-- Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani --
Putera Kompang merupakan sebuah kumpulan kompang dan jidur yang aktif sejak 2004 di Kampung Parit Basri Darat. Sesetengah pihak mengatakan ianya bermula sekitar tahun 1970-an, tetapi ini hanyalah anggaran. Tetapi kami yakin, ia telah bermula lebih lama daripada itu. Malah jidur yang digunakan pada hari ini masih lagi jidur lama tetap
i dieselenggara dengan baik. Pada tahun 2004, PK ditubuhkan dibawah naungan pemuda UMNO cawangan, sembelum ini dibawah naungan orang-orang lama. Pada masa itu diketuai oleh En Masudi Bin Tukiman yang merupakan ketua pemuda UMNO cawangan. Bermula pada tahun tersebut, PK berubah wajah dari sekadar aktiviti lapang kepada aktiviti yang lebih aktif. PK mula menyertai pertandingan kompang pertama pada tahun 2004. Sejak dari saat itu, pelbagai pertandingan telah kami sertai dan dari detik itu juga, perubahan demi perubahan dilakukan sehingga hari ini. Rentak, pukulan dan lagu yang dibawa oleh PK dipimpin sepenuhnya oleh En Nizam Bin Talib yang merupakan guru kesenian dan kebudayaan di Batu Pahat ini. Pada tahun 2006, pengerusi PK ditukar kepada En Irwan Bin M. Pelbagai pembaharuan dilakukan pada waktu ini antaranya, pembangunan logo, warna, blog/laman web, klip video, busana dan banyak lagi. Hari ini, PK diketuai oleh En Sazali Bin Sawarno. Kami berharap agar anda tetap menyokong kami agar terus aktif dalam memperjuangkan seni warisan melayu ini.