14/10/2020
HAIRAN! ADA DATA INTERNET UNLIMITED MURAH. ADA JUGA YANG MAHAL. KENAPA
KENA JELAS 3 PERKARA NI. KEMUDIAN PILIHLAH IKUT KESESUAIAN SENDIRI.
1️⃣ Basic internet
Basic internet ni, kelajuan data dia tak sampai 100kbps. Tak kisah kat kawasan mana, kelajuan internet yang dilepaskan kurang dari 100kbps. Kelajuan ni, nak tengok video gerenti tak lepas.
2️⃣ Capped data
Capped data maksudnya kelajuan internet dihadkan. Contohnya kelajuan data dihadkan kepada 3mbps sahaja. Kat kawasan yang support 70mbps pun, kelajuan data akan dilepaskan 3mbps sahaja.
3️⃣ Highspeed data
Yang ni, data dilepaskan dengan kelajuan penuh. Namun ia masih tertakluk kepada coverage. Kalau coverage support 80mbps, kelajuan data akan jadi 80mbps. Kalau kawasan yang dapat 5mbps, maka 5mbps lah kelajuan data.
Berbalik kepada unlimited data, tapi murah. Kebanyakan orang tak perasan ada bintang (*) yang tercatat pada plan yang dilanggan.
Bintang (*) ni menunjukkan ada catatan khas dan catatan ni biasanya ada kat bawah sekali. Jarang orang nak baca.
Unlimited data, tapi bayar murah bulan-bulan, maksudnya ada kuota untuk highspeed data. Dia bukan unlimited highspeed data.
Mungkin hanya 5gb data yang highspeed. Mungkin juga 10gb. Tengok pada plan. Selebihnya, basic internet.
Sebab tu kadang bila bayar bil, laju je guna. Hujung-hujung tu, asyik loading je manjang.
Pasal plan data ni, atas masing-masing lah. Setiap orang, tak sama penggunaan data dia. Ada orang, capped data pun dah ok. Dia hanya guna untuk tengok video dan guna media sosial.
Ada orang, capped data tak boleh. Masih dalam kategori slow. Dia nak main game online. Nak buat live sambil main game ke, atau nak download kerja atau apa-apa dengan pantas.
Yang penting, jelas dengan penggunaan data sendiri. Kalau nak guna yang unlimited, jangan guna plan yang murah. Pilih plan yang atas dari 150 ringgit.
Kalau tahu penggunaan sebulan berapa, senang boleh langgan plan yang bagi highspeed data ikut keperluan.
Setakat ni, highspeed data yang agak berbaloi dengan harga, ada pada ONEXOX. 100gb highspeed data, dengan bayaran bulanan hanya RM89 sahaja.
Kalau penggunaan sebulan lebih dari 100gb, kena cari yang unlimited. Klu tak sampai, memang berbaloi guna yang 100gb ni.
Tapi highspeed data ni, bergantung pada coverage. Kalau kawasan yang coverage support, 80mbps pun sampai.
Onexox ni guna coverage celcom. Kalau celcom ok, insyaAllah onexox juga akan ok.
Semua highspeed data memang sangat-sangat berbaloi. InsyaAllah.
Berminat klik link kat bawah
www.wasap.my/60173375877/nakdaftarsimkadonexox
https://xox.com.my/onlinestore/dealer.php?dlr=DYSD95325