Muassasah Itqan

Muassasah Itqan Pusat Pengajian Darul Itqan merupakan pusat pengajian Al-Quran dan bahasa Arab di bawah kelolaan Syeikh al-Sayyid Ashraf Hamid Hassanayn al-Azhari.

BIODATA SHEIKH AL-SAYYID ASHRAF HAMID HASSANAYN AL-AZHARI

Sheikh al-Sayyid Ashraf Hamid Hassanayn al-Azhari ialah keturunan nabi Muhamad S.A.W yang ke-32. Syeikh telah dilahirkan pada bulan April 1972 di Aswan,Mesir. Sheikh Ashraf memulakan pengajian beliau dalam bidang qiraat di Al Azhar Syareef, Mesir dan beliau mendapat ijazah dalam riwayat Hafs 'an ‘Aasim. sheikh memegang ijazah dalam 10 bida

ng qiraat daripada Al Azhar.Sheikh Ashraf bekerja sebagai imam di masjid Al Azhar dari 2006 sehingga 2014.Sheikh sekarang bekerja sebagai imam di Masjid Syeikh Soleh Ja’afari di Darrasah,Cairo.Selain bekerja sebagai imam dan khatib Syeikh juga mengajar Al Quran dan Tajwid di seluruh Kaherah.Syeikh juga merupakan pengarah bagi Darul Ittiqaan iaitu pusat bagi pembelajaran Al Quran,Tajwid dan kitab-kitab seperti Tuhaftul Atfaal oleh Imam Al Jamzuri dan Muqadimma Al Jazriyya oleh Imam Ibn Al Jazari. KELEBIHAN DARUL ITQAN :-

1. Lokasi penempatan yang strategik di kawasan Hussein, berdekatan dengan Masjid Saidina Hussein, Masjid Al-Azhar, Universiti Al-Azhar, Masjid Soleh Al-Ja'fari, Masjid Dardir, Mudhoyafah Syeikh Sodik Al-'Adawi, Mudhoyafah Syeikh 'Ali Jumu'ah, Sahah Sa'id Dahr, Dar Al-Imam Al-Ghazali, dan tempat-tempat pengajian sekitar Hussein.

2. Program-program ilmiah seperti menziarahi ulama'-ulama' sekitar Mesir, jaulah maqam ulama', ziarah tempat-tempat bersejarah di Mesir, dan diskusi kitab serta ceramah-ceramah.

3. Mengadakan kelas bimbingan dan muzakarah pada setiap hari kecuali Jumaat.

4. Mengikut secara rapat perkembangan pelajar-pelajar dari segi hal ehwal pendidikan dan syakhsiah.

5. Membawa pelajar-pelajar untuk bertalaqqi kitab dari kulit ke kulit dengan para masyaikh Al-Azhar mengikut kitab-kitab yang sesuai dengan tahap pelajar-pelajar.

6. Penempatan disediakan lengkap dengan perabot-perabot asas seperti peti ais, dapur gas, katil, almari, kabinet dapur, dan tilam.

7. Majlis zikir dan juga pengajian talaqqi oleh masyaikh-masyaikh Al-Azhar. Buat makluman semua, pusat pengajian ini masih di peringkat awal, baru ditubuhkan pada 20.8.2015 dengan dana yang terhad dan jumlah pelajar seramai 12 orang. Dalam masa terdekat ini, kami bercadang untuk memiliki P.A system yang lengkap untuk tempat pengajian dan surau bernilai rm1700, selain perlu membayar sewa bangunan sebanyak rm8000 setiap bulan. Kami juga telah bercadang untuk mengambil tanah kosong di hadapan bangunan Darul Itqan untuk dibangunkan sebagai masjid, muassasah, dan asrama. Oleh itu, kami memerlukan dana yang besar untuk merealisasikan impian kami yang juga merupakan impian Syeikh Asyraf sendiri, terutama setelah melihat kesudian para masyaikh Azhar untuk mengajar di bangunan Darul Itqan. Kami juga ada menyediakan homestay bagi rakyat Malaysia dan nusantara yang bertandang ke Mesir sebagai salah satu usaha kami dalam menampung bayaran sewa bulanan bangunan. Jika ada sebarang pertanyaan atau berminat untuk menghulurkan sumbangan, bolehlah menghubungi kami ;

Ustaz Luqman
(+201066152491) WhatsApp&Call

16/05/2026
16/05/2026
15/05/2026

قصيدة
رسول الله ذو الكرم
علي القدر والهمم
لسيدى الشيخ صالح الجعفرى رضى الله تعالى عنه وأرضاه

14/05/2026

مجالس التزكية والسلوك | شرح قصيدة |مع فضيلة الشيخ أشرف حامد حسانين الجعفري | مجالس التزكية والسلوك | شرح قصيدة |مع فضيلة الشيخ أشرف حامد حسانين الجعفري |

14/05/2026

الروح تشتاق
اللهم لا تحرم مشتاق

11/05/2026
07/05/2026
04/05/2026

قراءة و شرح كتاب الحكم الجعفرية من أقوال العارف بالله تعالى الشيخ صالح الجعفرى | مع فضيلة أ. د سيد محمد سلطان |

Address

Markaz Itqan
Cairo
11617

Telephone

00201119136245

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muassasah Itqan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Muassasah Itqan:

Share