Wisdec Selangor Official

Wisdec Selangor Official WISDEC SELANGOR
(WISDEC: Wood Industry Skills Development Centre)
Lot 167, Jalan 3, Komplek Perabot

05/06/2026

PELAWAAN MENYERTAI SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN MENTAH DI PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INDUSTRI KAYU UNTUK LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB).

1. Sukacita dimaklumkan bahawa MTIB ingin mempelawa Syarikat atau Orang Perseorangan (Individu) yang berminat untuk menyertai Sebut Harga Membekal dan Menghantar Bahan Mentah di Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) Selangor.

1. Tarikh tutup sebut harga adalah pada 15 JUN 2026 (ISNIN), jam 12.00 tengahari.

1. Untuk maklumat lanjut mengenai sebut harga ini, tuan/puan boleh klik link di bawah:
https://www.mtib.gov.my/perolehan/sebutharga.html

Sekian, Terima kasih.

Ingin hasilkan perabot yang nampak mewah & 'glowing' menggunakan epoksi? Inilah peluang anda! ​WISDEC akan menganjurkan ...
04/06/2026

Ingin hasilkan perabot yang nampak mewah & 'glowing' menggunakan epoksi? Inilah peluang anda!
​
WISDEC akan menganjurkan Kursus Aplikasi Epoksi dalam Pembuatan Perabot. Jika anda berminat untuk belajar teknik hiasan perabot yang sedang trend ini, jom sertai kami. Butiran kursus seperti berikut:

Tarikh : 8 - 11 Jun 2026
Tempat : WISDEC 2. Banting, Selangor.
Yuran : RM20.00

Terbuka pada warganegara Malaysia dan terhad kepada 10 peserta sahaja. Peserta yang berjaya mendaftar akan kami hubungi.

Rebut peluang ini dan daftar segera!

Klik pautan untuk daftar:
https://bit.ly/KursusEpoksiJun2026

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian 03 3149 1743 atau 012-8340125.Sekian, Terima kasih.☺️

Malaysian Timber Industry Board




PENGAMBILAN PELATIH PROFESSIONAL MANAGEMENT DEVELOPMENT PROGRAMME (PMD): SIRI 1 / INTAKE 1 2026TEMPOH : 4 BULAN Ingin me...
04/06/2026

PENGAMBILAN PELATIH PROFESSIONAL MANAGEMENT DEVELOPMENT PROGRAMME (PMD): SIRI 1 / INTAKE 1 2026
TEMPOH : 4 BULAN

Ingin mendapatkan pengetahuan kemahiran penyeliaan dan pengurusan berkaitan industri kayu? Memperolehi Sijil Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC)?

Jom daftar sebagai pelatih Professional Management Development Programme (PMD). Program ini merupakan program latihan belia untuk graduan dan eksekutif baharu. Program ini dirangka untuk menyediakan pelatih dengan kemahiran penyeliaan dan pengurusan dalam bidang industri kayu yang kompetitif (secara teori dan praktikal). Program juga bertujuan untuk melahirkan pelatih yang berketerampilan untuk diserapkan sebagai middle management dalam industri kayu dan seterusnya membuka ruang kerjaya yang bersesuaian.

Peserta yang berminat untuk menjadi pelatih, boleh mengimbas kod QR di risalah berikut ATAU klik link di bawah.

https://forms.gle/RPrhKzFaWs9EimW7A
Pengambilan pelatih adalah terhad kepada 15 peserta sahaja
("First come, first served").










Malaysian Timber Industry Board Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia - IMPAC

PENGAMBILAN PELATIH FURNITURE DESIGN AND MAKING (FDM) : SIRI 1/ INTAKE JULAI 2026TEMPOH PROGRAM : 2 bulan Ingin mempelaj...
04/06/2026

PENGAMBILAN PELATIH FURNITURE DESIGN AND MAKING (FDM) : SIRI 1/ INTAKE JULAI 2026
TEMPOH PROGRAM : 2 bulan

Ingin mempelajari Teknik rekabentuk dan pembuatan perabot? Memperolehi Sijil Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC)? Jom daftar sebagai pelatih Furniture Design and Making (FDM).

Program ini merupakan program latihan belia untuk golongan muda dan graduan baharu. Program ini dirangka untuk melatih aspek teknikal serta pengetahuan reka bentuk dan pembuatan perabot berasaskan kayu.

Peserta yang berminat untuk menjadi pelatih, boleh mengimbas kod QR atau klik link di bawah.

https://forms.gle/3n44EVzNyMJDi6Uf8
Pengambilan pelatih adalah terhad kepada 15 peserta sahaja
("First come, first served").










Malaysian Timber Industry

PENGAMBILAN PELATIH PROGRAM MICRO-CREDENTIAL FURNITURE AND TIMBER MACHINING TECHNOLOGY (FTMT):  SIRI 2 / INTAKE  JULAI 2...
04/06/2026

PENGAMBILAN PELATIH PROGRAM MICRO-CREDENTIAL FURNITURE AND TIMBER MACHINING TECHNOLOGY (FTMT):
SIRI 2 / INTAKE JULAI 2026
TEMPOH PROGRAM : 2 bulan

Ingin belajar cara membuat paper tray, picnic basket, outdoor furniture (meja A) dan perabot kayu yang lain? Memperolehi Sijil Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) DAN Sijil Penyata Pencapaian (Jabatan Pembangunan Kemahiran)
Jom daftar sebagai pelatih Program Micro-Credential Furniture and Timber Machining Technology (FTMT).

Program ini bertujuan memberi kemahiran asas dalam penggunaan mesin, pembuatan perabot dan meningkatkan kemahiran pekerja sedia ada dalam industri kayu. Di akhir program, peserta akan memperolehi pengiktirafan secara micro-credential dan memberi laluan alternatif untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau pengiktirafan profesional dalam bidang Operasi Pembuatan Perabot.

Peserta yang berminat untuk menjadi pelatih, boleh imbas kod QR di risalah berikut atau klik link di bawah.

https://forms.gle/mrUdkZ5KLmuQSqhWA
Pengambilan pelatih adalah terhad kepada 15 peserta sahaja ("First come, first served").










Malaysian Timber Industry Board Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia - IMPAC Lihat Sedikit

04/06/2026

Mau isi masa lapang hujung minggu dengan aktiviti berfaedah? πŸ› οΈβœ¨atau masih mencariΒ² hobi baharu untuk tambah kemahiran anda?

Jom asah bakat DIY anda πŸ› οΈβœ¨
Jom sertai Kursus Pertukangan Kayu Hujung Minggu anjuran WISDEC Sabah. Sambil-sambil asah bakat seni pertukangan, kamu juga boleh belajar dan buat perabot sendiri.

πŸ—“οΈ Tarikh: 20 - 21 Jun 2026
πŸ“ Lokasi: WISDEC Sabah
πŸ’΅ Yuran: RM20 sahaja
πŸ”—πŸ“ž Daftar https://bit.ly/KHMSABAH2026

Slot adalah terhad.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Malaysian Timber Industry Board
Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia - IMPAC











04/06/2026

PELAWAAN MENYERTAI SEBUT HARGA BAGI PELUPUSAN ASET ALIH (KENDERAAN) LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)

2. Sukacita dimaklumkan bahawa MTIB ingin mempelawa Syarikat atau Orang Perseorangan (Individu) yang berminat untuk menyertai sebut harga Perolehan Bagi Pelupusan (Kenderaan) Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) di Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) Selangor.

3. Tarikh tutup sebut harga adalah pada 30 Jun 2026 (Selasa), jam 12.00 tengahari.

4. Untuk maklumat lanjut mengenai sebut harga ini, tuan/puan boleh klik link di bawah:
https://www.mtib.gov.my/perolehan/sebutharga.html

Sekian.Terma kasih.

01/06/2026

53 TAHUN MEMACU KEGEMILANGAN INDUSTRI PERKAYUAN NEGARA

Hari ini, 1 Jun 2026, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan penuh kesyukuran dan bangga menyambut Hari Ulang Tahun Penubuhan Ke-53.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1973, MTIB telah berdiri teguh sebagai tiang utama dalam memacu pertumbuhan, mengawal selia, dan mempromosikan industri perkayuan Malaysia di persada domestik mahupun global.

Sepanjang lebih lima dekad ini, pelbagai cabaran telah ditempuh, dan landskap industri kayu negara terus bertransformasi menuju ke arah inovasi, kelestarian, dan penggunaan teknologi tinggi. Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan padu, kepercayaan, dan usaha gigih daripada:

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
Para pengusaha dan usahawan kayu tempatan
Rakan-rakan strategik dan pemain industri
Seluruh warga kerja MTIB (dahulu dan sekarang) yang komited mencurahkan bakti

Melangkah ke hadapan, MTIB tekad untuk terus memperkasakan industri komoditi kayu negara agar kekal berdaya saing, lestari, dan relevan dengan arus permodenan global, demi kemakmuran ekonomi negara tercinta.

Terima kasih Malaysia kerana terus menyokong MTIB!

β€œKayu Kita, Kualiti Kita, Kebanggaan Negara.”








See less

01/06/2026

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 π“π”π€ππŠπ”

Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi, dan seluruh warga kerja Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) merafak sembah tahniah dan ucapan setinggi-tinggi kesyukuran sempena:

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Moga Allah SWT melanjutkan usia dan memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

Seluruh warga MTIB mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa berada dalam perlindungan-Nya, dilimpahi afiah, sentiasa bersemayam di atas takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan, serta kekal menerajui negara dengan penuh hikmah dan keadilan.

Sekaligus, memimpin Malaysia Madani ke arah kemakmuran, kemajuan, dan perpaduan yang berkekalan.

Demi Negara, Setia Kepada Raja.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!








See less

30/05/2026

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyamai

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazandusun, Murut, dan Rungus di Sabah, serta Selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak, Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu di Sarawak.

Pesta menuai ini bukan sahaja simbol kesyukuran atas hasil bumi yang melimpah-ruah, malah ia adalah cerminan kekayaan warisan budaya, keharmonian, dan semangat perpaduan yang menjadi teras kekuatan Malaysia Madani.

Di MTIB, kami amat menghargai sumbangan dan sokongan berterusan daripada para penggiat industri perkayuan, usahawan, dan rakan strategik di Sabah dan Sarawak dalam memajukan sektor komoditi kayu negara.

Semoga perayaan pada tahun ini membawa limpahan rezeki, kedamaian, kebahagiaan, dan kemakmuran yang berpanjangan kepada anda dan keluarga tercinta.

Selamat pulang ke kampung halaman dan selamat bercuti! Kopivosian! Oha!

Tulus ikhlas daripada:
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga Kerja Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)








See less

Address

Lot 167, Jalan 3, Komplek Perabot Olak Lempt
Banting
42700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wisdec Selangor Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wisdec Selangor Official:

Share