Tok Bachok Di Hatiku

Tok Bachok Di Hatiku Assalamualaikum . BADAR SMKA Tok Bachok ke arah melahirkan Generasi Rabbani Professional BADAR SMKA Tok Bachok ke arah melahirkan generasi rabbani

10/12/2014



Credit : Afandi Army

10/12/2014

Macamana bola? Rilek-rilek sudah~ Korang jangan naik asrama patahkan katil pulak ya.. Sabar itu separuh daripada iman..k...
07/12/2014

Macamana bola? Rilek-rilek sudah~ Korang jangan naik asrama patahkan katil pulak ya.. Sabar itu separuh daripada iman..kan..haha ^^

 : 3 jam sebelum sepak mula. Gud Luck Harimau Malaya! Semoga berjaya! Sebelum tu, solat jangan lupa ya kawan-kawan.. Sol...
07/12/2014

: 3 jam sebelum sepak mula. Gud Luck Harimau Malaya! Semoga berjaya!

Sebelum tu, solat jangan lupa ya kawan-kawan.. Solat is number ONE !

Malam Jumaat.. ~Rindu nak baca Yassin berjemaah ramai-ramai kat Musolla Umar Al-Khattab SMKA Tok Bachok. Biar kepala ter...
04/12/2014

Malam Jumaat.. ~

Rindu nak baca Yassin berjemaah ramai-ramai kat Musolla Umar Al-Khattab SMKA Tok Bachok. Biar kepala tersenguk pun..kan..haha ^^

Senyum pak cik :)
04/12/2014

Senyum pak cik :)

Alhamdullilah :)
03/12/2014

Alhamdullilah :)

  : Pasukan Kor Kadet Polis SMKA Tok Bachok JUARA Kawad Kaki Kem Pemantapan Jati Diri Badan Beruniform Sekolah-sekolah K...
03/12/2014

: Pasukan Kor Kadet Polis SMKA Tok Bachok JUARA Kawad Kaki Kem Pemantapan Jati Diri Badan Beruniform Sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2013 bertempat di SMKA Tok Bachok, Kelantan. TAHNIAH!

Ada sesape kat sini yg pernah tersenarai dalam team ni ? Terbaiklah korang! Rindu nak kawad satu team dengan kawan-kawan masa sekolah dulu kan.. ^^ Tok Bachok terbaik!

  :Haji Uthman bin Haji Muhammad (1868 – 1953) atau lebih di kenali sebagai Tok Bachok merupakan salah seorang tokoh ula...
03/12/2014

:

Haji Uthman bin Haji Muhammad (1868 – 1953) atau lebih di kenali sebagai Tok Bachok merupakan salah seorang tokoh ulamak di Nusantara yang terkemuka dan ulamak Melayu yang bertanggungjawab mengembangkan syiar Islam di Nusantara.

Beliau dilahirkan pada tahun 1860 Masihi bersamaan dengan 1279 Hijrah di sebuah kampung yang sekarang dikenali sebagai Kampung Tok Burung.

Tok Bachok adalah seorang guru agama yang seangkatan dengan Tok Kenali, Tok Selehor, Tok Kemunting, dan beberapa orang lagi yang bergiat aktif di Kelantan dalam keagamaan. Tok Bachok menghabiskan 15 tahun umurnya di Mekah untuk meyambung pelajaran. Beliau kembali semula ke tanah air ketika berusia 40 tahun.

Beliau kemudian menubuhkan sekolah pondok untuk mengajar agama. Sehingga kini tapak tinggalan pondok tersebut masih boleh di lihat di sekitar tapak perkuburan besar bandar Bachok. Beliau diberi gelaran Tok Bachok kerana kemasyhuran beliau dalam mengajar ilmu yang berpusat di Bachok.

Keluarga Tok Bachok

Pada hayatnya, Tok Bachok telah berkahwin dengan beberapa orang isteri, antaranya ialah Che Membunga (Tok Ji), Hjh Zabidah dan Che Embun.

Anak beliau adalah seperti berikut :

Yasin (Ustaz Yasin), Che Mariam, Hj Mohd Amin (Baba), Hj Mustaffa, Hj Mohd Zain (Allahyarham Tok Ayah Zain), Hj Mohd Nor, Abd Aziz (Pak Jid), Hj Hassan, Hj Hussin, Hj Abd Khir, dan Hj Mohd Rashidy.

Meninggal Dunia

Pada malam Ahad, 15 Zulkaedah 1372 bersamaan 27 Julai 1953, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jenazahnya telah dikebumikan di tanahnya sendiri yang seterusnya diwakafkan sebagai perkuburan Bachok ketika berusia 93 tahun.

p/s : Itulah serba sedikit sejarah Tok Bachok, antara ulama terkenal di Kelantan suatu ketika dulu. Kita sepatutnya berbangga kerana nama 'Tok Bachok' telah dibenar diguna pakai secara rasmi sebagai nama sekolah kita yang hari ini dikenali sebagai 'SMKA Tok Bachok'.

TOK BACHOK. NAMA ULAMA YG CUKUP BESAR. NAMA YANG PATUT DIKENANG, DIHARGAI, DAN DIJAGA SELAMANYA.


&

Sumber : Majalah edisi 2006.

Address

SMKA Tok Bachok
Bachok
16300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tok Bachok Di Hatiku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tok Bachok Di Hatiku:

Share