06/09/2019
Apakah Perbezaan Antara Mineral Oil (JTX) dan Sintetik Oil (Brand Lain)
Ramai orang bertanyakan minyak JTX1000 dan JTXGold ni sintetik atau tidak. Di sini saya nak cakapkan yang minyak JTX ni adalah MINERAL OIL. Pastu orang tanya pulak, apa bezanya mineral oil dan sintetik oil. Jadi, biar saya perjelaskan di sini.
Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ dihasilkan melalui campuran 4 bahan kimia utama iaituCeflon, Teflon, Chlorine dan Parafil. Manakala jika 4 bahan kima utama tersebut bercampur dengan minyak mentah (mineral), maka terhasil lah minyak 'Semi Synthetic'. Pada asalnya iaitu akhir tahun 1930-an dan awal tahun 1940-an, saintis Jerman mencipta minyak sintetik akibat kekurangan minyak mentah untuk industri mereka (terutamanya keperluan ketenteraan). Antara yang menaikkan kepopularitian minyak sintetik adalah kemampuan ia mencair walau pada tahap suhu sejuk yang melampau terutama ketika musim sejuk. Setiap jenis minyak, ada kelebihannya tersendiri. Bagi minyak sintetik, ia mempunyai agen pembersih yang membendung kewujudan keladak pada enjin. Dan disebab itulah minyak pelincir akan kelihatan gelap, tetapi ini sama sekali tidak menghalang minyak daripada melaksanakan fungsi-fungsi biasa iaitu melincir dan melindungi permukaan logam dalam enjin. Jika minyak pelincir tidak bertukar hitam ini boleh disebabkan tidak ada bahan tambah pencuci di dalamnya dan enapan akan melekat pada bahagian enjin.
Mineral oil seperti JTX diperoleh dari minyak mentah petroleum yang telah ditapis. Minyak JTX (mineral oil) mengandungi content AW/EP iaitu anti geseran dan extreme pressure terutama bagi mereka yang mengamalkan pemanduan yang ekstreme (racing). Minyak ini (JTX1000 dan JTXGold) melindungi enjin anda dari geseran yang boleh merosakkan permukaan logam di dalam enjin akibat dari pemanduan yang ekstreme tersebut. Selain itu ia juga dapat menjimatkan petrol antara 10-20%, meningkatkan keupayaan enjin antara 20-30% dan memanjangkan jangka hayat enjin anda.