14/05/2015
Kadang-kadang kita terfikir, kenapa mesti kita membaca. Padahal bukan rugi apa pun kalau tak baca. Ye, memang kita tak rugi dari satu sudut tapi dari sudut pandang lain ternyata jika kau tak membaca, kau antara manusia yang paling rugi atas muka bumi ni. Malahan, aku rasa kau lagi teruk dari katak-katak yang duduk bawah tempurung. Sedangkan perkara pertama yang nabi belajar pon adalah 'iqra'' iaitu baca. Tu baru nabi, nak bandingkan dengan kita, siapalah kita yang pemalas ni. Setelah pelbagai penelitian yang aku lalui, pengetahuan tak akan sampai jika kau tak cuba membacanya. Sesuatu tamadun itu akan bertambah maju dari segi rohaniahnya dan lahiriahnya jika mereka menghargai setiap pengetahuan mahupun ilmu yang dikurniakan itu. Aku teringat lagi dulu masa kecik-kecik, pantun yang digubah oleh Tun Dr Siti Hasmah berkenaan membaca,
Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Bacalah sampai pandai,
Buku-buku pelbagai ilmu.
Santan lemak manis,
Santan kelapa muda,
Jangan anak menangis,
Kalau emak suruh membaca.
Kau tengok, isteri PM pun suruh rakyat dia membaca. Nak banding dengan isteri PM sekarang memang bezalah. Tapi tu bukan main point aku. Pada aku, generasi hari ni mesti membaca dan belajar dari sejarah. Percayalah, dengan membaca kau boleh ubah dunia.
-admin oppo-