26/08/2018
iyah boleh mau nyamar jadi Para Khalifah juga, Tapi...
Apakah Mereka mau jadi Alin Bin Abi Tholib Ya Muhammad S. A. W. Kalaupun jadi namun hidup bergelimang harta ? saja itu adalah suatu keanehan yang nyata bagi saya mah ID begitu p**a dengan punya Harta Milyaran sampe Trilyunan
Ya Salam BAIK?
1. Saya ada menulis kisah mengenai seorang lelaki pada zaman Khalifah Umar yang meninggal dunia selepas dia hampir melakukan maksiat dengan seorang wanita cantik. Tapi, lelaki itu masuk syurga. Baca sampai habis.
2. Pada zaman kekhalifahan Sayidina Umar bin al-Khattab r.a. terdapat seorang pemuda yang sangat rajin beribadat. Beliau sangat rajin berulang-alik ke masjid sehinggakan Amirul Mukminin kagum kepadanya. Pemuda ini mempunyai seorang ayah yang sudah tua dan uzur. Setiap malam, ketika beliau hendak mengerjakan solat malam, beliau akan pergi ke rumah ayahnya. Untuk sampai ke rumah ayahnya, beliau terpaksa melintasi pintu rumah seorang wanita yang s**a bersolek.
3. Pada suatu malam, ketika pemuda tadi melewati pintu rumah wanita tersebut, wanita tersebut cuba menggodanya sehingga pemuda tersebut hampir-hampir terpedaya. Namun, dengan izin Allah, ketika beliau hampir masuk ke pintu rumah wanita itu, dia teringatkan Allah SWT. Maka, Allah SWT dengan limpah rahmatnya telah menghilangkan bayangan maksiat daripada pandangan mata beliau. Lantas, beliau mengucapkan sepotong ayat al-Quran yang bererti;
โSesungguhnya orang yang bertaqwa, apabila mereka ditimpa was-was daripada syaitan, mereka ingat akan Allah. Maka, ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.โ (Surah al-Aโraf : 201)
4. Pemuda tersebut langsung tersungkur dan tidak sedarkan diri. Lalu, wanita tadi telah memanggil pembantunya untuk menolong dan membawa pemuda tersebut ke rumah ayahnya. Sesampainya di hadapan rumah ayahnya, ayahnya terkejut melihat anak lelakinya tidak sedarkan diri. Ayahnya lantas memanggil ahli keluarganya yang lain untuk membawa masuk pemuda itu ke dalam rumah. Pemuda itu masih tidak sedarkan dirinya sehingga lewat malam.
5. Apabila beliau sudah sedarkan diri, barulah ayahnya bertanya, โWahai anakku, apakah yang telah terjadi kepada engkau?โ
โTidak ada apa-apa. Saya baik-baik sahaja,โ jawab pemuda itu tenang.
โSesungguhnya aku memohon kepadamu supaya menceritakan kepadaku apa yang telah terjadi.โ Ayahnya bertegas. Akhirnya, pemuda tersebut akur dengan permintaan ayahnya itu. Lalu beliau pun menceritakan apa yang telah terjadi.
6. Beliau pun membaca semula ayat dari surah al-Aโraf yang dibacanya tadi. Kemudian, pemuda tersebut kembali pengsan dan tidak sedarkan diri. Setelah diperiksa, akhirnya mereka mengesahkan bahawa pemuda tersebut telah pun meninggal dunia. Maka, pada malam itu juga ahli keluarganya menguruskan jenazahnya. Beliau dimandikan, dikafankan dan dikuburkan pada malam itu juga
7. Pada keesokan hari, mereka telah melaporkan peristiwa tersebut kepada Amirul Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab r.a. Memang telah sedia maklum bahawa pemuda itu sangat dikagumi oleh Amirul Mukminin. Pemergiannya menghadap Ilahi sudah tentu meninggalkan kesan di hati beliau. Tanpa berlengah, Amirul Mukminin terus berjumpa ayah pemuda itu dan bertanya, โMengapa engkau tidak memberitahu aku (awal-awal)?โ
โWahai Amirul Mukminin! Ketika itu malam hari.โ Ayahnya menjawab.
โMari kita ke kuburnya.โ
Ketika Amirul Mukminin dan kaum Muslimin yang bersama-samanya tiba di kawasan perkuburan, beliau berkata, โWahai pemuda! Dan bagi sesiapa yang takut akan saat menghadap Rabb-Nya, baginya dua Jannah!โ (Surah ar-Rahman : 46)
8. Dengan izin Allah SWT, pemuda di dalam kubur tersebut menjawab, โWahai Sayidina Umar! Sesungguhnya Tuhanku telah memberikan syurga kepadaku sebanyak dua kali.โ
9. Apa yang saya hendak sampaikan ialah, jika seseorang lelaki tertarik dengan godaan wanita, maka itu adalah perkara yang normal walaupun dia seorang lelaki yang baik, kuat beribadat. Namun, yang akan menyelamatkan seseorang itu daripada terpedaya adalah kekuatan imannya!
10. Tidak akan mencuri orang yang mencuri, ketika dia nak mencuri, dia ingat Allah. Tidak berzina orang yang nak berzina, jika sewaktu dia nak berzina, dia ingat Allah. Maknanya, jika diuji dengan apa-apa godaan, jika pada masa itu, seseorang itu ada IMAN, dia akan menolak godaan-godaan tersebut.
11. Adakah anda fikir menolak godaan itu mudah? Berdoalah agar kita tidak diuji dengan perkara yang kita tak mampu nak menolak, bukan minta untuk diuji.
Dari Fb Khairy Tajudin.
Uruguayan President Jose Mujica gestures during an interview at his house in Montevideo on June 25, SajianSedap.id ? Bekerja di instansi pemerintah jadi mimpi sebagian orang. Pasalnya, mereka yang duduk di sana terlihat selalu bergelimang harta dengan jumlah rumah dan mobil yang tidak cukup satu. Na...