12/08/2026
๐๐ญ๐ก๐ ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐ ๐๐๐๐ก๐๐๐๐, ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฐ ๐ฃ๐๐ก๐ฆ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ฅ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐
12 Ogos 2026 - Setelah 3 hari melalui proses pengauditan bermula 10 hingga 12 Ogos 2026, akhirnya hari ini menandakan berakhirnya sesi Audit Pensijilan Bersepadu Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Tahun 2026 di Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
Sepanjang tempoh tersebut, proses pengauditan dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan semakan dokumentasi, pematuhan prosedur, pelaksanaan proses kerja dan rekod, serta sesi temu bual bersama bahagian dan pegawai yang terlibat.
Audit kali ini melibatkan Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) untuk kali ke-3, dan ditambah p**a dengan cabaran pensijilan baharu MS 1900:2025 bagi Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah.
Dengan penambahan MS 1900:2025 ini, LZNK kini terus melangkah bagi memperkukuhkan lagi portfolio pensijilan sistem pengurusan kepada 4 piawaian utama yang merangkumi aspek kualiti, keselamatan maklumat, pengurusan privasi serta sistem pengurusan berasaskan Syariah.
Sesi pengauditan petang tadi diakhiri dengan Mesyuarat Penutup Audit yang dipengerusikan oleh Dr. Mohd Faisal bin Mustaffa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) LZNK, bersama barisan pengurusan dan pegawai berkaitan.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga kerja LZNK atas komitmen, kerjasama dan usaha yang diberikan sepanjang proses audit ini. Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada pasukan auditor PSV atas penelitian, pandangan serta maklum balas yang diberikan sepanjang proses pengauditan.
Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada LZNK dalam memperkukuh tadbir urus, serta integriti berterusan demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, cekap serta berteraskan Syariah.