29/10/2020
CERITA KABINET DAPUR
MamaChik dah khatam study pasal kitchen cabinet selepas masuk 5 kedai, contact 10 kedai, mintak 9 quotation.
Ni antara ringkasan maklumat yang berjaya di kumpul.
1. UKURAN & JENIS
Sebelum nak pilih material kene tau ukuran dapur kome tu dulu. Nak buat kabinet panjang sampai ke mana? Tinggi siling takat mana. Nak kabinet yang mana satu. Nak U ke nak L ke nak O ke.
a) BASE UNIT
Belah bawah tu kita panggil BASE UNIT. Standard kalau pasang L shape dalam 8-10 kaki. Kalau macam MamaChik buat U shape hambik ko 24 kaki. Botak kepala. Ikut keluasan dapur masing-masing.
b) WALL UNIT
Yang tergantung kat dinding tu nama dia WALL UNIT. Ni pun kene tau ukuran. Yang ni pulak kene tengok siling tinggi mana. Standard rumah 10 kaki dari lantai ke siling. Standard size wall unit ni 2.5 kaki. Kalau nak pasang terus rapat ke siling kene tambah la jadi 4 kaki. Ikut kome la nak lemari tu lonjong sampai mana. Ada jugak yang buat 3 kaki je tinggi cabinet belah atas tutup pakai papan je. Ni extra cas la. Murah sikit sebab tutup pakai papan kosong je tak payah sheft & pintu.
c) TALL UNIT
Yang memanjang dari bawah sampai atas tu panggil TALL UNIT. Yang ni ikut lebar kalau satu pintu dalam 1.5 kaki. Kalau nak buat 2 pintu tu ada la dalam 3 kaki lebar.
d) FRIDGE
Tempat letak peti ais. Ni optional nak boleh tak nak pun tak ada masalah. Selalu orang akan ambik dalam 3 kaki untuk peti ais gabak 2 pintu tu. Belah atas ada kabinet pintu.
2. TABLETOP
Tabletop ni yang belah atas kabinet tu la. Tempat nak letak dapur, sinki & hood pilih siap-siap. Dari segi material pun banyak jenis. Kalau jenis tahan macam rumah dulu-dulu tu concrete tabletop la lepas tu tampal tiles.
Yang modern sikit orang letak batu quartz. Ada jugak jenis buat yang kayu or batu granite. Masing-masing ada pros & cons. Ikut pilihan masing-masing.
Harga, concrete lagi murah banding quartz.
3. MATERIAL PINTU
Ni ada banyak pilihan.
a) Nyatoh (Kayu)
Paling popular kalau nak design klasik. Full set dalam 8k kalau dalam melamine.
Pros - ringan, boleh pilih warna, cantik, kayu kuat.
Cons - mahal nak matik, kadang pintu je nyatoh kerangka dalam dia pakai melamine, special colour kene tambah lagi RM80 sekaki.
b) MDF (fiber kayu)
Ni pilihan murah sikit kalau still nak nampak design kayu. Tak sure harga tapi murah dari nyatoh, mahal dari melamine.
Pros - Murah banding nyatoh, pilihan warna banyak tak ada cas tambahan.
Cons - Berat & kerangka melamine jugak.
c) Melamine (serbuk kayu)
Ni pilihan paling murah. Satu set atas bawah tall unit bagai dalam 3k lebih dapat dah. Nak tau melamine yang macam mana try tengok rak buku yang ringan 3 tingkat tu. Yang kalau paku tercabut terus terburai serbuk kayu.
Pros - of course murah, ringan.
Cons - senang kembang kalau kene air, tak tahan lama, senang lendut kalau barang berat, pilihan warna limited takat mana kilang keluarkan je.
d) Aluminium
Ni paling modern. Harga lebih kurang nyatoh jugak.
Pros - Tahan air, ringan, ada design ala-ala kayu, tahan reput, tahan anai-anai, senang jaga.
Cons - Harga ya rabbi nak tercirit tengok, warna ikut mana ada tak boleh custome pilih cat.
e) 3G
3G ni yang jenis macam kaca licin ada banyak pilihan warna tu. Ada bingkai aluminium nampak kat keliling. Senang nak maintain kalau terpercik minyak boleh lab je sebab surface dia bukan kayu.
Pros & cons MamaChik tak tau sangat sebab memang tak minat so tak tengok sangat.
f)4G
4G ni sama material macam 3G cuma dia macam design baru sikit la dah tak ada bingkai. Ni pun sama tak tengok sangat. Tapi 3G & 4G ni carcass dia melamine jugak.
4. CARCASS
Carcass ni kerangka belah dalam kabinet.
Selalunya ada dua pilihan, solid wood (mahal) atau melamine (murah). Kene tanya betul-betul kalau pilih nyatoh tu dalam dia apa.
Kalau aluminium carcass dalam pun jenis aluminium. Ada dua jenis jugak. Tebal (mahal), kurang tebal (murah sikit).
5. ACCESSORIES
Ni macam tambahan untuk cantikkan la. Barang gedik-gedik. Ada antara yang dibagi free dalam quotation, ada yang kene add on. Kalau dapat quotation tu tanya la apa yang dibagi apa yang ko nak kene add on berapa ratus lagi.
a) Dish rack
Ni tempat terap pinggan yang sangkut dekat wall unit. Ni standard barang free.
b) Soft close hinge
Sejenis tutup pintu kabinet slow motion tu. Tak ada la kalau bini ngamuk tengah masak bunyi hempas-hempas lemari ye dak. Kebanyakan kedai memang include sekali. Tapi ada jugak yang kene add on. Makesure tanya ada include ke tak.
c) Sauce tray
Ni must have zaman kini. Senang letak sebelah stove. Bukak je beratur mak nenek segala botol kicap sos bagai.
d) Drawer
Drawer harga lain ya. Ada kedai masuk sekali. Ikut ko la nak letak berapa banyak laci.
e)Handle
Handle pun ada yang kene add on. Harga ikut kedai, ada yang bagi pilihan ada yang suruh beli sendiri dorang pasangkan. Ni pun ada banyak jenis & warna.
Ada jugak pintu dah siap tempat tarik. Ni tak perlu tambahan handle.
f) Pull out basket
Tempat simpan pinggan mangkuk. Senang kalau nak ambik pinggan tarik je. Tak ada la ko tertonggeng-tonggeng tengok dalam shelf.
g) Pull out tall unit
Ni pun modern style. Senang kalau letak spices ke dry condiments ke tak ada la payah nak seluk ke ceruk paling dalam. Kemas pun kemas nak susun. Tak ada la ambik satu botol, botol-botol jiran pun tumbang sekali macam domino tu.
Ok la,
Penat dah bebel.
Semoga membantu.
Untuk MamaChik,
Dapur ni tempat yang selalu isteri luang masa. Harus la cantik di mata kita & memudahkan kerja. Benda nak buat sekali je kan biar tahan bertahun sampai pencen. Lepas dapat epf 55 tahun baru kita renovate balik ya. Eh!
Apa-apa pun ikut pilihan & bajet masing-masing. Nak dapur idaman buat la pelan-pelan.
Beli sikit-sikit. Janji puas hati.
Kalau jenis tak kisah, janji siap semua benda boleh pilih ikut bajet.
Tak nak buat kitchen cabinet pun tak ada masalah. Boleh beli rak. Benda kita buat dia kan.
Happy kitchen cabinet hunting.
MamaChik, S. E. T. E. L. ðŸ¤.