Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg LB JOHNSON

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg LB JOHNSON *Kemudahan Internet secara kolektif
*Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar

08/03/2026

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT

📆 7 Mac 2026
⏰ 2.00 pm - 6.00 pm
📍 Bazar Ramadan Metropark Sendayan

Kerajaan MADANI terus memperkukuh keselamatan dalam talian menerusi pelaksanaan Kempen Internet Selamat 2.0 yang dipergiat di seluruh negara.

Kempen ini merupakan usaha strategik bagi membina masyarakat celik digital di samping mewujudkan persekitaran internet yang lebih selamat, terutamanya untuk kanak-kanak dan remaja.

📢 GUIDANCE TUITION JANUARI 2026: TINGKATAN 4 📢Tahun baharu, semangat baharu! Jom mulakan sesi persekolahan 2026 dengan l...
05/01/2026

📢 GUIDANCE TUITION JANUARI 2026: TINGKATAN 4 📢

Tahun baharu, semangat baharu! Jom mulakan sesi persekolahan 2026 dengan langkah kanan bersama DILEA Tuisyen Rakyat.

📚 Subjek: Matematik Tingkatan 4
🗓️ Tarikh: 5 Januari 2026
💡 Hari: Isnin
🕞 Masa: 3.30 PM – 4.30 PM

RM2.7 bilion lesap akibat scam dalam talian.Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) menuntut platform lebih bertanggun...
05/01/2026

RM2.7 bilion lesap akibat scam dalam talian.

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) menuntut platform lebih bertanggungjawab untuk lindungi pengguna.

Hentikan penipuan. Keselamatan digital mesti diperkukuh.


16/12/2025

📣 NADI KINI ADA APLIKASI!
Semua urusan jadi lebih mudah di hujung jari anda.

Daftar sebagai Ahli NADI dan nikmati pelbagai kemudahan melalui Aplikasi Ahli NADI. Lebih pantas, lebih mudah, semuanya dalam satu aplikasi.

Antara kemudahan yang tersedia
✔️ Tempahan penggunaan PC di NADI
✔️ Carian lokasi NADI terdekat
✔️ Kemas kini maklumat keahlian
✔️ Pemantauan rekod kesihatan
✔️ Makluman dan pengumuman rasmi NADI

📥 Muat turun Aplikasi Ahli NADI sekarang

iOS (App Store)
https://apps.apple.com/my/app/nadi-member/id6753041480

Android (Google Play)
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.nadi.nadi_member_2

Aktifkan akaun anda dan mula manfaatkan perkhidmatan digital NADI hari ini.

NADI telah menyertai Festival Sains, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan 2025 (STID FEST 2025) yang berlangsu...
16/12/2025

NADI telah menyertai Festival Sains, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan 2025 (STID FEST 2025) yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi pada 13 Dec 2025 yang lalu. .

Menerusi reruai pameran MCMC, pelbagai pameran teknologi dan maklumat berkaitan industri telekomunikasi dan multimedia telah diketengahkan kepada para pengunjung.

Penglibatan NADI memberi fokus kepada promosi Perkhidmatan Pintar NADI melalui aktiviti interaktif seperti pendaftaran ahli NADI, program pembelajaran sepanjang hayat Tiny Techies, pameran Dilea Tuisyen Rakyat serta pemeriksaan kesihatan asas.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen dalam mendekati komuniti secara lebih dekat, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan akses kepada perkhidmatan digital yang inklusif, selamat dan relevan dengan keperluan masyarakat setempat.

Dikongsikan kemeriahan program yang berlangsung dari pagi hingga ke petang. meriah.

Kementerian Pengangkutan (MOT) menafikan seseorang individu yang mempunyai saman tertunggak akan hilang kelayakan menikm...
10/12/2025

Kementerian Pengangkutan (MOT) menafikan seseorang individu yang mempunyai saman tertunggak akan hilang kelayakan menikmati subsidi petrol bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) menafikan seseorang individu yang mempunyai saman tertunggak akan hilang kelayakan menikmati subsidi petrol bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

02/12/2025

KEMASKINI BANJIR | 30 November 2025, 08:00 AM

TNB terus memantau keadaan banjir yang menjejaskan beberapa negeri dan kami amat memahami kebimbangan para pelanggan yang terkesan. Berikut adalah perkembangan terkini:

⚠️ Penutupan Pepasangan Elektrik (PE) Atas Faktor Keselamatan

Bagi melindungi keselamatan semua, beberapa PE ditutup apabila paras air meningkat:

•⁠ ⁠Perlis: 1 PE (153 pelanggan terlibat)
•⁠ ⁠Perak: 8 PE (792 pelanggan terlibat)
•⁠ ⁠Selangor: 7 PE (985 pelanggan terlibat)
•⁠ ⁠Pahang: 1 PE (100 pelanggan terlibat)

Langkah ini diambil bagi mengelakkan risiko renjatan elektrik. Pasukan teknikal TNB berada di lapangan dan akan memulihkan bekalan sebaik sahaja keadaan benar-benar selamat.

🏚️ Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

•⁠ ⁠Perlis: 23 PPS
•⁠ ⁠Kedah: 16 PPS
•⁠ ⁠Kelantan: 8 PPS
•⁠ ⁠Terengganu: 102 PPS
•⁠ ⁠Kuala Lumpur: 1 PPS
•⁠ ⁠Perak: 42 PPS
•⁠ ⁠Pahang: 56 PPS
•⁠ ⁠Kuala Lumpur: 1 PPS
•⁠ ⁠Selangor: 35 PPS
•⁠ ⁠Negeri Sembilan: 3 PPS
•⁠ ⁠Melaka: 3 PPS

Kepada semua yang berada di kawasan terjejas banjir, kami mendoakan keselamatan anda dan keluarga. Sila ambil langkah berjaga-jaga berkaitan elektrik demi mengelakkan sebarang kemalangan.

Panduan Keselamatan Elektrik tersedia dalam empat bahasa di: https://www.tnb.com.my/floodsafetytips/

Pendaftaran Sukarela PLKN 3.0 Tahun 2026 Kini DibukaJabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) membuka peluang kepada belia w...
17/11/2025

Pendaftaran Sukarela PLKN 3.0 Tahun 2026 Kini Dibuka

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) membuka peluang kepada belia warganegara Malaysia berumur 18 hingga 25 tahun untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 secara sukarela bagi tahun 2026.

Bagi pelaksanaan tahun hadapan, sebanyak empat (4) siri pengambilan akan dijalankan. Belia yang berminat boleh membuat permohonan melalui pautan pendaftaran yang disediakan di bawah dan memilih siri yang paling sesuai dengan jadual masing-masing.

https://linktr.ee/PLKN3.0.OFFICIAL

Selain penyertaan sukarela, pemilihan calon PLKN secara sistem undian rawak (balloting) juga akan dilaksanakan bagi daftar kelahiran tahun 2008 yang akan diumumkan kelak.

Untuk maklumat terkini mengenai garis panduan, tarikh pengambilan, dan syarat penyertaan, sila layari:
👉 https://jlkn.mod.gov.my

23/10/2025

💰🇲🇾 Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri!

✨ Penjawat awam Gred 56 ke bawah & lantikan kontrak: RM500
✨ Pesara & veteran: RM250

📅 Disalurkan awal Mac 2026, selepas kenaikan gaji 2026, STR & SARA bulanan. 🎉💛

💪 Menghargai jasa, meringankan beban & sambut Aidilfitri lebih bermakna!





Sipitang, Sabah | 15 Oktober 2025 - MCMC melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) hari ini melancarkan NADI on Whe...
15/10/2025

Sipitang, Sabah | 15 Oktober 2025 - MCMC melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) hari ini melancarkan NADI on Wheels (NOW) peringkat Negeri Sabah bersempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di NADI Pekan Sindumin, Sipitang.

Majlis peluncuran disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil, sebagai simbol komitmen kerajaan memperluas keterhubungan dan memperkasakan komuniti luar bandar agar tidak tercicir daripada arus kemajuan negara.

NOW merupakan pusat bergerak yang direka untuk membawa kemudahan teknologi dan perkhidmatan berasaskan komuniti terus kepada rakyat. Dilengkapi dengan satelit Starlink, tenaga solar mudah alih, komputer riba, tablet, projektor dan Wi-Fi percuma, NOW membolehkan aktiviti latihan, pembelajaran komuniti serta program Perkhidmatan Pintar NADI dijalankan di mana-mana sahaja.

Inisiatif ini turut akan menyantuni rumah anak yatim, OKU, masyarakat Orang Asli serta komuniti terpencil yang sukar dicapai agar mereka juga dapat menikmati kemajuan teknologi dan tidak ketinggalan dalam era digital.

HBK NADI Sindumin turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pameran dan jualan usahawan NADI, program Kempen Internet Selamat, pemeriksaan kesihatan percuma serta kerjasama strategik bersama agensi seperti PERKESO, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Address

Balairaya, Jalan Dato Shaharadan, Kampung Felda LB Johnson
Labu
71760

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60162130426

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg LB JOHNSON posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg LB JOHNSON:

Share