12/04/2020
Hari Puisi Sedunia? - Huxeir M.
Aku tidak tahu tarikh2 tertentu. Melainkan tarikh hari kebangsaan, hari lahir sendiri, atau dibising-bisingkan. Ramai memenuhi aktiviti dalam meraikan hari puisi sedunia. Dari golongan marhaen hinggalah ahlul politik. Aku? Aku tidak ambil pusing. Kerana hal puisi ini mungkin agak jauh dari aku.
Tapi,
Pada tahun 2016, ketika Bob Dylan dianugerahkan ANUGERAH NOBEL SASTERA. Ramai terkejut, aku pun terkejut. Malah Bob Dylan ketika menerima mesej bahawa dia terpilih, dia pun terkejut. Umpama macam ni lah, M Nasir dapat anugerah SASTERAWAN NEGARA. Meskipun tidaklah Malaysia mahu ke tahap itu. Sebab aku sendiri pun tidak hafal kesemua dan susunan sasterawan negara. Mahu eja sasterawan negara ini huruf besar di awal atau kecil pun bimbang. Adakah kata nama khas atau kata nama am. Kita letak tepi dulu hal itu.
Ada ura-ura,
Bob Dylan menolak anugerah itu, aku buka laman web The Swedish Academy. Ye sebab aku pun nak tahu cerita. Betul ke tolak. Bob Dylan merasakan tidak layak, tapi dia menerima dengan berlapang dada. Aku pun legalah dia terima. Sebab muzik dia sedap didengar. Dibuai angin petang membawa diri ke sebuah dunia alunan muzik Bob Dylan, sangat menenangkan.
Tomorrow Is A Long Time
If today was not an endless highway
If tonight was not a crooked trail
If tomorrow wasn't such a long time,
Then lonesome would mean nothing to you at all
Begitulah lebih kurang lirik lagu Bob Dylan yang menemani aku menunggu hari esok.
Tahukah anda, setiap mereka yang menerima anugerah Nobel Prize ini perlu menyediakan ucapan. Dan aku kongsikan apa yang disembangkan oleh Bob Dylan. Satu dipanggil Banquet Speech, ini diucapkan oleh pemenang ketika menerima hadiah. Satu lagi dipanggil Nobel Lecture.
Banquet Speech.
Bob Dylan sangat terharu dan kaget dan cuak kerana. Apabila dia melihat senarai penerima anugerah ini Kipling, Shaw, Thomas Mann, Pearl Buck, Albert Camus, Hemingway. Semuanya karya mereka yang pernah dibaca oleh semua pelajar sekolah. Ada ke budak sekolah baca lirik Bob Dylan? Tapi mendengar muzik Bob Dylan itu semestinya ada. Aku rasalah. Beliau merasa sangat rare apabila dianugerahkan Nobel Prize.
Nobel Lecture.
Ahlul muzik bersyarah pasal sasteranya sendiri. Itulah yang dilakukan oleh Bob Dylan. Beliau cuba mencari celah mana muziknya boleh dikaitkan dengan Sastera. Dan akan berusaha menyampaikan syarahan yang berbaloi untuk didengar (dibaca).
Ianya bermula apabila Bob Dylan mengenali Buddy Holly (ahli muzik Amerika pada waktu itu). Bagi beliau, Buddy Holly adalah seorang pemuisi. Muziknya banyak memberi pengaruh dan semangat padanya. Selain dari itu beliau menyebut, Don Quixote, Ivanhoe, Robinson Crusoe, Gulliver’s Travels, Tale of Two Cities, dan beberapa lagi karya ini adalah tipikal yang diajar disekolah. Jadi sudut pandang dunia bagi budak sekolah ditancap dari bacaan sebegitu. Termasuk Bob Dylan. Semua tema lagunya ke arah melihat kehidupan dunia, memahami dan menilai alam. Seperti orang lain. Bob Dylan mahu mencipta karya yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain.
3 Buku Pilihan Bob Dylan.
Moby Dick - All Quiet on the Western Front - The Odyssey
Kesemua tiga buku ini direview oleh Bob Dylan dalam syarahannya. Banyak p**a aku nak tulis. Tapi percayalah, ahlul muzik juga membaca dan rakan2 semua akan terkejut apabila dapat tahu mereka juga membaca novel cinta, sastera, puisi, pantun untuk mendapat idea. Sebagai penutup dan PKP yang masih panjang ini marilah sama2 kita dengarkan alunan muzik
A Hard Rains Gonna Fall oleh Bob Dylan. (Lagu ini dipersembahkan sewaktu menerima anugerah Nobel Prize - tapi bukan Bob Dylan nyanyi)
https://youtu.be/8O7heJ5ILvM