08/02/2022
๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐ข๐๐ข๐ก๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฆ ๐ ๐๐๐ ๐จ๐ฅ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฎ (๐๐ข๐ ๐ฐ.๐ฌ), ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐ก ๐๐๐ข๐ก๐ข๐ ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ง ๐ฎ.๐ฌ (๐ฃ๐ฃ๐๐ฆ) ๐๐๐ก
๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ.๐ฌ (๐๐จ๐) ๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฎ ๐๐๐๐จ๐๐
Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. ( PUJB ) akan melaksanakan program keusahawanan berbentuk geran iaitu Geran PKS Makmur Johor 2022 (GOL 4.0), Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) dan Jelajah Usahawan Johor 2.0 (JUJ).
Geran PKS Makmur Johor (GOL 4.0) merupakan bantuan berbentuk mesin atau peralatan yang bernilai sehingga RM 5,000.00 yang dijangka memberi manfaat kepada 560 usahawan. Bantuan ini boleh dimohon oleh usahawan bertaraf mikro sahaja iaitu perniagaan yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) dirangka bagi mengenal pasti projek - projek keusahawanan yang berasaskan komuniti yang berpotensi dan berdaya maju di Negeri Johor. Geran yang ditawarkan bernilai sehingga RM15,000.00 yang merangkumi kos menaiktaraf infrastruktur, pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan dengan projek. Sebanyak 53 Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) dijangka menerima manfaat menerusi PPES.
Jelajah Usahawan Johor (JUJ) merupakan program pemasaran untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan usahawan kepada pengguna. Ia meliputi promosi berbentuk video dokumentari interaktif yang akan disiarkan melalui platform-platform media kelolaan PUJB. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk penghasilan video berdurasi pendek dan dijangka memberi manfaat kepada 60 usahawan.
Borang permohonan boleh diisi menerusi website Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) di https://www.pujb.my/ menerusi menu โDaftar Sistem PADUโ yang merupakan Pusat Data Usahawan (PADU) dan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat usahawan di Johor.
Pemohonan dibuka bermula 31 Januari 2022 (Isnin), jam 8.00 malam sehingga 14 Februari 2022 (Isnin) jam 5.00 petang menerusi hebahan di facebook Perbadanan Usahawan Johor.
Jika terdapat sebarang permasalahan atau pertanyaan bagi permohonan menerusi Sistem PADU di laman web www.pujb.my boleh dibuat menerusi WhatsApp di 011-2075 5135 atau emel di [email protected]
"๐๐๐๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐
๐ผ๐๐ผ ๐๐๐๐๐๐ผ๐"