12/03/2023
Kali ini saya kongsikan apa yang perlu kita lakukan sekiranya mesin Coway di rumah kita mengalami kerosakan. Langkah pertama adalah jangan panik, sebab ada banyak saluran yang kita boleh adukan mengenai masalah ini.
Salah satu langkah utama adalah dengan menelefon secara terus talian careline Coway 1800-888-111. Talian ini akan dijawab oleh operator bertugas, dan anda boleh adukan apa masalah atau kerosakan yang berlaku. Pihak bertugas Coway seterusnya akan menghantar report kepada Coway Technician Department bagi tindakan selanjutnya. Anda akan dihubungi kembali oleh pihak technician Coway yang bertugas bagi membaiki sebarang kerosakan.
Jika anda mengalami kerosakan itu sejurus sahaja selepas selesai pemasangan produk baru, saya lebih syorkan anda berhubung secara terus kepada technician yang memasang produk anda. Pihak technician akan datang kembali sekiranya perlu untuk melihat produk. Sekiranya produk baru tersebut benar-benar mengalami defect daripada kilang, technician akan menggantikannya dengan produk lain.