30/08/2026
Video sempena Hari Kebangsaan terbitan BHPetrol mendapat perhatian ramai kerana mengetengahkan kisah kebaikan serta semangat kebersamaan rakyat Malaysia berbilang kaum.
Antara watak yang mencuri perhatian ialah Shakoor Rahman, dengan jalan cerita video itu dikaitkan dengan kisah-kisah kehidupan sebenar yang pernah dikongsikannya.
Hantaran mengenai video berkenaan meraih sekitar satu juta tontonan dan lebih 64,000 tanda s**a di Threads, selain menerima pelbagai reaksi positif.
Beberapa pengguna turut berkongsi pengalaman sendiri menerima atau memberikan bantuan kepada individu berlainan kaum, termasuk membantu pasangan warga emas menukar tayar dan membayar pembelian Jalur Gemilang untuk orang yang tidak dikenali.
Pendekatan produksi video itu juga mendapat pujian kerana menggunakan pelakon dan penggambaran sebenar, dengan sebahagian pengguna menyifatkannya lebih dekat dengan realiti kehidupan masyarakat Malaysia berbanding kandungan janaan AI.