Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis, Jalan Hospital, Kangar.

Sesi Pitching Program Agrobelia Lestari Peringkat Negeri Perlis 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini bert...
14/05/2026

Sesi Pitching Program Agrobelia Lestari Peringkat Negeri Perlis 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, melibatkan pembentangan idea dan cadangan program daripada peserta dalam memperkasa pembangunan agrobelia di Negeri Perlis.

Program ini menjadi platform dalam mengetengahkan idea kreatif, inovatif serta berdaya saing dalam sektor pertanian dan agromakanan, selaras dengan usaha melahirkan lebih ramai belia yang aktif dan berminat dalam bidang agro.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan panel penilai yang telah meluangkan masa serta memberikan penilaian dan pandangan yang membina sepanjang sesi pitching berlangsung iaitu En Mohammad Suhaimi Md Saad Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Pn Norasimah Khamis dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perlis serta En Mohd Nizam Abd Aziz dari Jabatan Pertanian Negeri Perlis.

Semoga Program Agrobelia Lestari terus menjadi pemangkin kepada pembangunan belia agro yang progresif, mampan dan berdaya maju di Negeri Perlis.



๐Ÿ”ฅ Antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung sempena Festival Belia @ Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pe...
14/05/2026

๐Ÿ”ฅ Antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung sempena Festival Belia @ Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2026 sempena Festival Rakyat 3.0 pada 22 hingga 24 Mei 2026

Pelbagai pengisian menarik menanti anda seperti Busker, Pameran Interaktif Agensi, Aktiviti Sukan & Rekreasi, Aerobikthon 2jam, Youth Power Fun Run, Pertandingan Lompat Tali, Pertandingan Belia, Persembahan Pentas, Jualan Rahmah Madani , Aktiviti Interaktif serta pelbagai lagi program santai dan bermanfaat khas untuk semua golongan belia ๐ŸŽ‰

Jangan lepaskan peluang untuk turut sama memeriahkan sambutan terbesar belia di Negeri Perlis! ๐Ÿ’ชโœจ
๐Ÿ“22 โ€“ 24 Mei 2026 (Jumaat-Ahad)
๐Ÿ“Œ Dataran Lok 9, Kuala Perlis



12/05/2026

๐Ÿ”ฅ INSPIRE iTalent Perlis 2026 Memang Padu! ๐Ÿ”ฅ
Bakat Atlet OKU Mula Bersinar, Semangat Mereka Memang Luar Biasa!

KANGAR, 12 Mei โ€“ Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis hari ni penuh dengan aura semangat, disiplin dan inspirasi menerusi Ujian Kecergasan Fizikal INSPIRE iTalent Peringkat Negeri Perlis 2026 ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis ni jadi platform untuk cari bakat-bakat baharu atlet OKU yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam dunia sukan ๐Ÿ†

Peserta daripada kategori OKU fizikal, kerusi roda dan masalah pembelajaran turun dengan satu misi โ€” buktikan bahawa kekurangan bukan penghalang untuk berjaya ๐Ÿ‘

Walaupun ujian yang dijalankan memang mencabar, semangat peserta memang lain macam! Ada yang datang dengan penuh keyakinan, ada yang lawan rasa takut, dan semuanya hadir dengan semangat nak jadi lebih baik โค๏ธ

Yang paling best, program ni bukan sekadar cari bakatโ€ฆ tapi jadi bukti bahawa dunia sukan ni milik semua tanpa mengira batas fizikal ๐Ÿ™Œ

๐Ÿ“ข Kadang-kadang limit tu bukan pada badanโ€ฆ tapi pada keberanian untuk cuba.

Dan hari ni, mereka dah buktikan mereka memang luar biasa ๐Ÿ”ฅ





๐Ÿ”ฅ๐Ÿ† LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026 ๐Ÿ†๐Ÿ”ฅAnda ada team? Inilah masanya untuk turun gelanggang dan buk...
11/05/2026

๐Ÿ”ฅ๐Ÿ† LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026 ๐Ÿ†๐Ÿ”ฅ

Anda ada team? Inilah masanya untuk turun gelanggang dan buktikan siapa paling power! ๐Ÿ’ช๐Ÿ˜Ž

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis menjemput semua komuniti, kelab, persatuan dan pasukan sekitar Perlis untuk menyertai Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Perlis 2026 yang bakal berlangsung penuh aksi, semangat kesukanan dan kemeriahan!

๐Ÿ“Œ Acara dipertandingkan:
โšฝ Futsal (Lelaki)
๐Ÿ Bola Tampar (Lelaki)
โ›น๐Ÿผโ€โ™€๏ธBola Jaring (Wanita)

Jangan lepaskan peluang untuk:
โœ… Mengeratkan hubungan komuniti
โœ… Menyerlahkan bakat sukan
โœ… Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat
โœ… Membawa pulang gelaran juara! ๐Ÿ…

๐Ÿ“– Peraturan Am:
Peraturan Am LSK Perlis 2026๏ฟผ
https://acrobat.adobe.com/id/urn:aaid:sc:AP:af439f64-0e93-40d0-9dc8-308aaa49d0f9

๐Ÿ“ Borang Pendaftaran:

โšฝ Futsal (Lelaki)๏ฟผ

https://acrobat.adobe.com/id/urn:aaid:sc:AP:b9a2029b-af8e-4d62-ba0a-ae5c96cd2601

โ›น๐Ÿผโ€โ™€๏ธBola Jaring (Wanita)๏ฟผ

https://acrobat.adobe.com/id/urn:aaid:sc:AP:03240a18-42da-49b1-8735-f6c8618d1ff4

๐Ÿ Bola Tampar (Lelaki)๏ฟผ

https://acrobat.adobe.com/id/urn:aaid:sc:AP:c54ff5a0-bfc2-454c-921f-b0661095915c

๐Ÿ“ฃ Cepat daftar sebelum slot penuh!
Ayuh semarakkan budaya sukan komuniti di Negeri Perlis! ๐Ÿ’ฅ

KUNJUNG HORMAT PKPIM KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLISKangar, 11 Mei 2026 โ€“ Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis...
11/05/2026

KUNJUNG HORMAT PKPIM KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS

Kangar, 11 Mei 2026 โ€“ Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis hari ini menerima kunjung hormat daripada delegasi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang telah berlangsung di Bilik Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.

Kunjungan tersebut disambut oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam pembangunan belia serta penglibatan golongan muda dalam program kesukarelawanan, kepimpinan dan pembangunan sahsiah di negeri Perlis.

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak di samping bertukar pandangan serta idea bagi memperkasa agenda pembangunan belia yang lebih holistik dan berimpak tinggi.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan demi manfaat golongan belia di Negeri Perlis.



10/05/2026

โ€ผ๏ธ Makluman โ€ผ๏ธ

๐Ÿ”Š HEBAHAN PEMBUKAAN Y-HUB PERLIS ๐ŸŽ‰

Y-Hub Perlis kini dibuka untuk belia setempatโ•
Ruang santai, pembelajaran dan pembangunan diri, khas untuk anak muda ๐Ÿ’ฅ

โœจ Pelbagai aktiviti menarik yang akan dilaksanakan dibawah Y-Hub Perlis :
๐Ÿ“– Kelas Mengaji
๐Ÿ“š Kelas Tutor
๐Ÿ› ๏ธ Kelas Kemahiran
๐Ÿ’ผ Youth Biz
โ˜• Lepak Santai & aktiviti Belia

Jom manfaatkan masa dengan aktiviti yang bermanfaat, tambah ilmu, bina kemahiran dan eratkan ukhwah bersama komuniti belia ๐Ÿ™Œ





๐Ÿ‘๐Ÿ”ฅ FLOORBALL MASUK PERLISโ€ฆ TERUS MERIAH! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‘Siapa sangka sukan yang makin trending ni berjaya tarik ramai belia Perlis un...
09/05/2026

๐Ÿ‘๐Ÿ”ฅ FLOORBALL MASUK PERLISโ€ฆ TERUS MERIAH! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‘

Siapa sangka sukan yang makin trending ni berjaya tarik ramai belia Perlis untuk turun gelanggang dan cuba sendiri pengalaman bermain floorball! ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ’ช

Program Sukan Baharu Floorball Peringkat Negeri Perlis 2026 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis hari ni memang happening habis di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis!

40 peserta terawal berjaya rebut peluang sertai program secara PERCUMA ๐Ÿ‘๐Ÿ”ฅ

Ada yang pertama kali pegang stick floorball, tapi bila dah mula mainโ€ฆ terus tak nak berhenti ๐Ÿ˜‚

Dari belajar teknik asas, kawal bola, sampai friendly game mini โ€” semua peserta sporting dan semangat lain macam! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‘

Majlis penutup disempurnakan oleh Fauzi bin Abdullah Saleh yang turut berharap lebih ramai anak muda Perlis tampil menyerlah dalam sukan floorball selepas ini ๐Ÿ’ช

Nampaknyaโ€ฆ floorball dah mula โ€œcucuk lineโ€ kat hati belia Perlis ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ‘






YOUTH POWER FUNRUN PERLIS 2026๐Ÿ—“๏ธ DATE : 23 MAY 2026 | SATURDAY โฐ TIME : 7.30 AM ๐Ÿ“VENUE : DATARAN LOK 9, KUALA PERLIS ๐ŸCA...
08/05/2026

YOUTH POWER FUNRUN PERLIS 2026

๐Ÿ—“๏ธ DATE : 23 MAY 2026 | SATURDAY

โฐ TIME : 7.30 AM

๐Ÿ“VENUE : DATARAN LOK 9, KUALA PERLIS

๐ŸCATEGORY :
- 5.4 KM FUNRUN

LAST CALL BEFORE 20 MAY 2026 โ€ผ๏ธ

REGISTER LINK :

- WITH JERSEY : https://forms.gle/y27FbwrmGKohj58L9
- WITHOUT JERSEY : https://forms.gle/gCa2hHvESc7itYRM7

CONTACT โ˜Ž๏ธ
YAY LEGACY +60 17-408 3358

07/05/2026

โ€œRoad To Festival Belia @ Hari Belia Negara Negeri Perlis 2026โ€ yang berlangsung dengan penuh semangat dan kemeriahan.
Terima kasih kepada semua agensi, sukarelawan, belia serta komuniti setempat yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga semangat kesukarelawanan, perpaduan dan gaya hidup sihat terus mekar dalam kalangan masyarakat. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ



๐Ÿ”ฅ BIGGEST LOSER KBS PERLIS 2026 BERMULA! ๐Ÿ”ฅPerjuangan menuju versi diri yang lebih sihat kini bermula ๐Ÿ’ช๐ŸปProgram Pertandin...
06/05/2026

๐Ÿ”ฅ BIGGEST LOSER KBS PERLIS 2026 BERMULA! ๐Ÿ”ฅ

Perjuangan menuju versi diri yang lebih sihat kini bermula ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Program Pertandingan Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Perlis 2026 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, MSN Perlis dan UiTM Perlis mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada rakyat Perlis! ๐Ÿ™Œ๐Ÿป

Peserta daripada pelbagai latar belakang hadir dengan satu misi sama โ€” ubah gaya hidup, tingkatkan kecergasan dan capai berat badan lebih ideal ๐Ÿ”ฅ

Bukan sekadar timbang berat badan โš–๏ธ
Peserta turut menjalani ujian kecergasan, menerima taklimat kesihatan serta perkongsian menarik mengenai pendidikan probiotik daripada Yakult ๐Ÿฅ›โœจ

Ini bukan tentang siapa paling cepat kurusโ€ฆ
Tetapi siapa paling konsisten menjaga kesihatan ๐Ÿ’ฏ

Semoga semua peserta terus bersemangat, berdisiplin dan kekal komited sepanjang program ini berlangsung ๐Ÿ‘๐Ÿป







PROGRAM KAYUHAN SEMPENA FESTIVAL BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026 MERIAH DAN BERMAKNAKangar, 5 Mei...
06/05/2026

PROGRAM KAYUHAN SEMPENA FESTIVAL BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026 MERIAH DAN BERMAKNA

Kangar, 5 Mei 2026 โ€“ Program Kayuhan sempena Festival Belia @ Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Perlis 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Program ini dianjurkan hasil kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bersama Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) menerusi inisiatif Program MAIPs Peduli Bilangan 36/2026.

Program yang bermula di Masjid Al-Muqarrabin, Bohor Empiang ini telah diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis yang turut berkenan menyertai kayuhan serta menyantuni komuniti setempat. Turut menyerikan program ialah kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Abd Aziz bin Abd Rahman yang hadir mewakili Ketua Pengarah.

Kayuhan yang bermula pada jam 5.30 petang ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, malah membawa misi kebajikan apabila peserta singgah di beberapa lokasi kediaman asnaf untuk menyampaikan sumbangan. Antara pengisian utama termasuk program gotong-royong di Kampung Padang Nyaring yang turut melibatkan penyertaan aktif daripada Majlis Belia Negeri Perlis, serta penyerahan peralatan sukan kepada wakil belia komuniti setempat.

Selain itu, program diteruskan dengan singgahan di Kompleks Renang Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bagi majlis peluncuran โ€œRoad to Hari Belia Negara Negeri Perlis 2026โ€. Gimik peluncuran telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dengan penuh simbolik sebagai tanda permulaan kepada sambutan HBN di peringkat negeri. Program diakhiri dengan sesi santapan dan minum petang bersama para peserta sebelum kayuhan kembali ke lokasi permulaan dan bersurai sekitar jam 7.20 malam.

Penganjuran program ini dilihat berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat. Di samping itu, ia turut menjadi platform efektif dalam menyemarakkan semangat kesukarelawanan serta mempromosikan Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2026 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.



Address

Jalan Hospital
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30
Saturday 10:00 - 18:00

Telephone

04-9793505

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share