Persatuan Astronomi Negeri Kelantan

Persatuan Astronomi Negeri Kelantan Sebuah persatuan yang mengumpulkan aktivis dan peminat yang bergiat secara sukarela di dalam bidang astronomi dan falak di Negeri Kelantan.

Gambar anak bulan pada 29 Ramadan semalam tak dapat. Alhamdulillah hari ini 30 Ramadan dapat dengan jelas. Gambar diambi...
20/03/2026

Gambar anak bulan pada 29 Ramadan semalam tak dapat. Alhamdulillah hari ini 30 Ramadan dapat dengan jelas. Gambar diambil selepas matahari terbenam pada jam 7:38 malam.

Sebagai perbandingan gambar semalam, sekiranya anak bulan kelihatan mungkin seperti di dalam gambar pada posisi yang diletakkan anak panah. Namun apakan daya, kedudukan bulan semalam sangat sukar untuk kelihatan ditambah p**a dengan gumpalan awan kelam di ufuk.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh:14 Ramadan 1447H, 3 Mac 2026 (Selasa).Kota Bharu, Kelantan.Alhamdulillah, fenonema gerhana ...
03/03/2026

Fenomena Gerhana Bulan Penuh:
14 Ramadan 1447H, 3 Mac 2026 (Selasa).
Kota Bharu, Kelantan.

Alhamdulillah, fenonema gerhana bulan penuh berjaya dirakam sebelum tamat tempoh fasa maksimum dari lensa kamera BCKB.

Terima kasih juga kepada semua yang hadir memeriahkan suasana semasa cerapan dilakukan.

Jom Mencerap Semua,
ADMIN BCKB

🌕 Pengumuman Fenomena Astronomi: Gerhana Bulan Penuh pada 3 MAC 2026 :Adalah dimaklumkan bahawa satu fenomena astronomi ...
02/03/2026

🌕 Pengumuman Fenomena Astronomi: Gerhana Bulan Penuh pada 3 MAC 2026 :

Adalah dimaklumkan bahawa satu fenomena astronomi yang bakal berlaku, iaitu Gerhana Bulan Penuh, akan dapat disaksikan di seluruh Malaysia pada waktu maghrib 3 mac 2026 esok.

Fenomena ini berlaku apabila Bulan berada dalam bayang penuh Bumi (umbra), menyebabkan permukaannya kelihatan kemerahan, yang mana dikenali sebagai gerhana bulan penuh.

📅 Tarikh: 3 mac 2026
🕐 Kemuncak Gerhana: 7:33 malam (waktu Malaysia)
📍 Kawasan Liputan: Seluruh negara
🔭 Kaedah Pemerhatian: Boleh dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan alat optik

Orang ramai digalakkan untuk mengambil peluang ini bagi menyaksikan keindahan ciptaan Ilahi serta mendalami ilmu astronomi melalui pemerhatian langsung. Fenomena ini bukan sahaja memberi pengalaman visual yang menakjubkan, malah turut membuka ruang kepada pemahaman tentang pergerakan jasad-jasad cakerawala.

Selain itu, AMAT sangat disarankan/digalakakan untuk mendirikan Solat Sunat Khusuf (gerhana bulan) semasa berlaku gerhana bulan ( 7.33 - 9.17 mlm ).

📸 Ambil gambar, kongsi pengalaman, dan jadikan malam ini satu kenangan seumur hidup anda!!!!!

Jom Mencerap Semua,
ADMIN BCKB.

ANTARA GAMBAR2 TOMPOK MATAHARI / SUAR / SEMARAK YANG BERJAYA DIRAKAM PADA PETANG  21 DISEMBER 2025 TAHUN LEPAS (4 -5.00 ...
09/02/2026

ANTARA GAMBAR2 TOMPOK MATAHARI / SUAR / SEMARAK YANG BERJAYA DIRAKAM PADA PETANG 21 DISEMBER 2025 TAHUN LEPAS (4 -5.00 PETANG) / AHAD @ BCKB

Jom Mencerap Semua
ADMIN BCKB

Planet Jupiter bersama 2 buah bulannya yang berjaya dirakam dari  teleskop BKCB pada malam 29 januari 2026 yang lepas. A...
09/02/2026

Planet Jupiter bersama 2 buah bulannya yang berjaya dirakam dari teleskop BKCB pada malam 29 januari 2026 yang lepas.

Admin BCKB

TOMPOK MATAHARI / Sunspot10.47 PAGI 02 DISEMBER 2025 / SELASA@ BCKBJom Mencerap SemuaADMIN BCKB
02/12/2025

TOMPOK MATAHARI / Sunspot
10.47 PAGI 02 DISEMBER 2025 / SELASA
@ BCKB

Jom Mencerap Semua
ADMIN BCKB

PLANET ZUHAL / SATURN23.05PMBALAI CERAP KOTA BHARUAlhamdulillah, imej planet zuhal berjaya dirakam walaupun dalam suasan...
01/12/2025

PLANET ZUHAL / SATURN
23.05PM
BALAI CERAP KOTA BHARU

Alhamdulillah, imej planet zuhal berjaya dirakam walaupun dalam suasana musim monsun timur laut di kawasan negeri pantai timur.
Walaupun agak mencabar untuk merakam ketika planet ini dicerap,namun hasil selepas editing gambar dibuat agak memuaskan , walaupun kurang dari segi 'image sharpening ' kerana keadaan atmosfera agak bergelora ketika cerapan dibuat.

Untuk info lanjut mengenai planet zuhal ini boleh rujuk disini :

https://falakonline.substack.com/p/terpaling-nipis-peluang-melihat-gelang

ADMIN BCKB,
Jom Mencerap Semua.

ALHAMDULILLAH, HILAL 1 RABIUL AKHIR 1447H BERJAYA DICERAP DARI BALAI CERAP KOTA BHARU, SALOR, KOTA BHARU, KELANTAN.CUACA...
23/09/2025

ALHAMDULILLAH, HILAL 1 RABIUL AKHIR 1447H BERJAYA DICERAP DARI BALAI CERAP KOTA BHARU, SALOR, KOTA BHARU, KELANTAN.

CUACA SEMASA CERAPAN ADALAH BAIK , NAMUN SEDIKIT BERAWAN DIBAHAGIAN UFUK BARAT. IMEJ INI ADALAH HASIL DARIPADA SELEPAS EDITING.

Hilal 1 R.Akhir 1447H
JAM : 7.14 pm
TELESKOP :RASA 11” | MOUONT : SKYWATCHER EQ8 PRO
KAMERA : CANON EOS Ra
SETTING : f/2.2 | 1/8000 | ISO 3200
ALTITUD BULAN :2° 13'
Umur bulan : 15.24jam
Peratus cahaya (fasa): 0.42%

JOM MENCERAP SEMUA,
ADMIN BCKB

Komet C/2025 (SWAN) mula menampakkan ekornya melibas ke arah planet Marikh di belakang. Atau apakah nanti Marikh akan me...
20/09/2025

Komet C/2025 (SWAN) mula menampakkan ekornya melibas ke arah planet Marikh di belakang. Atau apakah nanti Marikh akan mengejar komet ini? Jom sama-sama saksikan hari Rabu ini.

Comet C/2025 R2 (SWAN )  yang berjaya dirakam dari lensa balai cerap kota bharu 20 / 9 /2025 8.11pmjom mencerap semua,AD...
20/09/2025

Comet C/2025 R2 (SWAN ) yang berjaya dirakam dari lensa balai cerap kota bharu
20 / 9 /2025
8.11pm

jom mencerap semua,
ADMIN BCKB.

Alhamdulillah, dibawah ini adalah merupakan antara gambar2cerapan gerhana bulan penuh untuk kali ini yang berjaya diraka...
08/09/2025

Alhamdulillah, dibawah ini adalah merupakan antara gambar2cerapan gerhana bulan penuh untuk kali ini yang berjaya dirakam walau pun cuaca ada ketika baik kadang2 berawan.

Cerapan kali ini dilakukan bersama kerjasama dengan MYSA, Planetarium Negara dan beberapa balai balai cerap lain di seluruh negara.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan cerapan kali ini.

JOM MENCERAP SEMUA!!! ,
ADMIN BCKB.

Address

Lot 2130, Kg Kubang Rawa
Kota Bharu
15100KOTABHARU

Telephone

+60199266619

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Astronomi Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Astronomi Negeri Kelantan:

Share