IDL Concept

IDL Concept We're a team of designer's that's specialist in Interior Design and manufacturing built-in cabinet located at Nilai.

If you're looking for;
• All types of built-in cabinet
• Interior Design (3D drawing & consultation)
• Renovation works

22/07/2025

“Kalau entrance rumah dah kemas & cantik, automatik aura dalam rumah pun naik.”

✨ Dari pintu depan lagi dah rasa tenang — sebab ruang ni bukan sekadar laluan, tapi impression pertama.

Nak storage smart, gaya kemas, lighting pun on point?
Biar team IDL susun semua tu ikut gaya & bajet korang.

📩 DM je terus — nanti kita bantu dari ‘pintu’ sampai ‘dapoq’




22/07/2025

5 aksesori yg akan jadikan dapur idaman lebih IDEAL!

Jangan lupa like, follow and share untuk support content seterusnya!

Deal 👍

22/07/2025

Ada tak yang ruang dapur lebih kurang macam ni tapi was-was nak letak island? Korang prefer yang macam mana?





Bagi kami, setiap maklum balas daripada anda sangat bermakna. Ia membantu kami untuk terus memperbaiki mutu perkhidmatan...
18/07/2025

Bagi kami, setiap maklum balas daripada anda sangat bermakna. Ia membantu kami untuk terus memperbaiki mutu perkhidmatan dan memberikan yang terbaik setiap masa.

🗣️ Jika anda pernah berurusan dengan kami atau baru sahaja menerima servis daripada kami, kami amat mengalu-alukan pandangan anda!
Sudi-sudikan berkongsi pengalaman anda. Samada melalui komen, mesej peribadi, atau ulasan.

✨ Terima kasih kerana terus menyokong IDL. Kami di sini kerana anda. ✨

Deal your ideas. It's DEAL 📌













18/07/2025

Durian memang enak, tetapi ia mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Ini boleh menyebabkan paras gula dalam darah anda naik secara mendadak, terutama jika dimakan dalam kuantiti yang banyak dan tidak terkawal.

Kepada anda yang menghidap penyakit kencing manis (diabetes) dan juga pencinta durian, Berikut adalah beberapa nasihat yang boleh diikuti:

Kawal Kuantiti – Jika rasa teringin juga, hadkan pengambilan kepada seulas dua sahaja. Jangan plak makan sebiji seorang diri.

Elakkan Makan Bersama Makanan Manis Yang Lain – Jangan gabungkan durian dengan pulut, kuih manis, atau minuman bergula.

Perhatikan Bacaan Gula – Pastikan anda memantau bacaan gula darah anda sebelum dan selepas makan durian.

Jangan Makan Ketika Gula Tidak Stabil – Jika bacaan gula anda tinggi atau tidak terkawal, adalah lebih baik elakkan terus makan durian.

Dengar Nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan – Dapatkan pandangan profesional jika anda tidak pasti berapa banyak yang selamat untuk anda.

Ingat, kesihatan anda lebih utama. Nikmati durian dengan bijak dan penuh kesederhanaan. Jangan kerana nikmat sementara, anda terpaksa menanggung komplikasi lain seperti kerosakan buah pinggang, mata, atau saraf.

Sayangi diri, sayangi kesihatan. Makan berpada-pada.

18/07/2025

Musim durian ni mesti banyak durian kat rumah kan?

Jom cuba resepi ini. Takde la bosan asik makan mentah je. Resepinya mudah. Boleh lah di jadikan menu hidangan petang bagi yang datang bertandang.

Yang pasti, confirm dapat memikat selera keluarga.

Deal your ideas. It's DEAL 📌

15/07/2025

Yang ini rekaaan khas untul para isteri & ibu.

Tengok dulu full video. Kalau dah teracun jangan tunggu lagi. Boleh contact segera.

Deal your ideas. It's DEAL 📌













🛠️ Janji Kami kepada Anda Reka Bentuk yang Disesuaikan : Kami berjanji untuk menyediakan rekaan kabinet yang memenuhi ke...
14/07/2025

🛠️ Janji Kami kepada Anda

Reka Bentuk yang Disesuaikan : Kami berjanji untuk menyediakan rekaan kabinet yang memenuhi keperluan dan cita rasa anda—bukan hanya cantik, tetapi juga praktikal.

Kualiti Bahan Terbaik : Hanya bahan-bahan berkualiti tinggi dan tahan lama digunakan agar kabinet anda kekal kukuh dan bergaya untuk tempoh bertahun-tahun lama.

Kerja Kemasan yang Teliti : Setiap kabinet di buat dengan perhatian terhadap perincian dan kemasan, mencerminkan ketelitian kami dalam kerja tangan. Dan daripada kayu kepada kehidupan impian anda.

Proses Pemasangan yang Cekap dan Bersih : Kami menghargai ruang anda dan berusaha melakukan pemasangan secara kemas, tepat masa, dan selamat.

Layanan Mesra dan Profesional : Dari konsultasi pertama sehingga pemasangan terakhir, anda akan dilayan dengan mesra, telus, dan penuh hormat.

Jaminan Kepuasan : Jika ada sebarang isu selepas pemasangan, kami bersedia untuk membaikinya sehingga anda benar-benar berpuas hati.

Deal your ideas. It's DEAL 📌












11/07/2025

📚 APA ITU MELAMINE?

Ramai pelanggan tanya, “Material kabinet ni melamine tu apa?” 🤔

Melamine adalah lapisan nipis yang dilekat pada papan MDF untuk jadikan kabinet nampak kemas, licin & moden.

✔️ Tahan calar
✔️ Harga mesra bajet
✔️ Banyak pilihan warna & corak

❗ Tapi tak sesuai untuk tempat yang terlalu lembap dan Tak boleh nak repair kalau tercarar teruk.

Tapi sebenarnya dia senang di jaga. Hanya lap dengan kain basah sudah mencukupi.

Jika anda sedang buat kabinet dapur, melamine adalah pilihan ekonomi yang sesuai untuk bahagian luar (facade), terutama untuk pelanggan yang cari gabungan nilai dan penampilan.

Nak tahu lebih lanjut. Atau cadangan yang lebih baik, boleh pm.
Kumpulan ID kami sedia membantu merealisasikan impian anda.

Deal your ideas. It's DEAL 📌













🏝️ Apa Itu Island Kitchen?Island kitchen atau dapur pulau merujuk kepada reka bentuk dapur yang mempunyai sebuah unit ka...
08/07/2025

🏝️ Apa Itu Island Kitchen?

Island kitchen atau dapur pulau merujuk kepada reka bentuk dapur yang mempunyai sebuah unit kabinet bebas (tidak melekat pada dinding) yang terletak di tengah-tengah ruang dapur. Ia biasanya digunakan untuk kerja penyediaan makanan, tempat memasak, ruang simpanan, atau bahkan tempat makan.

🔍 Ciri-Ciri Utama Island Kitchen

Bebas & Berasingan
Tidak bersambung dengan dinding. Ia berdiri sendiri di tengah ruang dapur.

Fungsi Pelbagai
Meja kerja tambahan untuk potong dan sediakan bahan.
Boleh letak sinki atau dapur memasak (jika ada sambungan air/gas).
Ada ruang penyimpanan tambahan (laci/kabinet bawah).
Boleh jadi meja makan mini/bar sarapan.

Menambah Estetika Dapur
Reka bentuk island boleh menjadi tarikan utama atau "focal point" dalam dapur moden.

✅ Kelebihan Island Kitchen

Ruang kerja tambahan
Sesuai untuk dapur aktif sebab lebih mudah untuk potong, sediakan bahan dan masak.

Fungsi pelbagai
Digunakan sebagai tempat makan, belajar, kerja rumah atau bersosial.

Ruang simpanan lebih
Tambahan kabinet atau laci di bawah permukaan island.
Menyerlahkan reka bentuk dapur Memberi rupa moden dan kemas kepada ruang dapur terbuka.

Walau bagaimana pun ada beberapa perkara perlu di pertimbangkan.

Antaranya :
Saiz Ruang Dapur
Island kitchen memerlukan sekurang-kurangnya 90 cm jarak keliling untuk pergerakan yang selesa.

Perancangan Awal
Jika mahu letak sinki atau dapur atas island, perlu sediakan saluran air, elektrik atau gas lebih awal.

Gaya Reka Bentuk
Perlu sepadan dengan kabinet dapur utama dari segi warna, material dan konsep.

Tapi jangan risau, jika akak s**a, akak boleh minta ID kami datang dulu. Mungkin ada idea yang lebih unik dan menarik yang sesuai degan bajet akak.

Deal your ideas. It's DEAL 📌













Warna kabinet dapur yang trending pada masa kini termasuk warna putih, kelabu muda, biru tua, hijau, dan juga warna-warn...
07/07/2025

Warna kabinet dapur yang trending pada masa kini termasuk warna putih, kelabu muda, biru tua, hijau, dan juga warna-warna berani seperti merah atau kuning. Warna-warna ini memberikan kesan yang berbeza pada dapur, dari minimalis hingga mewah.

Berikut adalah beberapa warna kabinet dapur yang trending:

Putih:
Warna klasik yang memberikan kesan luas dan bersih pada dapur. Sesuai untuk pelbagai gaya reka bentuk.

Kelabu Muda:
Warna yang seimbang, sesuai untuk mengimbangi tona sejuk dan hangat dalam ruang dapur.

Biru Tua:
Warna berani yang memberikan sentuhan eksklusif dan mewah pada dapur.

Hijau:
Warna yang memberikan kesan menenangkan dan dekat dengan alam, sesuai untuk dapur yang ingin menonjolkan suasana segar.
Warna Berani (Merah, Kuning, dll.):

Pilihan untuk mereka yang ingin menonjolkan ciri-ciri peribadi dan menjadikan dapur sebagai titik fokus.

Trend yang semakin popular, memberikan kesan moden dan elegan pada dapur.

Krim dan Kuning Pucat:
Memberikan kesan cerah dan hangat pada dapur.

Kombinasi Warna:
Boleh menggabungkan dua atau lebih warna untuk mencipta kesan visual yang menarik. Contohnya, kabinet atas dalam warna terang dan kabinet bawah dalam warna gelap.
Penting untuk memilih warna kabinet yang sesuai dengan gaya peribadi dan juga pencahayaan dapur.













Address

No. 34-1, Jalan Ilmu 3, Dataran University, Putra Nilai
Puchong
71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IDL Concept posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to IDL Concept:

Share