SMK Taman Desa Tebrau

  • Home
  • SMK Taman Desa Tebrau

SMK Taman Desa Tebrau This is an official page of SMK Taman Desa Tebrau. SMK Taman Desa Tebrau is a secondary school located near AEON & IKEA Tebrau in Johor Bahru.

📚 PENEBUSAN BAUCAR BUKU MADANI 2026 📚Berita baik untuk semua murid!Semua murid SMKTDT layak untuk menebus Baucar Buku MA...
02/08/2026

📚 PENEBUSAN BAUCAR BUKU MADANI 2026 📚

Berita baik untuk semua murid!

Semua murid SMKTDT layak untuk menebus Baucar Buku MADANI 2026 bernilai RM100 melalui laman web BOOK CAPITAL.

🗓 Tempoh penebusan:
1 Julai hingga 31 Oktober 2026

🌐 Tebus di:
Website BOOK CAPITAL

TATACARA PENEBUSAN BAUCAR BUKU MADANI 2026

1️⃣ https://delima.bookcapital.com.my
2️⃣ Sign up with DELIMA Account
3️⃣ Masukkan ID DELIMA
4️⃣ Masukkan password
5️⃣ Registration successful,➡️klik OK
6️⃣Pilih sekurang-kurangnya SATU buku dari Judul Khas Buku Baucar Madani ➡️Add to cart
7️⃣ Pilih buku yang diingini➡️Add to cart
8️⃣ Checkout🛒
9️⃣ Masukkan alamat rumah 🏠
🔟 Pilih Courier🚛
1️⃣1️⃣ Use Book Voucher ➡️Klik BUKU BAUCAR MADANI 2026 (RM100)
1️⃣2️⃣ Pay Now 💵
1️⃣3️⃣ Selesai 👏

Tahniah kepada yang telah membuat penebusan baucar buku 🎊🎊🎊🎊

Murid-murid digalakkan untuk membuat penebusan lebih awal dan tidak menunggu saat akhir.

Gunakan peluang ini untuk mendapatkan bahan bacaan yang bermanfaat seperti buku cerita, novel, buku rujukan, komik ilmiah dan bahan bacaan pilihan anda.

📖 Jom tebus baucar buku anda!
📖 Jom jadikan membaca sebagai amalan harian!





🚨🚨🚨Sertai KEMPEN MEMBACA HUJUNG MINGGU ✨📅 1 hingga 2 Ogos 2026⭐️ Tambah Bintang NILAM anda!120-239 bahan bacaan = 🌟240-3...
01/08/2026

🚨🚨🚨Sertai KEMPEN MEMBACA HUJUNG MINGGU ✨

📅 1 hingga 2 Ogos 2026
⭐️ Tambah Bintang NILAM anda!

120-239 bahan bacaan = 🌟
240-359 bahan bacaan = 🌟🌟
360-479 bahan bacaan = 🌟🌟🌟
480-599 bahan bacaan = 🌟🌟🌟🌟
600 ke atas = 🌟🌟🌟🌟🌟

Rekod bacaan di Skoolbeez 👇:
https://skoolbeez.my/

Tak tahu nak baca dari sumber mana??
Boleh baca dari Rak Maya kita 👇:
https://smktdt.rakmaya.com

Video panduan perekodan 👇:
https://drive.google.com/file/d/1VVrSV9DTTXr5pT_R8YxJ3i0QL4Idfkzd/view?usp=sharing

Sehari membaca, manfaatnya sepanjang hayat💙💛

✨ Selamat Datang ke SMK Taman Desa Tebrau ✨Warga SMK Taman Desa Tebrau mengucapkan selamat datang kepada Encik Baharudin...
27/07/2026

✨ Selamat Datang ke SMK Taman Desa Tebrau ✨

Warga SMK Taman Desa Tebrau mengucapkan selamat datang kepada Encik Baharudin bin Ishak, Pengetua SMK Taman Desa Tebrau.

Semoga kehadiran beliau membawa inspirasi, semangat baharu dan terus memacu kecemerlangan sekolah.

🎉 Jom Singgah! Jom Support Anak-Anak Murid Kita! 🎉Warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat dijemput hadir memeria...
24/07/2026

🎉 Jom Singgah! Jom Support Anak-Anak Murid Kita! 🎉

Warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat dijemput hadir memeriahkan Hari Kokurikulum & Keusahawanan sekolah.

Anak-anak murid daripada semua unit badan beruniform sedang bersemangat berniaga dan menanti kehadiran anda. 😊

🌭🍔 Pelbagai makanan dan minuman yang sedap, serta pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Setiap pembelian bukan sekadar membeli, tetapi menjadi tanda sokongan dan penghargaan kepada usaha, kreativiti serta semangat keusahawanan murid-murid kita.

❤️ Jom sama-sama kita meriahkan suasana dan berikan sokongan padu kepada anak-anak kita. Datang ramai-ramai, singgah di setiap gerai dan jangan lupa bawa keluarga serta rakan-rakan!

📅 Tarikh: 25 Julai 2026
🕘 Masa: 7.30 pagi- 12.30 tgh hari
📍 Tempat: Sekitar Sekolah

Jumpa anda di sana! Terima kasih kerana sentiasa menyokong usaha dan bakat anak-anak murid kita. 💚

📢 MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA / PENJAGA🎒 PERIKSA BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMAT 😃Keselamatan murid merupakan tanggun...
23/07/2026

📢 MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA / PENJAGA

🎒 PERIKSA BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMAT 😃

Keselamatan murid merupakan tanggungjawab bersama antara ibu bapa dan pihak sekolah. Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama meluangkan sedikit masa setiap pagi untuk memeriksa beg anak sebelum mereka hadir ke sekolah.

✅ Pastikan beg hanya mengandungi keperluan pembelajaran.
✅ Periksa setiap ruang beg termasuk bekas pensel dan bekas makanan.
✅ Pastikan tiada barang-barang yang dilarang dibawa ke sekolah.

Usaha yang kecil di rumah mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, harmoni dan kondusif untuk semua warga sekolah.

🤝 Kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah adalah kunci kepada keselamatan serta kesejahteraan anak-anak kita.

Terima kasih atas sokongan dan komitmen semua ibu bapa/penjaga.






Ucapan TakziahSeluruh warga SMK Taman Desa Tebrau merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhama...
21/07/2026

Ucapan Takziah

Seluruh warga SMK Taman Desa Tebrau merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Cikgu Azian binti Ahmad atas pemergian insan yang dikasihi.

Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya kepada Allahyarhamah, menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi dugaan ini.

Sesungguhnya pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, warga sekolah dan semua yang pernah mengenali serta menghargai jasa dan baktinya.

Al-Fatihah.

"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali."

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُو نَ

📕📕📕Jom sertai Kempen Membaca Hujung MingguDapatkan dan kumpul sijil untuk mata PAJSK anda 🎉🎉🎉🎉🎉Jom capai Lebih banyak bi...
18/07/2026

📕📕📕Jom sertai Kempen Membaca Hujung Minggu

Dapatkan dan kumpul sijil untuk mata PAJSK anda 🎉🎉🎉🎉🎉

Jom capai Lebih banyak bintang dalam rekod NILAM anda😍😍

Jumlah bacaan mengikut capaian bintang:

120-239 bahan bacaan = 🌟
240-359 bahan bacaan = 🌟🌟
360-479 bahan bacaan = 🌟🌟🌟
480-599 bahan bacaan = 🌟🌟🌟🌟
600 ke atas = 🌟🌟🌟🌟🌟

Rekod bacaan anda di👇👇:
https://skoolbeez.my/

Selamat membaca dan berhujung minggu🎊🎊🎊

📢 MAKLUMAN HARI DISKUSI SMK TAMAN DESA TEBRAU 2026 📢Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera kepada semua ibu bapa, pen...
16/07/2026

📢 MAKLUMAN HARI DISKUSI SMK TAMAN DESA TEBRAU 2026 📢

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera kepada semua ibu bapa, penjaga, dan warga SMK Taman Desa Tebrau.

Bagi membincangkan perkembangan akademik, sahsiah, dan kecemerlangan anak-anak kita, pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir ke Hari Diskusi SMK Taman Desa Tebrau 2026 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

📅 Hari: Jumaat
📆 Tarikh: 17 Julai 2026
⏰ Masa: 9.30 Pagi – 11.30 Pagi
📍 Tempat: Kelas Masing-masing
👥 Kehadiran: Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid (Sesi Pagi & Petang)
👕 Para ibu bapa dan penjaga dimohon untuk memakai pakaian yang sopan dan bersesuaian.

Kerjasama dan kehadiran tuan-tuan serta puan-puan amat dihargai demi kecemerlangan anak-anak dan kemajuan sekolah. Terima kasih!

📣  🎊 🥳 🎉 📣Hear! Hear!Our school carnival is FINALLY BACK!! Come and join us for a day full of fun activities and good fo...
15/07/2026

📣 🎊 🥳 🎉 📣

Hear! Hear!

Our school carnival is FINALLY BACK!! Come and join us for a day full of fun activities and good food. There's a lot of things to buy, food to taste, games to play and all are at affordable prices!

Join us next Saturday, 25th July 2026, at SMK Taman Desa Tebrau! 😁

🔥 TAMAT SUDAH DEBARAN! 🔥Selesai sudah aksi larian, sorakan, dan gempita Hari Kejohanan Olahraga Kali ke-21 SMK Taman Des...
22/05/2026

🔥 TAMAT SUDAH DEBARAN! 🔥

Selesai sudah aksi larian, sorakan, dan gempita Hari Kejohanan Olahraga Kali ke-21 SMK Taman Desa Tebrau bagi tahun 2026! Padang SMKTDT hari ini saksi kehebatan dan kebangkitan semua atlet rumah sukan dengan tema-tema yang sangat kreatif!

Berdiri megah di atas podium hari ini:
✨ RUMAH SURIA 🟡- Muncul sebagai JUARA 🥇 keseluruhan kejohanan! 🏆
✨ RUMAH MENTARI 🔴- Naib Juara 🥈
✨ RUMAH TROPIKA 🟢- Tempat Ketiga 🥉
✨ RUMAH SAMUDERA 🔵- Tempat Keempat 🏅

Kalah atau menang bukan penentu segalanya, yang paling utama adalah semangat setiakawan dan kerjasama yang ditunjukkan. Anda semua adalah juara di hati kami! ❤️

Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 16:00

Telephone

+6073511080

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Taman Desa Tebrau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Furniture Store?

Share