06/05/2019
SEBULAN DENGAN KURMA 😍
Serat atau fiber: Kurma bukan sahaja memberikan tenaga cepat melalui gula ringkas, malah fiber/serat sesuai untuk penghadaman dan memberikan tenaga yang berpanjangan. Fiber memang sesuai untuk memperlahankan penghadaman dan tidaklah memberi kejutan kepada perut yang kosong. Juga sebagai “alas perut” sebelum memakan makanan yang lebih berat. 🤩
Jadi, ambilah kurma sebelum bersahur walaupun hanya 2 biji sahaja. Yang penting jangan skip sahur yaa supaya anda tidak letih dan lemah sepanjang bulan ramadan. Tingkatkan ibadah dan produktiviti, kurangkan negativity 😊