01/12/2019
Meh timba sikit ilmu hartanah โผ๏ธ
RAMAI ORANG sibuk cakap nak beli THE BEST PROPERTY IN THE WORLD ๐๐คญ Tapi ilmu taknak timba. Ramai dah kami jumpa client yg salah beli property hanya disebabkan benda2 basic yg mereka sendiri tak tahu dan pada mereka juga kami share ilmu yg ada.
Check it out ๐๐ป
Apa maksud HDA โ๏ธ
Housing Developent Act (HDA) adalah perjanjian jual beli untuk projek undercon untuk pembangunan kediaman (residential development) atau dengan kata lain buat rumah.
Kalau Non HDA p**a adalah untuk pembinaan jenis komersial. Sebagai contoh SOHO, SOVO dan SOFO.
Apa perbezaannyaโ๏ธ
Jadi Non HDA ini adalah jenis pembinaan komersial, habis tu, kenapa semua orang takut nak membeli Non HDA?
1๏ธโฃ Cara pembayaran
Untuk rumah jenis HDA, developer perlu menyiapkan terlebih dahulu stage pembinaan barulah boleh memohon pembayaran dari bank. Kalau Non HDA, developer akan memohon pembayaran dari bank diawal stage pembinaan. Dengan kata lain, rumah HDA kalau tak siap tak dapat duit, kalau Non HDA p**a dapat duit baru buat kerja. Oleh sebab itu, jika rumah dibawah HDA developer mesti mempunyai kewangan yang kukuh, kerana jika rumah tidak siap mereka tidak mendapat bayaran. Sebaliknya p**a kepada non HDA, lepas developer mendapat bayaran baru buat kerja. Siap atau tidak faham-faham jela. =D
2๏ธโฃ Loan margin
Loan margin untuk rumah dibawah HDA adalah sebanyak 90% sehingga rumah kedua. Loan margin untuk rumah ketiga dan seterusnya hanyalah 70%. Untuk non HDA p**a, loan margin hanyalah 85% jadi korang perlu extra 5% downpayment untuk membeli rumah ini. Cumanya, korang boleh membeli sehingga 5 biji rumah non HDA pun masih boleh dapat loan marhin 85%. Sebab itu ramai pelabur minat rumah jenis ini. Tetapi ini tertakluk kepada bank ye. Ada kami dengar ura-ura yang mengatakan loan margin untuk rumah non HDA pun jadi 70% untuk unit komersial yang ketiga.
3๏ธโฃ Tempoh pinjaman
Tempoh pinjaman untuk unit HDA boleh sehingga maximum 35 tahun atau umur 70 tahun. Unit Non HDA p**a cuma 25 tahun. Sebab tu komitmen untuk membeli rumah HDA adalah lebih murah. Sebab loan itu dipanjangkan sehingga 35 tahun berbanding non HDA yang hanya 25 tahun.
4๏ธโฃ Kadar Faedah bank
Kadar faedah bank p**a berbeza sikit. Macam yang korang tahu lagi berisiko sesuatu produk pinjaman makin tinggi interest rate dia. ala, mcm CIMB dengan AEON. Kenapa interest rate AEON tinggi sebab dia memberi pinjaman kepada orang yang berisiko. CIMB p**a lebih play safe. Jadi non HDA interest rate tinggi sikit berbanding rumah yang ada HDA. kenapa? HHaaaโฆ korang baca balik point number 1.
5๏ธโฃ KWSP
Ini perkara penting. Kebanyakkan mesti nak keluarkan duit dari KWSP. Maklumlah, rumah baru. mesti nak renovate. Untuk rumah jenis HDA, tak ade masalah. korang boleh keluarkan duit kwsp korang tu. Buat la kitchen kabinet yang mahal-mahal ๐คญ๐ Unit jenis Non HDA p**a, maaf lah ye. tak boleh keluarkan KWSP.
Rumusannya! Baik ke buruk rumah Non HDA ini? jawapannya tidak. Kepada yang nak melabur, non HDA adalah lebih sesuai kerana loan margin yang tinggi. Cari developer yang dah establish, jangan beli dari developer yang korang check takde track record. Risiko agak tinggi.. ๐๐ป