09/05/2024
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™
Teknologi tanpa tangki revolusioner LG ini membenarkan akses kepada air bersih yang bebas daripada pertumbuhan mikroorganisme dan kekal segar pada sebarang suhu
Mempunyai ciri sterilisasi automatik, penggantian dan langganan penapis yang mudah, membaharui konsep “Layanan Diri Menyeluruh”.
Fungsi sterilisasi automatik Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ berupaya mensterilisasikan paip keluli tanpa karat dan juga saluran keluar dengan air panas yang membasmi 99.99% kuman. Sistem automatik ini mensterilisasikan paip keluli tanpa karat dalaman sekali seminggu, dan ketetapan boleh ditentukan oleh pengguna mengikut kehendak mereka, dengan menekan satu butang sahaja. Sistem Penapis Puri 4-Peringkat juga membasmi mikroorganisme, 99.99% norovirus dan 9 jenis logam berat termasuk merkuri, plumbum, arsenik, kadmium, besi, tembaga, aluminium, mangan dan zink yang terkandung di dalam bekalan air mentah.
Ciri “Layan Diri’ terbaharu ini sangat bermakna bagi pengguna yang sibuk dengan jadual masing-masing; reka bentuk penapis yang ringkas membolehkan pengguna menukar penapis dengan mudah mengikut ketetapan pengguna dan tanpa menunggu perkhidmatan penjagaan pelanggan. Hanya dengan memulas dan menarik, penapis boleh ditukar ganti dengan yang baharu dalam hanya beberapa saat. Selain itu, perkhidmatan langganan penapis ini menghantar penapis air gantian yang diperlukan setiap enam bulan terus ke rumah pengguna.
Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ yang inovatif ini juga dilengkapi dengan cirian sterilisasi ultraungu (UV), yang mensterilkan dalaman paip keluar setiap jam atau mengikut kehendak pengguna.
Aplikasi LG ThinQ™ p**a membenarkan para pengguna memeriksa status mesin penulen air mereka, dan menjadualkan proses sterilisasi pada bila-bila masa melalui telefon pintar. Dengan adanya Panduan Suara, para pengguna akan mendapat arahan langkah demi langkah untuk proses sterilisasi bersuhu tinggi, penukaran penapis, serta tetapan fungsi.
Berminat untuk Rent Up Water Filter dengan LG. Jom wasap saya Agen Sah LG PURIcare by Thofah Ahmad 👇👇
www.wasap.my/+60184065374/nakpenapisair