11/04/2016
Salam dan selamat pagi,syukur sebanyak -banyaknya kepada Allah diatas segala kurniaanya.
Kali ini saya ingin bercerita mengenai tajuk yang begitu hebat sekali iaitu " sahabat lama",pernahkan kita tebayang yang kita akan terjumpa kembali rakan serumah di zaman bujang selepas berbelas tahun lost contact dengannya.Terjumpa dalam situasi yang tidak disangka 'unsangkarable' ,sedang saya rancak berniaga tetiba ada orang yang seakan akan dikenali antara cam dan tidak menjenguk-jenguk dari kejauhan melambai saya,seraya tidak semena -mena terflashback memori di zaman jenggo datang kembali.
Memori zaman 90an dimana era vcd baru bermula.Nasi bungkus rm 2.70 siap lauk,rumah condo harga rm120k saja ,minyak petrol rm0.90sen seliter isi penuh baru berapa ringgi; dik,gaji baru jejak rm1000.consider dah okay ,handphone paling top nokia 3210 boleh compose lagu regha rm1500 dah boleh kerek dan masuk kump**an elit handphone canggih. Handphone Startek V Motorola ,boleh lipat sangat canggih ketika itu tetapi buat call n sms jer lepas dua jam beteri dah habis memang tak bleh belah.handphone besar bagak Motorola baling anjing boleh meningal ketika itu adalah dalam kategori generasi awal.Teringat aktiviti lepak berborak sampai pagi rasanya apa agaknya topik yang dibualkan tue.Zaman Vcd tengah top,modem jenis robotik dan gambar kalau hantar guna email sekali bukak pecah pecah kotak-kotak kecik nampak kat belakang. Skrin komputer warna hijau masih guna drive B,haaa korang mesti tak rasa zaman tue kan,tapi memang best...
Tersentak saya dari lamunan tersebut,berlaku beberapa perubahan yang agak ketara kepada beliau yelah kami telah pun telah 13 tahun tidak berjumpa maka kami pun semakin berusia,banyaklah pertanyaaan -pertanyaan,status-status,termasuk selfie selepas itu.
Pengajaranya,hari ini kita semakin menginjak dewasa maka kita teringat akan memori semalam,esok lusa p**a mungkin kita yang akan menjadi kenangngan ,bertapa singkatnya tempoh masa yang ada walau kita seringkali sibuk dalam mengurus kehidupan.Maka masa dan peluang yang dikurniakan ini teramat bernilai untuk dipersiakan buatlah yang terbaik dan jadilah yang terbaik dalam segala yang kamu lakukan.
Wasalam ......bye jumper lagi