21/06/2022
KEJOHANAN E-SUKAN PUBG MOBILE PEBS KOTA DAMANSARA 2022
Menyahut seruan dan ambil cakna untuk mendekati belia terutama Gen Z terutamanya, PeBS Kota Damansara tanpa mesyuarat beratus kali, karenah birokrasi melampau, maka terus saja kita laksanakan program Kejohanan E Sukan PUBG Mobile PeBS Kota Damansara 2022.
Sekalung Penghargaan kepada pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan ini sepanjang 2 hari bertarung pada 4&5 Jun lalu. Tahniah Team Dingoz Ace, TEDE ESport,Agent Fenyx,4 Brothers yang membolot hadiah keseluruhan sebanyak RM2,000 ringgit yang telah disampaikan oleh Puan Ain, wakil ADUN Kota Damansara bersama Saudara Faisal Rahman yang juga merupakan Pengerusi PeBS Kota Damansara. Lebih kurang duit raya lah eh hadiah kemenangan yang korang menang tu. Mantap dan Padu semua.
Tidak dilupakan Saudari Aisyah, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Penganjur yang bertungkus lumus menjayakan Kejohanan ini bersama dengan Kelab Sukan Elektronik Darul Ehsan. Terima kasih para Penaja Kejohanan terutama Majlis Sukan Negeri Selangor dan tak lupa juga Adun Kota Damansara, YB Shatiri Mansor dalam membantu menyantuni kegemaran anak muda masa kini.
Jumpa di lain waktu untuk kita buat kejohanan E Sports PeBS Kota Damansara dengan lebih bergaya, bermutu dan penuh keunggulan.