05/10/2024
*Pengumuman Penting: Penambahbaikan Pelan ONEXOX BLACK, MySISWA & XOX WiFi Mulai 24 September 2024*
Kepada Semua Rakan Niaga OneXOX,
Pihak XOX Mobile ingin memaklumkan bahawa mulai 24 September 2024, pelan ONEXOX BLACK, MySISWA, dan pelan perkongsian seperti ONEfamily Plan & SISWA PLUS serta XOX WiFi akan ditingkatkan untuk pelanggan baru dan sedia ada. Peningkatan ini melibatkan penambahan kuota data tanpa sebarang kos tambahan.
Bagi pelanggan baru, mereka akan menikmati pelan yang ditambah baik ini sebaik sahaja pendaftaran berjaya. Manakala pelanggan sedia ada akan menikmati penambahbaikan ini pada kitaran bil yang seterusnya.
Nota penting:
* Tiada penambahbaikan untuk B10 (kuota kekal 3GB).
* Pelan B59DB, TBG59, B39PLUS20, B39PLUS50, dan semua pelan FC 150 kecuali TBG150 telah dihentikan.
Kami memohon agar semua Pengedar dapat menyampaikan maklumat penting ini kepada rangkaian pengedar masing-masing supaya tiada yang terlepas dari menikmati penambahbaikan ini.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dikemas kini untuk setiap pelan:
ONEXOX BLACK FAQ: https://onexox.my/faq/details/onexox-black
2. FC PLAN FAQ: https://onexox.my/faq/details/siswa-plus-faq
3. The Bos Gaurus (TBG) Edition FAQ: https://onexox.my/faq/details/onexox-the-bos-gaurus-tbg-edition-plans-faq
4. ONEfamily Plan FAQ: https://onexox.my/faq/details/onefamily-plan-faq
5. MySISWA Plan
FAQ : https://onexox.my/faq/details/mysiswa-faq
6. SISWA PLUS Plan
FAQ : https://onexox.my/faq/details/siswa-plus-faq
7. XOX WIFI Plan
https://onlinestore.xox.com.my/xoxwifi
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Kumpulan Pengurusan Pengedar (DMT) untuk bantuan lanjut.
Terima kasih.