27/01/2023
Agak lama tak kemaskini 'page' ini dengan muat naik hasil kerja terbaru kami dek kerana kesibukan menyiapkan tempahan yang beratur di kilang.
Nah, bagi yang tercari-cari idea untuk rekabentuk 'display cabinet', 'wardrobes' dan meja solek/belajar, bolehlah cuci mata untuk mendapat inspirasi daripada hasil kerja terbaru kami ini. πππ
Lokasi: Taman Semenyih Mewah, Kajang.
Kemasan: Melamine.
Status: dalam progres (peringkat akhir kemasan).