15/01/2016
Setelah setahun kami memulakan Koperasi Pembangunan Berunai Sabah kita sudah berjaya mengumpul ahli dan kewangan walau pun masih belum cukup memulakan perdagangan yang besar. Jika kita mahu kejayaan dan keuntungan yang besar kita memerlukan dana kewangan yang besar.
Impian kitani ini tidak akan tercapai andai kitani masih ragu dan bimbang kewangan yang akan di salurkan oleh biskita atu akan hilang sebagaimana program anak anak orang berunai sebelum ini dan tiada sesuatu pun kejayaan anak anak berunai akan di capai jika kitani masih lagi inda mahu bertindak dan menyokong perancangan ini.
Fikirkan secara mendalam bagaimana cara untuk meningkatakan kedudukan anak bangsa berunai di Sabah ini mun kitani nganya sembunyi di dalam selimut takut untuk menunjukan bangsa lain bahawa Bangsa Berunai bukan bangsa yang boleh di jajah dan di biarkan miskin dan melarat. Cuba mendongak ke atas siapa yang berjaya dan siapa yang mejadi orang atasan. Lihat juga siapa yang berjaya dalam perdagangan dan industri, ada anak bangsa kitani??? Lihat p**a siapa jadi kuli atau jadi pekerja peringkat bawah, dapat jua kita melihat bila banyak dari bangsa kitani ani. Kenapa ??? . Inda mampukah kah kitani ?? bagaimana cara menubah dan meningkatkan martabat bangsa kitani ani ?? Banar jua tu ada jua anak bangsa kitani yang kaya dan selasa hidupnya namun bisidia ani berjaya sendiri sendiri tanpa membawa bersama kerabat kerabat bangsa berunai lain kecuali kroninya. Kitani doakan sedia berjaya serta doa bersama agar sedia ani sedar untuk menunduk kebawah melihat kedaifkan bangsanya dan sangup membantu anak bangsanya di bawah.
Kesedaran ini meminta kitani mengambil tindakan agar kedaifan dan kedudukan kitani di bawah ani dapat di tingkatkan dan kedudukan bangsa kitani di Sabah ani di angkatkan ke atas. Bagaimana caranya ??? atutah meningkatlkan ekonomi dan pendidikan anak bangsa kitani ani. Untuk meningkatkan ekonomi kitani wajib terlibat dengan usahawan dan perdagangan yang menguntungkan. Kita sudah melihat kejayaan bangsa cina dan bugis memonopoli perdaganan stategik, sedangkan kitani yang telah membantu kejayaan mereka atu dengan menjadi semada pekerjanya atau pelangannya. Kenapa kitani anak anak berunai hanya menjadi pelangan dan pembeli sedangakan penjual dan jadi taukee hanya bisedia, inda boleh kah kita tukarkan kedudukan? atau, kitani jadi taukee. Mun kitani inda jadi pelangan dan pembeli besedia tetapi menjadi pelangan dan pembeli barangan kitani sendiri, tentu tah akhirnya kita yang akan jadi taukee.
Benoni Comercial Center akan menjadi milik kitani bukan milik Wong Group jika kita menjadi taukee perdanganan kita. Tanah sawah yang dulu milik anak anak berunai atu tidak akan tertukar milik kepada Wong Group jika kita mempunyai dana kewangan. Kenapa kita sehingga kini masih miskin??. Mun kitani kumpul harta dan wang seluruh anak berunai di Sabah ini belum tentu sebanyak kewangan WG ini. Jadi untuk kitani ani inda terus di jajah dan di hina maka kitani wajib membuat sesuatu. Sesuatu atu apa ???. Mengumpul duit kita atu dalam koperasi dan kita bina juga bangunan komersial di kawasan berdekatan BCC atu, Bukan tujuan bersiang tapi mempastikan Nama Benoni bukan hanya nama milik kita, malah aset dan tanah itu juga akan jadi milik kitani, Koperasi Pembangunan Berunai Sabah.
Kita mampu merubah suasana ani dengan satu syarat ia itu memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada anak anak berunai melakarkan kejayaan sebagaimana kejayaan WG itu telah buat. Kita mempunyai anak anak berunai yang mempunyai kepakaran dan kebijaksanaan untuk melaksanakan impian ini. Impian yang akan memberikan kenyataan nyata dan seluruh anak bangsa berunai menerima nilkmat kejayaan itu. Kejayaan yang akan membanggakan kepada selurah anak bangsa berunai tanpa mengira sesilah keturunan dan kampung di mana kita berada.
Maitah kitani bangun dan berikanlah sumbangan dana awda tanpa rasa ragu, Berikan idea dan inovasi awda kepada kami agar kami dapat melebarkan kejayaan ini ke pucak impian kitani bersama. Insya Allah.