelajaran digital, bimbingan kemahiran dan peluang baharu yang mampu mengubah masa depan serta membuka ruang peningkatan pendapatan.
Pada masa sama, saya mengingatkan agar agama, nilai dan budaya tidak menjadi korban dalam kita mengejar kemajuan teknologi. Kemajuan tanpa jati diri hanya akan menghilangkan arah.

Semoga ikhtiar ini melahirkan generasi yang celik digital, namun tetap berakar pada nilai, akhlak dan budaya yang membentuk kekuatan masyarakat agar kemajuan ini bukan hanya memanfaatkan segelintir kelompok, tetapi benar-benar dimiliki bersama.



Kubang Semang, Pulau Pinang | 25 April 2026 — Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus melakar pencapaian membanggak...
26/04/2026

Kubang Semang, Pulau Pinang | 25 April 2026 — Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus melakar pencapaian membanggakan apabila diiktiraf sebagai ahli Pusat Transformasi Digital atau Digital Transformation Centre (DTC) di bawah rangkaian Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

Penyerahan pengiktirafan ini telah disaksikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim dan disampaikan oleh Encik Kishore Babu Yeravalla, Pengarah Pejabat Kawasan Asia Tenggara dan Asia Pasifik, ITU kepada YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din, Pengerusi MCMC.

Pengiktirafan ini meletakkan NADI dalam rangkaian global ITU-DTC, sekali gus memperkukuh usaha negara dalam memperluas keterangkuman digital serta memperkasakan komuniti melalui akses, kemahiran dan perkhidmatan digital.

Dalam majlis yang sama, YAB Perdana Menteri turut menyempurnakan perasmian NADI Kubang Semang serta meluangkan masa melawat reruai Perkhidmatan Pintar NADI dan berinteraksi bersama komuniti setempat.


NADI x E-SUKANTEAMWORK & PERANAN DALAM PASUKAN E-SUKAN📅 Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)⏰ Masa: 10.00am - 11.00am🔗 Platform...
25/04/2026

NADI x E-SUKAN

TEAMWORK & PERANAN DALAM PASUKAN E-SUKAN

📅 Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00am - 11.00am
🔗 Platform: LMS E-Sukan
📍 Lokasi: NADI FELDA NITAR 2




NADI x TINY TECHIESANIMASI DALAM PYTHON SIRI 1📅 Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)⏰ Masa: 11.00am - 12.00pm🔗 Platform: nadibo...
25/04/2026

NADI x TINY TECHIES

ANIMASI DALAM PYTHON SIRI 1

📅 Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 11.00am - 12.00pm
🔗 Platform: nadibook.my
📍 Lokasi: NADI FELDA NITAR 2




NADI x TINY TECHIESINOVASI ROBOTIK SIRI 1 📅 Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)⏰ Masa: 9.30am - 10.30am🔗 Platform: nadibook.my...
25/04/2026

NADI x TINY TECHIES

INOVASI ROBOTIK SIRI 1

📅 Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.30am - 10.30am
🔗 Platform: nadibook.my
📍 Lokasi: NADI FELDA NITAR 2




NADI x KIDVENTUREWEBINAR 12 - PEMASARAN 2📅 Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)⏰ Masa: 10.00am - 11.30am🔗 Platform: Google Meet...
25/04/2026

NADI x KIDVENTURE

WEBINAR 12 - PEMASARAN 2

📅 Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00am - 11.30am
🔗 Platform: Google Meet
📍 Lokasi: NADI FELDA NITAR 2




NADI x E-SUKANWEBINAR – COMPOSITING & EDITING📅 Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)⏰ Masa: 9.00am - 1.00pm🔗 Platform: Google Me...
25/04/2026

NADI x E-SUKAN

WEBINAR – COMPOSITING & EDITING

📅 Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00am - 1.00pm
🔗 Platform: Google Meet
📍 Lokasi: NADI FELDA NITAR 2




18/04/2026

Walaupun AI makin canggih, ada juga risiko kian membimbangkan, contohnya deepfake, scam yang lebih licik, dan berita palsu.
Sebab itu kita kena lebih berhati-hati, tingkatkan literasi digital, dan guna teknologi dengan lebih bertanggungjawab supaya masyarakat tak terkesan dengan penyalahgunaannya

Takwim Aktiviti / Program Bulanan NADI Felda Nitar 2 bagi bulan APRIL 2026
07/04/2026

Takwim Aktiviti / Program Bulanan NADI Felda Nitar 2 bagi bulan APRIL 2026

NADI x KIDVENTUREWEBINAR : PERANCANGAN KEWANGAN (COHORT 7)📅 Tarikh: 7 FEBRUARI 2026 (Sabtu)⏰ Masa: 10.00am - 11.30am🔗 Pl...
03/04/2026

NADI x KIDVENTURE

WEBINAR : PERANCANGAN KEWANGAN (COHORT 7)

📅 Tarikh: 7 FEBRUARI 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00am - 11.30am
🔗 Platform: Google Meet
📍 Lokasi: NADI FELDA NITAR 2




𝗕𝗔𝗭𝗔𝗥 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗡𝗔𝗗𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜‼️Ayuh datang beramai-ramai ke Program Bazar Raya @ NADI yang bakal berlangsung secara seren...
10/03/2026

𝗕𝗔𝗭𝗔𝗥 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗡𝗔𝗗𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜‼️

Ayuh datang beramai-ramai ke Program Bazar Raya @ NADI yang bakal berlangsung secara serentak di seluruh Malaysia seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh : 14 Mac 2026 (Sabtu)
⏰ Masa : 8.00 pagi – 3.00 petang
📌 Tempat : NADI Felda Nitar 2

Pelbagai gerai jualan menarik menanti anda :

🛍 Biskut Raya
🛍 Perfume
🛍 Tudung Baru & Preloved
🛍 Handbag Preloved
🛍 Brooch & Aksesori Wanita
🛍 Baju Raya Preloved

🎁 Setiap pembelian berpeluang memenangi cabutan bertuah!

Agensi turut hadir:

✅MySalam..

📣Saringan Kesihatan Percuma

Aktiviti yang dijalankan :
🔵 Pertandingan Silangkata kanak-kanak
🟢 Pertandingan menganyam Ketupat
🟣 Pertandingan Kupas Buah Oren terpanjang
🟠 Kelas Kidventure "Berniaga & Berjaya
🔴 Program Keusahawanan NADI
🟡 Cabutan Bertuah

👉 Jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah untuk persiapan Raya & menyokong usahawan tempatan, serta menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

📍 Jumpa anda di Bazar Raya NADI !!
Datang awal, banyak pilihan menarik menanti!



Address

NADI Felda Nitar 2, Bangunan Kemas, Jalan Kesidang, Felda Nitar 2
Mersing
86800

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

016-2089326

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Felda Nitar 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share