03/02/2024
Tentang "decoration" ruang makan, pasti ramai yang terfikir, ianya mestilah luas dan selesa. Pastikan ruang meja makan adalah cukup muat bagi ruang untuk 4 orang, 6 orang, 8 orang atau 10 orang makan.
Untuk mereka yang bijak, trend zaman sekarang adalah gabungan retro dan berkonsepkan minimalis tapi nampak elegan. Kombinasi ataupun "mix n match" antara elemen semulajadi dengan semulajadi akan membangkitkan seri ataupun suasana ruang makan sesebuah rumah.
Untuk nampak lebih estetik, tambahkan sedikit penggunaan hiasan meja makan serta aksesori yang berkaitan. Ruang makan akan nampak lebih ceria dan nampak terang, kita perlu pandai untuk memanipulasi cahaya semulajadi yang datangnya dari luar. Maksudnya, ianya memerlukan sistem pencahayaan yang balik, mesti ada tingkap dan juga langsir. Sesetengahnya ada "sliding door" ditepi ruang makan.
Berikut adalah beberapa "points" yang perlu kita fikirkan jikalau kita ingin menghias ruang makan rumah kita.
a) Penggunaan Cermin
b) Karpet
c) Faktor cahaya yang baik
d) Kombinasi Warna - sama ada warna cat dinding, warna permaidani mahupun warna perabot serta aksesori meja makan. Kita perlu pandai memilih warna yang sesuai agar rumah kita tidak nampak macam rumah "tadika" ataupun rumah badut.
e) Tumbuhan (semulajadi atau palsu)
f) Kerusi yang bersesuaian
g) Mix and Match (antara kerusi dan meja makan)
Di showroom kami, ada terdapat pelbagai pilihan meja makan, karpet dan juga perhiasan rumah untuk anda membuat pilihan sendiri. Kami nasihatkan agar anda datang terus ke showroom kami untuk melihat, merasa serta menyentuh perabot dan aksesori kayu jati yang kami jual untuk para pelanggan .
Hubungi kami di talian 013-222 9055