19/04/2022
SALAM NUZUL AL-QURAN 1443H BUAT SELURUH UMMAT ISLAM
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).”
(HR Malik, bertaraf sahih)
Marilah kita sama-sama tingkatkan amalan & rebut keberkatan dalam Bulan Ramadhan yang mulia
Jadikan Nuzul al-Quran sebagai satu titik perubahan terbaik.
“Ya Allah sinari hati kami dengan membaca al Quran. Hiasi akhlak kami dengan kemuliaan al-Quran. Baguskanlah amalan kami dengan berzikir serta bertadarus al-Quran. Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kemuliaan al-Quran. Masukkanlah kami ke dalam syurga Mu dengan syafaat al-Quran.”
Salam Nuzul al-Quran dan Selamat Beribadah Untuk 10 Malam Terakhir Ramadhan.