Leyna Pillow

Leyna Pillow bantal isian polister fiber yg bermutu tinggi, gebu gebas, gaya hotel

TRAGEDI OFFSHORE PLATFORM SEPAT 🥺Dengar berita ni semalam rasa sedih sangat. Dalam masa yang sama duk terbayang macam ma...
26/05/2026

TRAGEDI OFFSHORE PLATFORM SEPAT 🥺

Dengar berita ni semalam rasa sedih sangat. Dalam masa yang sama duk terbayang macam mana kejadian yang berlaku sebab kurang faham

Direzkikan ada yang kongsi gambar kejadian baru kaksue faham, semoga kalian yang menghadapi kesukaran untuk memahami seperti kaksue bolehlah lebih faham keadaan yang berlaku

Masih ada seorang mangsa yang terselamat cuma beliau berhadapan kecederaan parah termasuk patah tulang. Mari sama-sama kita doakan agar beliau cepat sembuh dan segalanya dipermudahkan Amin Ya Rabbal Alamin 🤲

Buat mereka yang telah meninggal dunia dalam kejadian ini "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Salam takziah buat seluruh keluarga. Semoga kalian tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah."

P/S: setiap pekerjaan ada risikonya jadi berhati-hati semua dan bersedia sentiasa, jangan lupa sentiasa berdoa, mudah-mudahan dalam rahmat Allah SWT sentiasa Amin ya rabbal alamin 🤲









ZIKIR TERBAIK & DOA HARI ARAFAH9 Zulhijjah adalah hari di mana umat Islam yang mengerjakan Haji berwukuf pada tempat dan...
25/05/2026

ZIKIR TERBAIK & DOA HARI ARAFAH

9 Zulhijjah adalah hari di mana umat Islam yang mengerjakan Haji berwukuf pada tempat dan waktu yang mulia di padang Arafah.

Bagi umat Islam di Malaysia, *9 Zulhijah 1447H* jatuh pada hari esok, *26 Mei 2026 (Selasa)* melalui kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria Imkanur Rukyah.

Antara amalan terbaik yang boleh kita lakukan pada hari wukuf di Arafah adalah memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Ini kerana pada hari istimewa ini merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.

Doalah banyak-banyak pada hari tersebut, semoga dikabulkan segala permintaan kita.

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk berdoa bila-bila masa sepanjang hari Arafah. Berdoalah yang baik-baik untuk diri kita, keluarga, agama dan negara kita. Siapa tahu, doa kita yang ikhlas dan bersungguh-sungguh akan dimakbulkan oleh-Nya, Insya-Allah.

Lihat senarai contoh doa Hari Arafah :
https://ecentral.my/doa-wukuf-zikir-arafah/

*Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan









JODOH DARI ALLAH 💖"Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair"“Semoga Allah menganugerahkan keb...
25/05/2026

JODOH DARI ALLAH 💖

"Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair"

“Semoga Allah menganugerahkan keberkatan kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan keberkatan atasmu, dan semoga Dia menghimpunkan kalian berdua di dalam kebaikan.”

Subhanallah MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah semalam sempat menghadiri walimatul urus sahabat sepengajian kaksue iaitu Norzalilah atau lebih mesra dengan panggilan RELA

Hubungan kami bertambah rapat ketika kami sama-sama tinggal di klang bilamana ayah beliau menjadi pengetua Kisas ketika itu dan takdirnya kaksue mengusahakan kantin Kisas ketika itu (sebenarnya kaksue "membantu" je boss kantin ketika ini)

Ada suatu perkara yang kaksue tak pernah beritahu beliau, yang mana setiap kali bertemu ibunya pasti ibunya zahir kerisauan tentang jodoh beliau, yela ibu mana yang tak ingin lihat anaknya bahagia

Namun jodoh rahsia Allah, Alhamdulillah semalam Allah maqbulkan hajat ibunya syukur Alhamdulillah 🤲, dan bakti menantu baru telah terlaksana semalam bilamana kebetulan ayah pengantin jatuh tergelincir (semalam hujan, banyak takungan air dan jalan berlecak) dan ketika itulah menantu baru segera membantu mengangkat dan bawa p**ang ke rumah dengan segera

Kaksue menyaksikan di depan mata kaksue kejadian yang berlaku sepantas kilat. Dalam hati kaksue "Alhamdulillah rela, kau dah tidak keseorangan jaga ummi & ustaz"

Semoga ikatan perkahwinan ini diberkati serta berkekalan hingga syurga Amin Ya Rabbal Alamin 🤲

Yeayyyyy rela dah jadi puannnnn, kaksue bila lagi??? eh tiberrrr 🤭

P/S: mahal semalam bilamana pengantin tolong angkat beg kaksue 😍, dan kaksue bertemu empunya nama yang unik dan indah "MAYANG MAHSURI" 💖









Gelombang Cinta Pengikat JiwaBurung tempua hinggap di dahan,Terbang rendah di waktu senja,Cincin Gelombang Cinta jadi pi...
25/05/2026

Gelombang Cinta Pengikat Jiwa

Burung tempua hinggap di dahan,
Terbang rendah di waktu senja,
Cincin Gelombang Cinta jadi pilihan,
Tanda kasih buat selamanya

Pergi ke kedai membeli rantai,
Singgah sebentar membeli roti,
Cincin dipakai emas tulen terbaik,
Bukan 916, tapi emas 999 sejati

Bunga melati di tepi perigi,
Harum mewangi di waktu pagi,
Cincin emas cantik berseri,
Buatan Public Gold jadi pilihan hati

Burung merpati terbang tinggi,
Hinggap sebentar di pohon seri,
Hati ini takkan terbagi,
Tanda diriku sudah dimiliki
(Cia cia cia)

Milik siapa? Milik Allah SWT 🩷









✨ 8 Zulhijjah | Hari Tarwiyah ✨Hari Tarwiyah merupakan hari persiapan rohani dan jasmani sebelum tibanya Hari Arafah. Pa...
25/05/2026

✨ 8 Zulhijjah | Hari Tarwiyah ✨

Hari Tarwiyah merupakan hari persiapan rohani dan jasmani sebelum tibanya Hari Arafah. Pada hari yang mulia ini, para jemaah haji mula bergerak ke Mina sambil memperbanyakkan talbiah, zikir dan doa. 🤲🏻
Bagi kita yang tidak menunaikan haji, rebutlah peluang 10 hari awal Zulhijjah dengan:

🌙 Berpuasa sunat
📖 Membaca al-Quran
🤲🏻 Memperbanyakkan doa & istighfar
💞 Bersedekah dan membantu orang lain
🕌 Menjaga akhlak serta silaturahim

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan dalam kehidupan. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin 🤍

Sumber: Bahagian Dakwah, JAINJ

P/S: Selamat berpuasa bagi yang mampu, dan yang kurang mampu selamat beramal kebaikan sebanyak yang mungkin dan semoga Allah terima segala amalan kita, Amin Ya Rabbal Alamin 🤲









PUBLIC GOLD LEBIH ELOK DARI BANK X???Perbualan antara kaksue dan bakal customer Public Gold sebentar tadi (kebetulan kak...
24/05/2026

PUBLIC GOLD LEBIH ELOK DARI BANK X???

Perbualan antara kaksue dan bakal customer Public Gold sebentar tadi (kebetulan kaksue menzahirkan rasa keterujaan kaksue dengan cincin emas 999 keluaran Public Gold). First time lihat dan sarungkan di jari manis terus terpikat seperti jatuh cinta pandangan pertama 🥰

Mr M: Eh sekarang Public Gold berapa nilai dia segram?

Kaksue: sambil tengok harga terkini lalu beritahu beliau (betapa mudahnya dengan aplikasi public gold)

Mr M: tula saya rasa macam tak puas hati dengan bank X ini. Rasa harga sekarang macam tak berbaloi (jual dan beli)

Kaksue: sebelum apa-apa kita kena tahu secara general bank service utama dia adalah mata wang ringgit, berbeza dengan Public Gold yang mana 100% semuanya emas, ada emas 916, 999, dinar, gold bar, ar rahnu, emas digital, daripada digital boleh withdraw emas fizikal, emas perhiasan 999, pajak gadai islam dan sebagainya. Dan yang bestnya kalau beli dekat menara public gold emas sekilo, boleh terus simpan dekat bangunan tersebut, dan keluar lenggang kangkong, orang tak tahu pun 🤭

Mr M: tulah saya rasa nak beralih kepada public gold lepas ni, kena jumpa awak, nanti kita jumpa lepas raya haji ye

Kaksue: Baik boss 👍

Alhamdulillah semoga niat Mr M dipermudahkan Allah, seronok sebenarnya dapat bantu beri kesedaran akan kepentingan menyimpan EMAS ini, mudah-mudahan menjadi asbab kebaikan buat kita semua amin ya rabbal alamin 🤲

P/S: kaksue share gambar emas cincin 999 yang ditimbang tadi, kaksue and the geng masing-masing teruja menimbang emas di tangan kami tadi 🤭









TOUR TO CENTRAL MARKET 🥰Subhanallah MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah setelah berbelas tahun tak sampai ke Central M...
24/05/2026

TOUR TO CENTRAL MARKET 🥰

Subhanallah MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah setelah berbelas tahun tak sampai ke Central Market atau lebih dikenali Pasar Seni akhirnya asbab Public Gold Golden Tour (PGGT) kaksue sampai ke sini syukur Alhamdulillah 🤲

Terima kasih banyak-banyak pada adik Yana yang sudi ambil gambar kaksue sebagai kenang-kenangan, cantik sekali beliau ambil

Sempat lagi kaksue tanya beliau pernah dengar tak pasal public gold, dan beliau jawap pernah, cuma bila kaksue tanya dah buka akaun ke, beliau jawap belum, insyaAllah satu masa nanti dipermudahkan segalanya buat adik yana Amin ya rabbal alamin 🤲

Jom kita pergi makan kenduri p**a 😍









Ready to take-off ✈Alhamdulillah lena tidur malam tadi 🥰Dah check out hotel, sekarang menuju ke tempat seterusnya, nak t...
24/05/2026

Ready to take-off ✈

Alhamdulillah lena tidur malam tadi 🥰

Dah check out hotel, sekarang menuju ke tempat seterusnya, nak tahu kat mana? tungguuuu...

Ok gerak dulu, pape roger ye, nak menikmati pemandangan indah KUALA LUMPUR 😍









JUMAAT AWAL ZULHIJJAHTerima kasih banyak-banyak ambil keberkatan Jumaat ini belanja kaksue makan, kebetulan terapi dah d...
22/05/2026

JUMAAT AWAL ZULHIJJAH

Terima kasih banyak-banyak ambil keberkatan Jumaat ini belanja kaksue makan, kebetulan terapi dah dekat sini jadi singgahlah melepaskan ngidam 🤭

Semoga segala infaq dan kebaikan ini diterima Allah SWT, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

“Barangsiapa memberi makan kepada orang lain, maka Allah akan memberinya ganjaran kebaikan yang berlipat kali ganda.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin









22/05/2026

Aplikasi apa yang accurate untuk download "Arah Kiblat"? Anyone?

AMANAH 💖Salah satu sifat terpuji adalah AMANAH yang sukar untuk kita nampak di akhir zaman ini tambahan dengan pelbagai ...
21/05/2026

AMANAH 💖

Salah satu sifat terpuji adalah AMANAH yang sukar untuk kita nampak di akhir zaman ini tambahan dengan pelbagai ujian kehidupan

Kaksue berkesempatan menonton video yang memaparkan kisah En Azlan yang telah terjumpa sejumlah wang yang katanya agak besar dan diserahkan kepada ADUN Duyung

Dalam temubual tersebut, En Azlan meluahkan kegusaran hatinya selagi beliau memegang wang tersebut, dan beliau ada sebut jika beliau ambil wang tersebut nanti apa yang akan dijawap di sana nanti (akhirat)

Dalam kehidupan sekarang yang pelbagai masalah jenayah yang timbul, syukur Alhamdulillah masih ada orang yang bertanggungjawab dalam dirinya

Sebenarnya sukar untuk bertemu manusia yang AMANAH dan sekiranya kalian terjumpa, memang rezki kalian dan jangan lepaskan sekiranya bersahabat ataupun bersaudara dengan mereka, jagalah hubungan tersebut dan sentiasa doakan mereka mudah-mudahan kalian dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh di syurga kelak Amin Ya Rabbal Alamin 🤲









Address

Bidor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Leyna Pillow posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Leyna Pillow:

Share

Category