11/11/2022
Kita semua ada matlamat dan impian dan kadangkala kita jadi orang tak bersabar untuk mencapainya.
Masa itulah kita frust.
Kita down dan rasa diri kita tak berguna. Jika perasaan itu terbit dalam diri kita, tutuplah mata dan yakini ayat-ayat ini:
❤️Saya yakin dengan masa dan ketentuan Allah SWT.
❤️Saya yakin Allah akan beri saya rezeki itu di tempat dan waktu yang tepat.
❤️Saya tetap akan bersabar kerana hanya orang bersabar akan menang.
Bukalah mata, dan tersenyumlah. Kemudian, terus sambung berusaha.
Kadangkala, kita rasa semua hal tak menjadi lagi, bukan sebab orang lain, tetapi kita kurang buat persediaan.
Bila kita tak bersedia, macamana Allah nak beri sesuai dengan apa yang kita minta.
Kawan-kawan,
Moga kita semua dapat capai apa yang kita idam dan impikan ya. Tetap dalam keteguhan hati dan percayalah bahawa Allah SWT jugalah pemberi jawapan atas segala yang kita usahakan dan
bersandarlah pada tali Allah dengan sesungguhnya.
Moga bermanfaat ❤️
Norhafidah Mat Lazen