SK Simpang Lima Darat, Bukit Gambir

SK Simpang Lima Darat, Bukit Gambir Motto SK Simpang Lima Darat :USAHA JAYA

Doakan kejayaan wakil murid Prasekolah Luna SKSLD, Muhammad Aisy Adib bin Mohd Helmiakmal yang akan mewakili pasukan fut...
25/08/2026

Doakan kejayaan wakil murid Prasekolah Luna SKSLD, Muhammad Aisy Adib bin Mohd Helmiakmal yang akan mewakili pasukan futsal prasekolah daerah Tangkak dalam Karnival Sukan (Futsal) Prasekolah KPM Peringkat Negeri Johor pada 27 Ogos 2026 di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar.



20/08/2026

Marilah kita sama-sama saksikan video aksi kreatif oleh anak-anak SKSLD sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan SKSLD 2026 dalam acara Hiasan Payung Merdeka. Tahniah diucapkan kepada anak-anak SKSLD yang berjaya menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan hiasan payung yang penuh warna-warni, kreatif, inovatif dan berinformatif..

ps : Kredit Video Cikgu Piras




KEJOHANAN BOLA BALING MSSD TANGKAK 2026Tarikh : 15-18 Jun 2026 (Isnin-Khamis)Tempat : Dewan Serbaguna Pulau Penarik, Sun...
13/07/2026

KEJOHANAN BOLA BALING MSSD TANGKAK 2026

Tarikh : 15-18 Jun 2026 (Isnin-Khamis)
Tempat : Dewan Serbaguna Pulau Penarik, Sungai Mati
Pencapaian :
LELAKI 12
Tempat Ke-3

PEREMPUAN12
Tempat Ke-5

Jutaan tahniah buat barisan pemain, jurulatih, pengurus, dan seluruh warga SKSLD di atas kejayaan Pasukan Bola Baling SKSLD pada tahun ini. Semoga Team Bola Baling SKSLD dapat melakar kejayaan yang lebih hebat lagi pada masa akan datang.


KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH ZON BUKIT GAMBIR 2026Tarikh : 1 Julai 2026Tempat : Kompleks Sukan Komuniti Kundang UluBeberapa...
04/07/2026

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH ZON BUKIT GAMBIR 2026

Tarikh : 1 Julai 2026
Tempat : Kompleks Sukan Komuniti Kundang Ulu

Beberapa orang murid prasekolah SKSLD telah menyertai karnival sukan prasekolah peringkat zon Bukit Gambir dalam pertandigan futsal dan bola jaring.

5 orang murid lelaki telah mewakili pasukan SMaRt Warrior (SKSLD) dalam acara futsal manakala 4 orang murid perempuan telah mewakili pasukan Simpang Lima United (gabungan bersama SK Simpang Lima Pekan).

Alhamdulillah, kedua-dua pasukan telah mendapat keputusan yang membanggakan apabila pasukan futsal telah mendapat naib johan dan pasukan bola jaring mendapat tempat ketiga peringkat zon Bukit Gambir.

Tahniah diucapkan kepada anak-anak prasekolah SKSLD!

“SALAM MAAL HIJRAH 1448”“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”Ikhlas Daripada :Warga SKSLD
17/06/2026

“SALAM MAAL HIJRAH 1448”
“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”

Ikhlas Daripada :
Warga SKSLD



KEM WIRA TKRS GENERASI MADANI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026Tarikh : 9-11 Jun 2026Tempat : Pusat Latihan Felcra, Tebing Tin...
15/06/2026

KEM WIRA TKRS GENERASI MADANI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

Tarikh : 9-11 Jun 2026
Tempat : Pusat Latihan Felcra, Tebing Tinggi, Segamat, Johor
Anjuran : Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Johor

Tahniah kepada Muhammad Asyraf Hakim bin Kamarudin, Murid Tahun 5 SKSLD yang terpilih di antara beberapa murid Daerah Taangkak untuk menyertai Kem berkenaan. Apa yang lebih manis lagi, adik M Asyraf Hakim telah mendapat keddudukan johan pertandingan Bina Menara Berkumpulan dan tempat ke-3 Hafazan Individu yang dianjurkan semasa kem tersebut berlangsung.

Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing Pn Junaidah binti Jaafar dan Unit Ko-ku SKSLD atas kejayaan yang dicipta.


MINGGU ANTIDADAH SKSLD 2026Tarikh : 22-29 Mei 2026Pelancaran : Cikgu Mohd Ghazali bin Borhan (GB SKSLD)Aktivti Yang Dija...
08/06/2026

MINGGU ANTIDADAH SKSLD 2026

Tarikh : 22-29 Mei 2026
Pelancaran : Cikgu Mohd Ghazali bin Borhan (GB SKSLD)
Aktivti Yang Dijalankan :
1. Pelancaran dan Gimik Perasmian
2. Pertandingan Mewarna, Melukis Doodle, Poster Digital dan Deklamasi Sajak
3. Sesi Ceramah oleh wakil AADK Muar/ Tangkak
4. Program 5 Minit Anti Dadah
5. Kuiz Spontan

Guru Besar dan Warga SKSLD mengucapkan “Selamat Kembali Ke Sekolah” buat anak-anak SKSLD untuk sesi penggal ke-2 2026. A...
07/06/2026

Guru Besar dan Warga SKSLD mengucapkan “Selamat Kembali Ke Sekolah” buat anak-anak SKSLD untuk sesi penggal ke-2 2026. Ayuh kita sama-sama jayakan “ SMaRt Bergandingan, Mencapai Keunggulan”

26/05/2026
Video Kejohanan Sukan Tahunan SKSLD kali ke-40 di TikTok rasmi SKSLD
24/05/2026

Video Kejohanan Sukan Tahunan SKSLD kali ke-40 di TikTok rasmi SKSLD

Check out TVPSS SK SIMPANG 5 DARAT’s video.

Address

Bukit Gambir
84800

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Sunday 07:30 - 17:00

Telephone

+6069766717

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Simpang Lima Darat, Bukit Gambir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share